CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45487|Reply: 5

DBKL nafi nama Jalan Yap Ah Loy ditukar kepada Jalan Palestin - "Nama Jalan Yap Ah Loy tetap tidak berubah"

[Copy link]
Post time 26-8-2024 07:53 PM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini menafikan khabar angin yang tular di media sosial, kononnya Jalan Yap Ah Loy di sini telah ditukar namanya kepada Jalan Palestin.


"Tidak ada perubahan. Nama Jalan Yap Ah Loy tetap tidak berubah," kata pegawai DBKL ketika dihubungi hari ini.


Beliau menjelaskan bahawa pada tahun 2020 Jalan Raja Laut 1 ditukarkan namanya kepada Jalan Palestin, atas arahan Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu Tan Sri Annuar Musa.


Isu ini timbul susulan hantaran maklumat palsu yang tular di mesia sosial baru-baru ini.


DBKL menerusi hantaran di Facebook pada pada 26 September 2020 memaklumkan pertukaran nama Jalan Raja Laut 1 kepada Jalan Palestin dan penukaran nama itu hanyalah melibatkan Jalan Raja Laut 1 sepanjang kira-kira 80 meter dan bukan Jalan Raja Laut secara keseluruhan.


DBKL berkata, Jalan Raja Laut bermula dari persimpangan Jalan Tun Perak dan berakhir hingga ke persimpangan Jalan Ipoh/Jalan Tuanku Abdul Rahman (Chow Kit), manakala Jalan Raja Laut 1 terletak di sisi bangunan KWSP dan berakhir di Jalan Esfahan (bersebelahan SOGO).


Ramai dalam kalangan orang awam tidak mengetahui nama jalan ini kerana dahulu, jalan ini lebih dikenali dengan Lorong Gombak (belakang Jalan TAR). Pembangunan sedang pesat di lokasi tersebut dan satu nama jalan adalah perlu seiring dengan pembangunannya agar mudah dikenali dan dijejaki, menurut hantaran itu.


Sementara itu bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan yang berkhidmat dari Oktober 2018 hingga 30 September 2020 turut menzahirkan rasa terkilan dengan penyebaran berita palsu tersebut sehingga menyebabkan perbalahan dalam media sosial.


"Dahulu jalan ini dinamakan semula pada 2020 bagi menunjukkan solidariti kepada Palestin, dan ia bukan melibatkan Jalan Raja Laut, jalan itu masih ada," katanya yang meminta perkara itu tidak disensasi dan dimanipulasi mana-mana pihak.




Sumber : Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Yap Ah Loy ni nama wajib hafal masa SMK.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 10:47 PM | Show all posts
keturunan dia sekarang clan mana? atau hidden? dorang bab pewarisan harta, memang top.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah la tukar.. yap ah loy nih memang toooh sejarah yang berjasa membangunkan KL tak kesah la gengster ke ape tetap ada jasa

Yang patut ditukar ialah nama2 jalan nama penjajah contihnya jalan wickham la, cochrane la, atau nama jalan pelik2 contohnya jalan helang kepala putih
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 26-8-2024 10:47 PM
keturunan dia sekarang clan mana? atau hidden? dorang bab pewarisan harta, memang top.

Bangkem pon nak tau jugak keturunan2 dorang ni

Kalau pembesar melayu, kita tahu la kaum2 kerabat tu ler keturunan dorang

Yang bangkem tahu

Keluarga loke = loke yew, loke chow kit, anthony loke (menteri pengangkutan sekarang)

Yap ah loy, yap kuan seng , low yat semua tu sape cucu cicit dorang ye
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Serabut betul ahli politik duk tukar nama jalan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.390354 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list