Raygun pertahan tarian peliknya, anggap pengkritik tidak faham seni
Aksi Raygun dalam acara breakdance di Olimpik Paris 2024. - Foto: EPA
ATLET breakdance Australia yang menjadi tular di media sosial kerana rutin uniknya di Sukan Olimpik telah membalas pengkritiknya dengan mengatakan mereka tidak memahami 'seni'.
Raygun, seorang pensyarah universiti berusia 36 tahun yang nama sebenarnya Rachael Gunn, menarik perhatian dalam pertandingan breakdance di Paris.
Sukan ini dimasukkan ke temasya Olimpik buat kali pertama dan walaupun ramai peserta berjaya memukau penonton, Raygun mengambil pendekatan berbeza.
Rutinnya termasuk beberapa gerakan yang serta-merta menjadi 'meme' di media sosial termasuk pergerakan anehnya ketika beraksi.
Raygun juga memilih untuk mengenakan pakaian sukan Australia dan topi, berbanding baju breakdance sekali gus menjadi ejekan di media sosial.
“Semua pergerakan saya adalah asli. Kreativiti sangat penting bagi saya. Saya pergi ke sana dan saya menunjukkan kesenian saya.
“Kadang-kadang ia berjaya menarik minat juri dan kadang-kadang tidak. Saya melakukan perkara saya dan ia mewakili seni.
"Itulah yang dimaksudkan. Apa yang saya mahu lakukan ialah datang ke sini dan melakukan sesuatu yang baharu, berbeza serta kreatif - itulah kekuatan saya, kreativiti saya," katanya.
Raygun mempunyai Ijazah Dktor Falsafah (PhD) dalam tarian, politik jantina dan dinamik antara metodologi teori dan praktikal.
Dia menceburi sukan itu pada usia 20-an dan sedih kerana acara tersebut tidak akan dianjurkan di Olimpik Los Angeles pada 2028.
Pingat emas pada Paris 2024 dimenangi oleh Ami Yuasa dari Jepun, yang menewaskan atlet Lithuania Dominika Banevic 3-0 pada perlawanan akhir.
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
aku asal tengok memana sukan, mesti terdetik eleh aku pun boleh buat. begitu konpiden macam acik Raygun nih. dasar netijen sangat.
tengok kat rtm, asal bukak je ada sukan lawan pedang, asal bukak je ada sukan lawan pedang, pun aku rasa macam senang je. again, dengan nada konpiden. cuma aku agak buta sukan sebab first time tengok judo, dah macam aku bergasak dengan adik aku berebut remote tv dedulu. mungkin aku tak faham art berat sukan2 nih kot
Post time 11-8-2024 04:54 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Samerosie at 11-8-2024 04:59 PM
Apa ni? Cam bangang je break dance masuk olympic. Kasi malu ancient greeks je. Nak lawan dancing masuk Dance Off le tk pun masuk yg mak iols cukup gemar tengok tu yg ala2 rate kesusahan aksi nyanyi sambil dancing tu. Tu pun cam bangang gak.
Post time 11-8-2024 04:58 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sharlenetexas replied at 11-8-2024 01:43 PM
Ot jap. Sukan layang-layang tu macamana? Spore menang medal.
Kitefoiler tu ke yg macam skate atas air pegang layar kecik tu ikut angin. Mcm2 lah sukan sekarang. awat cobgkka dgn batu seremban x masuk sekali. Galah panjang ke.