CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 22769|Reply: 19

Along tersalah rumah, simbah cat merah

[Copy link]
Post time 20-8-2024 08:02 AM | Show all posts |Read mode





JEMPOL – Seorang lelaki terkejut apabila pagar serta tembok bahagian hadapan rumah sewanya di Bahau, di sini, disimbah cat berwarna merah dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.


Lelaki yang hanya ingin dikenali sebagai Amir berusia pertengahan 20an itu berkata, ketika itu dia mahu pergi ke tempat kerjanya dan terkejut apabila mendapati cat berwarna merah tersebut turut terkena bahagian hadapan kereta miliknya.


Menurutnya, dia segera menghubungi pemilik rumah bagi memaklumkan kejadian tersebut serta penemuan kertas tertera maklumat amaran terakhir ke atas nama seorang individu dipercayai peminjam along.


“Sebelum pergi kerja saya nak buang sampah, tengok hadapan rumah dah banyak cat. Terkejut juga sebab dah setahun juga saya duduk di sini, tetapi tak pernah berlaku kejadian seperti ini.


“Saya harap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan saya juga telah menyerahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya. Disebabkan kejadian ini saya kerugian lebih RM200 membabitkan bahagian hadapan kereta yang turut terkena percikan cat merah,” katanya ketika ditemui, di sini, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan mangsa sudah membuat laporan polis kira-kira pukul 3.37 petang tadi.


Menurutnya, berdasarkan siasatan, mangsa tidak pernah meminjam pada mana – mana agensi pinjaman wang tanpa lesen dan tidak mengenali nama individu yang tercatat pada kertas putih yang ditulis oleh suspek.


“Malah, pemilik rumah menyatakan tidak pernah menyewakan rumah tersebut pada individu dimaksudkan suspek dan kejadian tersebut merupakan kali pertama sejak pemilik rumah membeli rumah tersebut.


Menurutnya, pihaknya sedang mengesan suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.


Sumber: KOSMO! ONLINE.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak pasal2 je rumah org lain kena..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:23 AM | Show all posts
orang lain punya pasal, orang lain yang kena..
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Along ni sllu salah rumah
Double triple cek la lain kli.
Ni sapa nk tanggung nk btol kn nie
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Lah along nubis ke ni?
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
pernah jadi kat kawan aku, last2 dia pindah dr rumah sewa tu, rasa takut dan x selamat, sian dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-8-2024 03:54 PM From the mobile phone | Show all posts
missyL replied at 20-8-2024 02:56 PM
Along ni sllu salah rumah
Double triple cek la lain kli.
Ni sapa nk tanggung nk btol kn nie

Kkdg dorg guna.alamat kita. Umah aku dulu pernah smpi byk.surat n notis saman. Nama ntah spe2. Pdhal umah tu aku menyewa dkt nk 9thn. Nama ala2 indonesian. Aku tya tuan rumah, dia pun x kenal. Pernah dtg notis saman, siap org tu tya dh bpe tahun tggl sini?ye ke xde nama sipolan sipolan. Mcm hare...
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 05:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena beli pencuci lntai industri. Letak semalaman kat cat tu, esoknya cuci macam biasa. Nnti cat hilang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
X pasal² org lain yg kena
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Ah long pon kne scam
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan rumah la kena cuci
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya masa nak pinjam, si penghutang tu pakai taruk je alamat sapa2
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Posmen pon ada gak salah alamat, salah waze ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Along buat kerja tak sembunyi tapi kenapa diaorang ni tak kena tangkap. Bagi pinjaman tanpa lesen.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps ni  baik Terus jer cat semua pgr, dinding lantai bg warna merah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2024 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Amir, sila saman along tu tuntut ganti rugi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 01:03 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 08:58 PM | Show all posts
informer along failed..
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2024 08:58 PM | Show all posts
informer along failed..
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2024 01:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang suka berhutang ni memang lahanat. A
lamat palsu dia banyak betol. Nama anak, laki, sepupu sepapat habis dia pakai sebab nak meminjam dan buat gadaian. Celaka perangai! Kalau kerja kutip hutang dengan manusia macam ni boleh mati cepat sebab stress.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
bhatt ji
akkuio98bhatt ji
Views : 101 Replies : 0
bhattji
akkuio98bhattji
Views : 607 Replies : 0
Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pengganti? Senyum Manis Dipeluk Erat Jejaka Berjambang
Skyline_84Edisi Speku??:Noor Nabila Sudah Jumpa Pe
Views : 10851 Replies : 16
Tergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera Nabi Nuh ada di atas gunung Malaysia
YgBenarTergempar bumi:Cikgu Aida kata Bahtera N
Views : 19179 Replies : 23
Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – PolisSuspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah Long – Polis
Skyline_84Suspek kes bunuh ibu berhutang dengan Ah
Views : 5500 Replies : 1
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 201771 Replies : 4030
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 44867 Replies : 38
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 20731 Replies : 6
Update : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas Suami Kongsi Perkara Sebenar ...Nurin Alisa  Terjah Majlis Nikah Bekas Suami di Masjid Serah Saman Nafkah Tertunggak Depan Muka
YgBenarUpdate : Majlis Nikah Diceroboh, Bekas S
Views : 12563 Replies : 219
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40397 Replies : 393

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 03:59 AM GMT+8 , Processed in 0.082100 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list