Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan menghantar komen jelik dalam video yang dimuat naik menerusi aplikasi TikTok minggu lepas.
Lelaki berusia 24 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Osman Affendi Mohd Shalleh.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran satu komen yang jelik sifatnya iaitu satu video yang memperlihatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun dan kapsyen "Harini crush busy buat homework" diikuti emoji "Love" sambil memerhatikan kanak-kanak berkenaan pada 5 Sept lepas di Taman Budiman, Parit Raja di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama iaitu denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurizzati Rozman manakala tetuduh diwakili peguam Umar Zulkarnain.
Hakim Osman Affendi membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan sebulan sekali dan tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan.
Bernama
|