CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36962|Reply: 4

Penularan cacar monyet di Malaysia terkawal, kali terakhir direkodkan November lalu - Pakar

[Copy link]
Post time 20-8-2024 11:45 PM | Show all posts |Read mode



Kuala Lumpur: Penularan cacar monyet yang diisytiharkan darurat kesihatan awam oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Rabu lalu, masih terkawal di negara ini dengan hanya sembilan kes dilaporkan setakat ini, kali terakhir direkodkan pada November lalu.


Pakar Perubatan Kesihatan Pekerjaan dan Perunding Perubatan Kecemasan serta Kesihatan Am, Dr Hanafiah Bashirun berkata, selepas kes terakhir November itu, tidak ada lagi kes cacar monyet dilaporkan di negara ini.


"Berbeza dengan jangkitan virus lain, virus ini molekulnya bersaiz besar, jadi dalam kata mudah, ia berat untuk dipindah ke individu lain.


"Maknanya ia berbeza dengan virus lain seperti Influenza atau Covid-19 yang lebih mudah dijangkiti melalui titisan udara," katanya kepada Harian Metro, hari ini.


Beliau berkata, kadar kematian akibat penularan cacar monyet itu juga sangat rendah dan di Malaysia tidak ada lagi kes kematian disebabkan virus itu.


"Buat masa ini tidak ada rawatan khusus untuk cacar monyet, bermakna tiada satu vaksin atau antiviral yang boleh diberikan untuk virus ini.


"Biasanya antara dua hingga tiga minggu, penyakit ini akan sembuh sendiri. Rawatannya macam biasa. Contoh, kalau demam kita bagi ubat demam dan ubat sakit badan. Kalau dehidrasi, kita masukkan air," katanya.


Mengenai jangkitan cacar monyet ini, Dr Hanafiah berkata, untuk menjangkiti individu lain, penularan virus ini perlu dalam keadaan yang terlalu rapat seperti melakukan hubungan intim.


"Contohnya, bercium atau melakukan hubungan kelamin, jadi daripada itu virus ini boleh disebarkan. Selain aktiviti sebegitu, jangkitan ini juga membabitkan hubungan homoseksual.


"Malah, ia boleh menjangkiti individu lain daripada cecair badan dikeluarkan seperti dari kemaluan atau air liur," katanya.


Beliau turut menjelaskan cacar monyet boleh dijangkiti melalui haiwan, misalnya akibat terkena cakaran haiwan tertentu.


"Contoh, mereka yang pergi berburu, dia kena cakar dengan monyet atau tupai. Itu juga boleh menyebabkan jangkitan berlaku.


"Bagaimanapun, di Malaysia belum ada lagi kes jangkitan disebabkan haiwan kepada manusia. Setakat kes yang dilaporkan (penularan cacar monyet) dalam negara kita, semuanya dibawa dari luar negara," katanya.


Beliau turut menyarankan semua doktor yang melihat, terjumpa atau merawat pesakit disyaki mempunyai tanda atau gejala virus ini, untuk merujuk pada hospital atau sektor kerajaan dan swasta yang boleh menjalankan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) bagi menentukan sama ada mereka dijangkiti atau tidak.


"Bagi rakyat Malaysia yang risau dan mengalami ruam seolah-olah seperti cacar monyet tapi bersaiz besar dari cacar air, mohon hadir untuk melakukan ujian saringan bagi memastikan mereka bebas jangkitan virus itu," katanya.


Sumber: – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2024 04:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Cis, dah ade kes rupenye..ini ke jangkitan yg dirahsiakan
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 08:20 AM | Show all posts
DAH ADA 9 KES TP HARI NI BARU TAHU.... SEMLM PAPER KATA INDONESIA 88KES... CEPAT JE MEREBAK KE MALAYSIA KALAU DAH ADA KAT SANA... KITA KAN SERUMPUN
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2024 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Air liur pun blh bgi jangkitan mpox ni ktanya. Hiv melalui drah/fluid x mlalui air liur. Bhya gak ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 12:56 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 54657 Replies : 1057
[Netflix 2026] Take Charge of My Heart - Kim Youngkwang, Chae Soobin (Q4 2026)
heythere123[Netflix 2026] Take Charge of My Heart -
Views : 32898 Replies : 17
Hilang lebih RM3,000 penangan ringgit mengganas.Pekerja Malaysia di Singapura tertekan
AbahmungHilang lebih RM3,000 penangan ringgit me
Views : 18108 Replies : 14
Akhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
af_maniaAkhirnya AJL terkubur. TV3 merajuk?
Views : 3750 Replies : 49
K-VARIETY SHOW
RahahK-VARIETY SHOW
Views : 277047 Replies : 1510
Nora tak jadi cerai, tarik balik tuntutan berpisah
Glass_shoesNora tak jadi cerai, tarik balik tuntuta
Views : 43234 Replies : 76
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 358832 Replies : 3535
Wajah-wajah orang politik tersohor negara masa muda dan kini
piyek92Wajah-wajah orang politik tersohor negar
Views : 13880 Replies : 15
Hantu Cina lapar perosak forum
laqoyahHantu Cina lapar perosak forum
Views : 22268 Replies : 2
Tan Sri? Zainuddin Md Noh
ZORRO5555Tan Sri? Zainuddin Md Noh
Views : 3883 Replies : 58

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.112395 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list