View: 16031|Reply: 44
|
Mpox: PKP tidak akan dilaksanakan – Dzulkefly
[Copy link]
|
|
SUNGAI BULOH – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksanakan sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang cacar monyet atau monkeypox (Mpox) seperti era pandemik Covid-19.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya telah mengambil langkah siap siaga dan telah menyaring lebih 6.2 juta pengembara yang masuk ke negara ini tetapi kesemuanya negatif.
“Saya berharap situasi Mpox di negara ini tidak dibandingkan dengan negara jiran, Singapura bagi mengelakkan suasana menggusarkan.
“Insya-Allah Mpox tidak akan mengulangi waktu yang sangat kita elak seperti pandemik Covid-19 yang menjejaskan kehidupan seperti sebelum ini.
“Kami tidak bercadang untuk mengadakan PKP atau ‘lockdown’ tetapi saya ingin ingatkan semua jangan terlalu selesa dan sentiasa berjaga-jaga,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-20 Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Sungai Buloh di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Setiausaha KKM Datuk Seri Suriani Ahmad, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Dr. Ummi Kalthom Shamsuddin dan Pengarah ILKKM Sungai Buloh Robert Wong Kim Han.
Sehingga semalam Singapura dilaporkan mencatatkan 15 kes mpox manakala ketika ini kes mpox di Malaysia kekal sembilan kes yang direkodkan pada akhir tahun lepas.
Dzulkefly mengesahkan sehingga kini sebanyak 52 kes yang disyaki virus Mpox telah didapati negatif dan kebanyakan mereka dijangkiti cacar air.
“Kita telah membuat saringan di pintu-pintu masuk antarabangsa laut, udara dan darat. Alhamdulillah setakat ini negara kita tidak merekodkan kes positif daripada mereka yang disyaki.
“KKM juga bersedia menyediakan anti viral kepada golongan rentan dan imuniti rendah sekiranya perlu bagi mengelak penularan virus Mpox itu.
Sementara itu, pada perkembangan yang lain, Dzulkefly berkata, KKM tiada isu pertindihan bidang kuasa dalam badan berkanun kerana tidak mempunyai banyak badan berkanun malah masing-masing menjalankan fungsinya yang tersendiri.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan bagi menangani isu pertindihan fungsi dan menjimatkan dana negara.
Kerajaan menubuhkan Sekretariat Kajian Rasionalisasi Badan Berkanun Persekutuan untuk menangani isu pertindihan fungsi dan penjimatan dana negara.
Sumber – Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar bulih, pircaya jangan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Thunderclouds at 10-9-2024 05:13 PM
Jadah nk pkp lagi weii
Pakat² seks bebas seks luar tabii ka blaka?
Mpox bukan airborne siyal
Xto la kalo esk² duktur gigih karang cerpen cm zmn kobit dulu nih
Fearmongering at its best |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau straight kenapa nak pkp.
|
|
|
|
|
|
|
|
iolls tanak komen pasal PKP ke tak. iolls nak komen event manager press conference ni. kenapa hauk sangat setup. meja tak boleh cari besar sikit ke? alas meja pon macam event budak sekolah rendah. backdrop pon takde budget ke untuk buat besar2 cover the background behind all the seats???? ini level munturi kottttt...dan sambutan ulang tahun ke 20. |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn gatal nak paksa org beksin sudah... |
|
|
|
|
|
|
|
Say no to PKP, mnyusahkn umat sjagat je |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 10-9-2024 05:11 PM
Jadah nk pkp lagi weii
Pakat² seks bebas seks luar tabii ka blaka?
Mpox bukan airborne siyal
Gayah gayah sila pakai kondom.
|
|
|
|
|
|
|
|
tapi umat mmg suka pkp....duk belenggang kt umah menari shuffle remix kesana kesini tggu duit free kerajaan trun dri langit
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Tringat time tu famous yg carian bab porn mningkat naik lol
|
|
|
|
|
|
|
|
Vaccines bkas Corona pun dh tntu expired
|
|
|
|
|
|
|
|
gideoncross replied at 11-9-2024 12:00 AM
Vaccines bkas Corona pun dh tntu expired
Expired tp still boleh guna kata diarg |
|
|
|
|
|
|
|
PKP ape lagi ooooii . mengarut |
|
|
|
|
|
|
|
semoga nuat tk kene mpoxx |
|
|
|
|
|
|
|
Say no to PKP, mnyusahkn org je, nak gi ke kdai runcit dkt rumah pun smua nak mngglabah teks
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu lah kn? Trknang pula msa iol suntik smpai 4 doses. 2 Astra Zeneca, 2 lgi Moderna
|
|
|
|
|
|
|
| |
|