CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47687|Reply: 371

Dr Say tangkap ‘maid’ bawa masuk 2 lelaki sembunyi dalam selimut tak pakai baju - “Buat ‘projek’ sambil anak saya di tengah!”

[Copy link]
Post time 30-7-2024 10:01 PM | Show all posts |Read mode






PANIK! Begitulah detik cemas yang dialami pempengaruh media sosial dan doktor selebriti, Dr Say Shazril apabila rumahnya dimasuki dua tetamu tidak diundang pada waktu malam.


Lebih mengejutkan apabila dua lelaki tidak dikenali itu dibawa masuk sendiri oleh pembantu rumahnya yang ketika itu sedang menjaga salah anak ketiganya di tingkat bawah kediamannya di Bangsar, Kuala Lumpur.


Kehadiran mereka ke dalam kediamannya itu pada Isnin malam dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di ruang tamu, yang dikongsikannya menerusi Insta Story di akaun Instagramnya, pada awal pagi Selasa.


Berkongsi detik cemas itu kepada mStar, Dr Say berkata dia terdetik hati untuk memeriksa rakaman CCTV selepas dimaklumkan jiran mengenai dua lelaki memasuki rumahnya, namun pada mulanya menganggap perkara itu mustahil kerana dia dan isteri berada di rumah.


Menurut Dr Say atau nama sebenarnya Dr Muhammad Shazril Shaharuddin, ketika itu dua anak lelakinya berusia lima dan tiga tahun di tingkat atas, manakala anak lelaki ketiga yang berumur tujuh bulan bersama dua pembantu rumah di tingkat bawah.


"Saya tanya maid (pembantu rumah), ada ke lelaki masuk ke rumah dan mereka jawab tak ada. Saya pressure mereka, dan mereka cakap 'dah pergi'. Jadi saya ingat mungkin lelaki itu buat penghantaran dan dah pergi.


"Tapi isteri saya yang masa tu nak masuk kerja pukul 10 malam cakap, kalau maid beritahu yang lelaki tu dah pergi maksudnya lelaki tu masih ada. Saya terduduk... macam mana dia boleh fikir sampai macam tu.


"Tapi alang-alang just to be safe, saya periksa semula CCTV dan terjumpa awal-awal tu siap maid letak botol (untuk tutup pandangan CCTV) dulu. Lepas tu baru dia pusingkan CCTV ke arah TV dan nampak kelibat dua lelaki masuk (dari refleksi TV)," katanya ketika dihubungi mStar.


  



Jelas Dr Say, kebiasaannya anak ketiganya itu akan dijaga oleh pembantu rumah di tingkat bawah apabila isterinya. Dr Azura Abas perlu bekerja syif malam (on call) sementara dia menidurkan dua lagi anak lelakinya di tingkat atas.


"Apabila saya play back rakaman CCTV tu tak nampak dua lelaki tu keluar, saya panik. Jadi, saya minta maid untuk hantar baby ke tingkat atas, tapi maid tak jawab call.


"Saya cuak sangat sebab saya tahu akan berdepan dengan dua orang. Kedua ketiga-tiga anak saya masih kecil jadi mereka boleh ambil salah seorang anak untuk dijadikan tebusan," katanya yang membuat keputusan selamat dengan menghubungi pihak polis.




Jangan mudah percayakan sesiapa dan jangan bagi muka pada helper. DR SAY SHAZRIL



Ketika serbuan polis dibuat di bilik di tingkat bawah, Dr Say berkata, terdapat dua lelaki bersembunyi di sebalik selimut di dua katil bersama dua pembantu rumahnya.


Sementara itu anaknya diletakkan di baby cradle (kerusi buai) di atas lantai antara kedua-dua katil.


"Kedua-dua lelaki itu dipercayai warga Bangladesh. Mereka tidak berbaju dan berselindung dalam selimut. Terus terang saya rasa gugup.


"Tergamak mereka buat 'projek' macam tu semata-mata nak puaskan nafsu sambil anak saya di tengah-tengah tu. Kalau anak saya menangis masa mereka tengah buat 'projek', mahu anak saya dipukul atau dicederakan," katanya sambil berterima kasih atas kerjasama pantas daripada tiga anggota polis.


Menurut Dr Say, dua pembantu rumahnya berusia 37 dan 39 tahun masing-masing warga Indonesia dan Filipina, dan difahamkan kedua-dua lelaki warga Bangladesh itu dikenali mereka ketika keluar pada hari cuti di Kuala Lumpur.


Dia dimaklumkan ia bukan kes pecah rumah kerana kedua-dua pembantu rumahnya yang membawa mereka masuk ke kediamannya secara sukarela.








Bagaimanapun, Dr Say tetap bersyukur kerana mereka sekeluarga selamat dalam kejadian itu dan kedua-dua lelaki warga Bangladesh berkenaan ditahan polis untuk siasatan.


