CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45411|Reply: 120

[Jenayah] Ebit Lewd ‘terlalu meminta’ gambar payudara, saksi beritahu mahkamah

[Copy link]
Post time 26-8-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Ebit Lew ‘terlalu meminta’ gambar payudara, saksi beritahu mahkamah

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berdepan 11 tuduhan buat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp. (Gambar Bernama)

Pengadu juga berkata dia tidak curang kepada suaminya kerana gambar itu bukan dihantar secara sukarela.

PETALING JAYA: Saksi kes Ebit Lew memberitahu Mahkamah Majistret Tenom dia tidak curang kepada suami walaupun mengaku menghantar gambar payudara atas alasan pendakwah itu ‘terlalu meminta’.

Pengadu yang juga saksi kesembilan berkata demikian dalam sesi pemeriksaan balas peguam Ram Singh, sambil mengakui tindakannya menghantar gambar seperti itu kepada individu tidak dikenali dan tidak pernah ditemuinya menjadi suatu kesalahan kepada suaminya.

Malah, pengadu bersetuju dia bersalah dengan dirinya kerana menunjukkan sesuatu yang peribadi kepada orang yang tidak diketahui.

Sehubungan itu, Ram dalam pemeriksaan balas bertanya sama ada pengadu telah curang kepada suami disebabkan tindakannya berkenaan.

Tidak, sebab saya bukan rela,  katanya menurut Sinar Harian.

Pengadu dalam pada itu diminta menjelaskan apa komen suami pengadu selepas pengadu memberitahu bahawa dia telah menghantar gambar payudara kepada Ebit.

“Saya beritahu suami saya bagi gambar itu, Ebit Lew terlalu meminta. Saya tidak sedar saya terikut arahan dia. Bila sedar dan marah Ebit Lew, saya bagitahu suami.

Suami memang marah, masa itu dia tunjuk marah kepada Ebit Lew tapi tidak tahu tunjuk cara bagaimana mahu jumpa Ebit Lew. Masa itu dia betul-betul marah, katanya.

Pengadu memberitahu, suaminya menyuruh menghentikan melayan pendakwah itu melalui WhatsApp, namun Ebit bertindak berhubung dengannya menerusi Instagram, sambil memarahinya agar tidak mengulangi perbuatan sama.

Mahu jadi kawan boleh, kawan yang saya ada suami dan anak, tetapi dia tidak peduli semua itu dan tetap dengan teks lucah, katanya.

Pengadu juga diminta menjelaskan tindakannya itu yang menyekat dan menyahsekat nombor telefon Ebit, namun tidak berhenti berkomunikasi dengan pendakwah tersebut adakah itu menunjukkan pengadu suka kepadanya.

Saya tidak suka dia, katanya.

Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berdepan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, dan Analia Kamaruddin.

Selain Ram, Ebit diwakili Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak, dan Prem Elmer Ganasan.

Bicara bersambung di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 03:25 PM | Show all posts
bitt..bitt..antar gambar bitt..jgn anta yg hilang2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 03:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tade dah yestana kubur berasap
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Senyap teruih dia ni skrg eh ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
A bit lewd
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pitenohhhhhh



Laung penjilat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-8-2024 04:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Terlalu tak apa, tak sengaja, dimaafkan di sisi syarak, selagi ada "ter" memang tak apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 04:39 PM | Show all posts
Perbicaraan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad, Zahida Zakaria, dan Analia Kamaruddin.

Selain Ram, Ebit diwakili Kamarudin Mohmad Chinki, Mohd Syarulnizam Salleh Keruak, dan Prem Elmer Ganasan.


padan la familiar nama ni
anak politician sabah 90s - early 2000s





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tek bidadari tak cukup ke?
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 04:53 PM | Show all posts
Ebit Lewd
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak gambo tetek ke, gugel je la..bersepah2 kt luar sana ni gigih request..kan dh kene masuk court
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 04:54 PM | Show all posts
berani antar gambor T**** kat org lain.... isteri sendiri pun x pernah anto gambo camtu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 05:06 PM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 26-8-2024 04:54 PM
Nak gambo tetek ke, gugel je la..bersepah2 kt luar sana ni gigih request..kan dh kene masuk court

mintak lagi seoronok kot, kalu google tak best
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 05:14 PM | Show all posts


Shuuuuuuut!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2024 05:25 PM | Show all posts
Isteriku Bidadari


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-8-2024 05:27 PM | Show all posts
Isteri Ebit Lew dipanggil sebagai saksi pendakwaan
26 Ogos 2024 02:27pmMasa membaca: 2 minit

Ram (kiri) ketika menemani anak guamnya, Ebit Lew hadir ke perbicaraan di Mahkamah Tenom pada Isnin.

TENOM - Pihak pendakwaan akan memanggil isteri Ebit Lew sebagai antara saksi yang akan dikemukakan dalam perbicaran melibatkan pendakwah terkenal tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria berkata, seramai tiga lagi saksi yang akan dipanggil pada minggu hadapan termasuk wakil daripada CyberSecurity Malaysia.

"Kami ada tiga lagi saksi iaitu jurufoto dan isteri tertuduh, kita akan selesaikan sekali gus," katanya.

Sebelum itu, pihak pendakwaan tiada bantahan terhadap perubahan tarikh perbicaraan pada minggu hadapan iaitu 2 dan 6 September yang diminta oleh pihak peguambela, Datuk Ram Singh.

Ram sebelum itu memohon kepada mahkamah bahawa perbicaraan disambung pada 3 September kerana beliau perlu berada di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 2 September.

Beliau juga perlu hadir ke Mahkamah Tinggi Sandakan pada 6 September dan penerbangannya ke Sandakan pada jam 7 pagi Jumaat.

Sehubungan itu, mahkamah membenarkan permohonan perubahan tarikh perbicaraan pada minggu hadapan yang bermula pada 3 hingga 5 September.

Sebelum itu, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim, 38, berhadapan dengan 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021 mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2024 05:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes nie tak leh habis sampai ajm ke? Lsma betul perbicaraan macam sinetron
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengadu juga berkata dia tidak curang kepada suaminya kerana gambar itu bukan dihantar secara sukarela.

apo.......
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 06:28 PM | Show all posts
kompom ke abit lewd ni bukan ipan irl?

cam sepesennn jewww
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2024 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Perempuan ni lurus sgt ke ape? Atau terdesak sbb perlukan bantuan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.366665 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list