View: 17422|Reply: 103
|
Gagal Bayar Pinjaman (Fiendly Loan), Jovian Diarah Bayar RM10 Juta Kepada Dua Syarikat
[Copy link]
|
|
Pereka fesyen, Datuk Jovian Mandagie diperintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk membayar RM10 juta kepada dua pengarah syarikat selepas gagal membayar dua pinjaman persahabatan (friendly loan).
Memetik Kosmo, Hakim, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin memutuskan demikian dalam penghakiman terus beliau bertarikh 2 dan 4 April lalu memerintahkan Jovian membayar RM5 juta masing-masing kepada syarikat Cekap Air Sdn. Bhd. dan Bina Pragmatik Sdn. Bhd.
Difahamkan, Jovian telah memfailkan rayuan terhadap penghakiman terus itu pada 30 April lalu.
Mengikut penyataan tuntutan yang difailkan secara berasingan, Jovian merupakan kenalan kepada pengarah syarikat Cekap Air, Yong Zhen Wei dan pengarah Bina Pragmatik, Azirul Salihin.
Pada 25 Februari 2022, Cekap Air telah meminjamkan RM5 juta kepada Jovian yang dinamakan sebagai defendan tunggal atas permintaan lisan pereka fesyen itu dan atas dasar pinjaman persahabatan.
Bina Pragmatik pula telah meminjamkan wang RM5 juta kepada Jovian pada 25 Mac 2022 dan turut memindahkan wang tersebut ke akaun pelanggan firma guaman yang sama mewakili pereka fesyen itu.
Kedua-dua plaintif menyatakan bahawa pinjaman persahabatan itu perlu dilunaskan dalam tempoh tidak melebihi 12 bulan.
Pinjaman tersebut diberikan dan dilakukan secara lisan dan kasual memandangkan kesemua plaintif dan defendan merupakan kenalan dan tiada sebab untuk meragui Jovian kerana mempunyai beberapa perniagaan lain serta menantu kepada Ismail.
Bagaimanapun, kedua-dua plaintif mendakwa sehingga kini, defendan memungkiri perjanjian pinjaman dan gagal membayar semula atau memulangkan kembaliwang berkenaan menyebabkan mereka mengalami kerugian.
SUMBER: Kosmo/Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kecik anak loannya[em:11:][em:11:] |
|
|
|
|
|
|
|
pinjaman ms jd menantu PM?
bestnya ada kabel vip
mintak pinjam RM5juta
kawan pun bagi
fuhh!!
|
|
|
|
|
|
|
|
ingat akan berlama2 jadi menantu pm...so kira boleh le settle...mana le tau kan....setahun lebih je pak mertua jadi PM....lepas tu bercerai plk....habis rosak bisnes..
kesian awak............ |
|
|
|
|
|
|
|
Si kawan2 yg bg hutang pulak mungkin besar harapan dpt projek2 mega bila bantu menantu vvip kann...sekali sekejap ja....hilang terang timbul gelap???????????? |
|
|
|
|
|
|
|
tak, dia buat pinjaman utk apa ye?
Face mask dia jual mahal siut.
Baju2 dia jual collab dgn org lain pun agak mahal gak.
Anak kawan meols pernah intern dgn si Jovian ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
Hari tu gulung business sb nak bayar hutang ke sb lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Reason dia tutup bisnes dia kenapa? Sebab hutang2 ni ke |
|
|
|
|
|
|
|
so spill tea pasal dia please...
|
|
|
|
|
|
|
|
iols bertanya tu.
Dia buat pinjaman utk apa ye?
anak kawan iols tu intern utk 3 bln.
Lepas tanam serai ni, tak tahu hala tuju.
Adakah bakalan tutup business nya?
|
|
|
|
|
|
|
|
oo...dah tutup eik business dia?
|
|
|
|
|
|
|
|
Tu la...ko buat nakal sgt... dah kena serai... hilang dana persahabatan... |
|
|
|
|
|
|
|
realiti geng2 vip ni kadang buka bisnes minta org laburkan, selalu lebur mcm tu aja. Tp maybe sebab Jobian kena pecat jd menantu, ex pak mertua pun kejap aja in power...ha..apa lg semua pun minta balik hutang la.Nk pow dr project gomen lain dah x dapek.
Makin comot la budak J lepas ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
dapat lombong emas gatal cari lombong taik.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh haaa? Mana heli yg kau naik dulu time orglain merana time banjir tu? Sah2 ko kata tu bkn harta kerajaan kennnn? Ha padannnn muka engko. Aku langsung tak kesian dgn muka engko |
|
|
|
|
|
|
|
Pengarah syarikat tu lelaki kan. Try la gesel2 ckit, cium2 dlm lif manatau niat loan jadi niat sedekah. |
|
|
|
|
|
|
| |
|