CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 47040|Reply: 46

Bekas Murid Dedah Mesej Nasihat Dikirim Nur Farah Kartini – ‘Awak Hanya Cari Circle Yang Sesuai Dengan Diri Awak Sahaja, Manusia Cepat Berubah’

[Copy link]
Post time 17-7-2024 11:39 PM | Show all posts |Read mode






Seorang wanita bernama Tasya yang merupakan bekas pelajar kepada Nur Farah Kartini berkongsi paparan mesej berbentuk nasihat mengenai persahabatan yang pernah dikirim arwah.


Menerusi perkongsian tersebut, Farah menasihati Tasya agar jangan berasa takut sekiranya tidak mempunyai ramai kawan.


Arwah berpendapat, pentingnya memilih sahabat yang memiliki sikap dan peribadi sama seperti diri sendiri.


"Cikgu (Farah) nak awak (Tasya) sentiasa kuat, jangan sedih-sedih tau. Awak nak SPM tu nanti, fokus belajar."


"Kalau awak takut tiada kawan, cari kawan yang awak boleh percaya. Kalau tiada pun, awak cari kawan yang hanya sekadar kawan bagi awak. Maksunya, bila masa dia ada, adalah tu. Kalau tiada biarkan dia."



"Awak hanya cari circle yang sesuai dengan diri awak sahaja. Orang ini kita tak boleh nilai, sebab manusia cepat berubah."


Tasya berkongsi mengenai perkata itu menerusi sebuah hantaran di TikTok berserta sekeping foto mereka bersama.


Dalam pada itu, Farah turut berpesan kepada Tasya untuk lebih mengutamakan tentang masa depan berbanding perkara yang tidak mendatangkan manfaat.


"Lagi pun semua sudah besar, sekarang hanya fasa kita nak bina masa depan kita macam mana. Tak kisah orang sekeliling kita macam mana pun, yang penting diri kita."


"Kita berjaya suatu hari nanti kita akan berjumpa lagi ramai orang. Sekarang ini, awak rasa sunyi adalah bagus. Tapi cikgu nak pesan awak jangan pendam sangat perasaan."


"Tak baik untuk emosi awak nanti. Setidaknya awak cari yang awak percaya untuk awak nak luahkan apa yang awak rasa."








Sementara itu, Tasya ketika dihubungi OhBulan! memberitahu, Farah merupakan pelatih atau guru praktikal di sekolahnya yang terletak di Melaka pada tahun 2022.


10 Julai lalu, polis menerima laporan berhubung kehilangan Farah berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada 1.56 pagi.


Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar hitam dan dipercayai hilang selepas menghantar kereta sewa.


Pagi Selasa, polis telah menahan seorang individu lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan.


Lelaki terbabit yang disyaki membunuh wanita berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.


Sumber: TikTok/OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Masing2 la nak mencapub.

Hapo la cikgu aruah ni, menaip dengan tanda baca ke laut. Aiyoyo.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Nohhhh rokiah.
Practicum di Melaka. Tahun 2022.
Interesting.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2024 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 17-7-2024 03:56 PM
Nohhhh rokiah.
Practicum di Melaka. Tahun 2022.
Interesting.

Uuu uols noticeeedddd.

Bibit2 tersemai masa tu ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila mangsa bunuh gen Z-er ramai pulak mencapub, dari kawan² ke bekas anak murid.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Melaka ? Patut lah ayah suspek ckap pernah kenal dia ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku masa sekolah dulu kureng nak hadap cikgu2 pratikal ni.
Umur dahla beza bbrp tahun je pun, so dia pun bg aku sama2 mentah dan bbnu
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Okay new info —pernah practical di Melaka in 2022. Suspect kahwin 2022 juga. Okayyyy………
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Bermulalah kisah org yg mengenali throwback "arwah beritahu begini"..."arwah berpesan begitu"...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu perkongsian mcm mana suspek bertemu dengan mangsa. Mcm bukan dalam circle dia aje. Nak kata dari universiti,aku tak rasa lulusan universiti mahu jadi polis. Atau mereka bertemu mcm dalam drama melayu di tv? Mereka minum2 di sebuah kafe dan salah sorang tertumpahkan air atas yang lain. Bermulalah bibit indah percintaan. Dalam rasa meluat sis @dua_chzy tetap melayan jugak sebab sweet aje ceritanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 07:01 AM | Show all posts
Shayang replied at 18-7-2024 12:38 AM
Aku masa sekolah dulu kureng nak hadap cikgu2 pratikal ni.
Umur dahla beza bbrp tahun je pun, so dia ...

hahaha dulu kan masa iols sekolah menengah, tetiap tahun akan ada cikgu baru posting. Iols rasa diorang tu macam dah kertu sangat gitu, padehal rasanya umur 23-24 camtu je
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:39 AM | Show all posts
sian ......
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Qatrunnadaain: Okay new info —pernah practic ...


Polis ramai main michat
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:55 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 17-7-2024 11:46 PM
Masing2 la nak mencapub.

Hapo la cikgu aruah ni, menaip dengan tanda baca ke laut. Aiyoyo.

cikgu tu arwah farah kan? anak murid maksudnya farah pernah mengajar? latihan amali kot?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 08:57 AM | Show all posts
mawardia replied at 17-7-2024 11:56 PM
Nohhhh rokiah.
Practicum di Melaka. Tahun 2022.
Interesting.

itu dia..bibit2 percintaan. 2022 pun polis tu baru kawen. agaknya dah nak kawen terjatuh cinta dgn org lain, nak cancel kawen tak boleh. begitulah aiols syak
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:04 AM | Show all posts
plg iols kesian is the baby. baby tu br 8 bulan. tau2 apak dah ke dlm sbb bunuh anak dara org lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2024 09:36 AM | Show all posts
kes2 jenayah semakin berleuasa sekarang ni, iolls nak share satu doa yg boleh menangkis bala dan nahas buruk (semua atas izin Allah),
uolls google doa nabi khidir dan nabi ilyas, baca 4 kali pagi, 4 kali petang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 17-7-2024 10:55 PM
Tunggu perkongsian mcm mana suspek bertemu dengan mangsa. Mcm bukan dalam circle dia aje. Nak kata d ...

Kenal kat Wicet je kot. Har.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 10:38 AM | Show all posts
wow veraninya perktikal di Melaka.. tahun 2022 jua sus kahwin. tahun 2022 jua cinta mula bersemi. kegilaan apakah yinni bercinta orang lain kahwin orang lain.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2024 10:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Orang sabah memang cantik2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 11:46 PM GMT+8 , Processed in 0.096010 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list