View: 23710|Reply: 22
|
‘Ubai contoh suami yang baik’ – Hubungan Shila, bapa kembali jernih
[Copy link]
|
|
‘Ubai contoh suami yang baik’ – Hubungan Shila, bapa kembali jernih
https://www.kosmo.com.my/2024/10 ... apa-kembali-jernih/
Oleh HANISAH SELAMAT
2 Oktober 2024, 9:46 am
Hubungan Shila Amzah dan bapa, ND Lala kini kembali jernih.
PETALING JAYA – Bukan hanya ibu dan adik, hubungan penyanyi Shila Amzah dengan Datuk ND Lala juga sudah kembali jernih apabila bapanya itu dilihat berada dimajlis akikah anak keduanya, Rhea Akira, baru-baru ini.
Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, 34, turut meluahkan rasa syukur dengan kehadiran semua pihak yang meluangkan masa menghadiri majlis keluarga kecilnya itu.
“Sehari sebelum berangkat ke China, kami mengadakan majlis akikah bagi meraikan anak perempuan kami, Rhea Akira.
“Terima kasih kepada semua ahli keluarga dan kawan-kawan yang sudi hadir memeriahkan majlis kami,” katanya dalam hantaran Instagram.
Isteri kepada pempengaruh, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd. Zulkefli, 26, itu tidak ketinggalan berkongsi foto bersama bapanya yang lengkap mengenakan baju Melayu rona biru.
Sebelum ini hubungan Shila dengan ND Lala dingin selepas bapanya itu berkahwin lain dan kemudian menceraikan ibunya, Fauziah Sarman.
Terdahulu, pada majlis sama Fauziah juga dilihat berada di sisi puteri sulungnya itu dan menantu, sekali gus momen tersebut menggembirakan hati ramai.
Kemelut antara mereka berdua dan Syada iaitu adik bongsu Shila pula berlaku sekitar Oktober tahun lalu apabila penyanyi terbabit mahu menjual banglo miliknya yang didiami keluarga namun ingin diganti dengan kediaman lain.
Rata-rata netizen menzahirkan rasa terharu melihat pertemuan semula keluarga terbabit bahkan memuji suami Shila yang disifatkan berjaya menyatukan mereka kembali.
“Ubai contoh suami yang baik, boleh kumpulkan semua ahli keluarga yang terpisah. Isteri yang baik adalah hasil didikan suami,” kata seorang pengikutnya.
“Pada akhirnya, keluarga adalah segala-galanya. Teruskan berkasih sayang,” komen netizen lain.
Terdahulu, Shila dan Ubai mendirikan rumah tangga pada tanggal 5 Ogos 2023 dan dikurniakan cahaya mata perempuan pada 9 Mei lalu.
Sebelum ini, penyanyi yang menempa nama di China itu pernah berkahwin dengan Haris Idraki pada 2018 sebelum bercerai pada 2022.
Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Seth Uwais, 6. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Baguslah ubai
Yg lenlain tu..jgn berbaik sbb ada "makna" yach..ikhlaskanlah hati tu |
|
|
|
|
|
|
|
harap semua amik pengajaran. jgn lak shila gi china semula, nanti ada tangan2 menadah tunggu hasil. belajar la berdikari semua. |
|
|
|
|
|
|
|
Baik..baik jugak... Ubai kena protect lagi Xila, jangan bagi biawak2 mencakar lagi... masing2 dah berbulu jembut dah...jangan malas sangat nak kerja, yang si pompuan mulot capoi tu, jangan berangan nak jadi influencer sangat, awak tu tak berapa nak lawa... gigih ikut kawan gi beauty2 event tak habis2...kerja la speedmart ke mydin ke apa...nyanyi pun ke laut... |
|
|
|
|
|
|
|
kan.....
semoga baik2 utk keluarga shalalat
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok youtube ubai cover job shilalas kat oversea nampak dua2 laki bini ni ikhlas dan in love. Semoga sentiasa bercinta |
|
|
|
|
|
|
|
best tgk vlog laki dia buat kat china nun
kalau takde ubai ni mmg idoklah dpt tgk bts journey kaka shila bertanding |
|
|
|
|
|
|
|
pak lalat masih segak ekceli kan
lbh 60 dah kan
seronok tgk movie die dlm jejaka perasan
team dgn tantiana, pak mid, badul, salleh yaacob
& of kos, jenet
|
|
|
|
|
|
|
|
sha ni pun bukanlah jenis pendendam. Kalau tak dh lama dia campak je makpak dia. |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 2-10-2024 03:20 PM
best tgk vlog laki dia buat kat china nun
kalau takde ubai ni mmg idoklah dpt tgk bts journey kaka s ...
tgk kat mana?? nak tgk jugakk |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 2-10-2024 06:15 PM
tgk kat mana?? nak tgk jugakk
kaka search utube nama ubaimz tu |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 2-10-2024 03:20 PM
best tgk vlog laki dia buat kat china nun
kalau takde ubai ni mmg idoklah dpt tgk bts journey kaka s ...
Supportive kan. Vibe yg bagus2 je |
|
|
|
|
|
|
|
Whodunit replied at 2-10-2024 06:45 PM
Supportive kan. Vibe yg bagus2 je
betul tu.
mmg vibe bagus ubai ni & tgk kakashila pun happy2 ja dgn dia |
|
|
|
|
|
|
|
bagus la berbaik…nampak ubai ni bagus walaupun muda…shila dah ada ubai apa2 ubai ada.. |
|
|
|
|
|
|
|
I.K.A888990 replied at 2-10-2024 06:41 PM
kaka search utube nama ubaimz tu
tq |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bpbbppbp at 2-10-2024 08:03 PM
Alhamdullillah, bguslah kembali baik. Move on
Focus mse dpn. Ubai ni matang jgak ye dan problem solving bagus utk hal2 family walaupun umr lebih muda |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk ngam life shila skang. Ubai sbg husband, and they keep a bit of distance from the parents family. After the rain and storm, come the sunshine..moga2 semua berbahagia |
|
|
|
|
|
|
| |
|