Apa yang berlaku memberi pengajaran kepadanya untuk sentiasa lebih berhati-hati apabila mengambil khidmat pembantu rumah.


"Jangan mudah percayakan sesiapa dan jangan bagi muka pada helper. Saya baik sangat, kadang-kadang bagi helper duit poket, seminggu sekali bagi mereka off (hari cuti) pergilah mana mereka nak.


"Saya siap bagi mereka telefon setiap masa, tak pernah maki hamun tapi ini balasan saya dapat? Saya pun terkedu," katanya kesal sambil memberitahu kedua-dua mereka sudah diambil semula oleh agensi pembantu rumah yang menguruskan mereka.


Sumber : MStar








Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My


Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ewwwwwwwww giler hitam kepam, keti bau tengik
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bahayaaaaaa betulll
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 10:14 PM | Show all posts
Alhamdulillah semua selamat
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodih polis tu..heret je la 4-4 sangkak tu p pbalai..bahaya kot..mmg la bibik bg masuk tp tuan rumah x tahu..polis pon bengap..tp bole la die sabar tggu polis ye..kalau ai,mmg dh mengiggil kot sbb baby dgn diorg..mcm2 bole berlaku woiiiiii..husnuzon x kene tmpt Dr ni..jiran dh inform pon die bole buat relax
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sfrnna at 30-7-2024 10:40 PM

Eww gelinya dok sebilik beromen sekali dgn org sebelah.. boleh jd 4some.. Hahaha.. Berani ye maid 2alaupun tuan ada kat rumah tu.. tp kesian anaknya dok tengah2 sambil diorg beromen. Org kaya mmg macam ni ke bagi anak dok tidur dgn maid..Meols kalau boleh nak dekat je dgn baby. Pastu dia ni x bergaul dgn jiran ka.. jiran dpn rumah pun x kenaiii.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2024 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk reels Dr Say konon bini x tenang tinggalkan  anak2 kat rumah.. rupa2nya.. time ada kat rumah pon anak tidur dgn maid.. content semata lah reels tu kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangla ke dua2 lelaki tu? Gitu la dgn maid ni jgn la bagi muka. Nanti makin besar kepala. Suka hati je bawak jantan masuk rumah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2024 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak dia yg bongsu tu comel sangat. Geram nengoknya mata bulat badan bambam
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius Scarry kes ni !!!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Tumbuk je tino camni. Bodo.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
babycc replied at 30-7-2024 10:58 PM
Pernah tgk reels Dr Say konon bini x tenang tinggalkan  anak2 kat rumah.. rupa2nya.. time ada kat ru ...

Kalau ikutkan dia cerita tu. Wife dia oncall, so no 1 & 2 tdo ngn dia. Yg baby dgn maids.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Scaryyy..! Nasib baik baby dia selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2024 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Scarynya. Tgal anak kt maid ni mcm gamble tau. Lg2 indon yg hati kering. Kalau tgal kt nursery tu atleast ada ramai cikgu. Tu pun kena jg2 and selalu tnya anak utk bg report
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow, berlawan bunyi desahan, humping. Gersang sgt maid2 ni smpai x tahan nk dibelai. ( tp 'ok' la cari org luar, klu digodanya Dr. Say tu - diletaknya ubat tidur ke dlm air Dr. Say, naya- kus semangat)
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts
X faham iols kenapa maid maid ni smua dtg kerja nak cari rezki tpi lepas tu wat taik kt employer..

Tringt kt kawan iols pembantu filipina dia teriba lari rumah tpi dpt balik.. rupanya maid indon jiran ajak dia lari dan suruh wat report kene dera dengan majikan. Siap  cakar diri sendiri utk jdikan bukti. Gile btoi .. nasib baik dikantoikan dan trus kene hantar balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2024 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa polis tak tahan jantan 2orang tu. Kan dah kira trespassing rumah orang...
Maid tu hantar balik kat agency.. Agency recycle la.. bukan deport terus ke negara asal. Pastu ajak lagi jantan masuk.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Berani giler tinggalkan baby dgn maid. Dibuatnya maid tu bawak lari baby tu tgh2 malam lepas tu esok pagi baru parents sedar, nangis darah pun tak guna dah
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu mbr aku ada maid Indon pemalas tapi no choice kena ambik maid tu sbb laki bini kerja. Waktu siang anak mbr aku tidur dgn maid... Maid tu selalu kunci pintu..ketuk pintu byk kali pun tak bukak. Tak lama tu dia perasan anak dia mcm play with her kemaluan n tekan2 bwh tu mcm ada orgasm. I tak tau lah if this is possible for 3/4 year old girl. Tau2 jer dia dah pecat maid tu. Lepas tu baru anak dia stop... ntah apa lagi maid tu buat dgn budak tu dlm bilik...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2024 01:39 AM | Show all posts
macam paki je. Geng paki kuat main indon uols..geng bangla pun sama. Tapi paki lagi sundal la, menurut meols..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.227027 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list