CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 16785|Reply: 34

[Tempatan] Fasa peralihan monsun mulai Selasa ini, ribut petir dan hujan lebat sebelah petang

[Copy link]
Post time 21-9-2024 08:44 AM | Show all posts |Read mode
NASIONAL

Fasa peralihan monsun mulai Selasa ini, ribut petir dan hujan lebat sebelah petang

Oleh Ercy Gracella Ajos
[email protected]

September 20, 2024 @ 3:07pm



Fasa peralihan monsun mulai Selasa ini akan menyaksikan negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah dan berpotensi menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat. - Foto hiasan BERNAMA


KUALA LUMPUR: Fasa peralihan monsun dijangka bermula pada Selasa ini (24 September) dan berterusan hingga awal November depan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan hari ini, berkata permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya (MBD) yang bermula sejak 17 Mei lalu.


Fasa ini akan menyaksikan negara menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah dan berpotensi menyebabkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat serta angin kencang dalam jangka masa singkat.


"Kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.


"Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh," katanya.

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada ketika tempoh ini dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh METMalaysia melalui laman web rasmi, asplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi hotline jabatan di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut," katanya.


https://www.bharian.com.my/berit ... tir-dan-hujan-lebat

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2024 08:47 AM | Show all posts

  
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bkn bermula selasa ni .tp mmg dh mula..sekrg, dlm kul 4-5 pagi pun, hujan berserta kilat guruh petir...membawa ke subuh...tghari kdg hujan ..ptg2 sekali dgn angin mcm ribut pun ada, sampai patah pokok2 yg sederhana kecik...takutnya lah...semoga semuanya dilindungi..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga tak memudaratkan...dan tiada malapetaka yang serious..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 02:16 PM | Show all posts
moga semuanya baik2 saja... moga kita semua dilindungi Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 02:44 PM | Show all posts
"Ya Allah, turunkanlah kepada kami hujan yang bermanfaat.” (Hadith Riwayat. Bukhari, no. 1032).
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2024 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
berhati2lah kita semua utk merancang percutian atau perjslanan ke mna2. Hujung bulan 10 ada cuti panjang deepavali pula
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku suka hujan membasahi bumi. Tapi hujan biasa2 lah. Jgn lah sampai ribut, banjir, pokok tumbang, tanah runtuh etc.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2024 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
ptg semlm pun angin kuat, malam td hujan lebat jugak.
dah start pun ni...harapnya tak la banjir. hujan best sejuk je tp kalau mai dgn ribut angin kuat sangat ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa ini bikin ribut-ribut?

Dahulu ada hantu ribut taufu ketuk-ketuk pintu nak masuk rumah, tapi tak bawak ole-ole, jadi mama Shin Chan tak bagi masuk

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2024 04:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni cuaca biasa la Di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
I enjoy juga suasana hujan macam ni. Sejuk aje. Dekat tempat kerja pun rasa aman. Semoga hujan yang turun membawa rahmat dan manfaat untuk semua.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Ptg smlm ujan lebat... kat kuching
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
musim tengkujuh dah mola ka...

syok la sejuk2
ptg start hujan je iols balik
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujan renyai 1 jam hari2 mmg bagus, pokok sayur tumbuh dgn bahagia sekali hasil kebun setiap hari tanpa racun
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahaiii, br book campsite weekend next week
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2024 03:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Suasana hujan buat aku bertambah² malas ke gym. Rasa nk melepap je kt katil.

Ades, bawa² la insaf ke atas diri ni.
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
bottombikini replied at 22-9-2024 02:27 PM
musim tengkujuh dah mola ka...

syok la sejuk2

Belum bro, musim tengkujuh tu namanya Monsun Timur Laut, yang sekarang ni peralihan Monsun Barat Daya... Habis peralihan ni baru masuk Monsun Timur Laut. Gitu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
shalalat replied at 22-9-2024 02:56 PM
Alahaiii, br book campsite weekend next week

Kena cari campsite yg bertapak dan berbumbung. Yg tu selamat skit
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2024 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
isseliparjepun replied at 22-9-2024 08:43 AM
I enjoy juga suasana hujan macam ni. Sejuk aje. Dekat tempat kerja pun rasa aman. Semoga hujan yang  ...


Samaaaaa… sG pon suka sangat. Hujan membawa rahmat. Paling best bau aroma hujan +tanah masa tu (known as petrichor)…Rasa healing sgt, sanggup berlari buka tingkap n sliding door utk menikmati nikmat Allah itu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.061611 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list