View: 10272|Reply: 57
|
[Tempatan]
Perangkap halus kewangan :Buy Now Pay Later galak rakyat Malaysia berhutang.Anda setuju?
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 3-7-2024 08:15 AM
Bagi menarik pengguna untuk menggunakan platform tersebut, pelbagai strategi pemasaran dan perniagaan yang telah dilakukan bagi memastikan kelangsungan perniagaan tersebut. Antara strategi perniagaan yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan kaedah pembayaran melalui Buy Now Pay Later (BNPL) atau Beli Dahulu Bayar Kemudian. Melalui kaedah ini seseorang individu boleh membeli sesuatu item dan membayar item tersebut pada bulan berikutnya atau setelah barang tersebut telah diterima, di mana pembayaran boleh dilakukan sama ada secara keseluruhan atau ansuran. Kaedah sistem pembayaran BNPL telah pun diterima pakai secara meluas di Eropah untuk tempoh yang agak lama, bagaimanapun, ia telah mula berkembang di pasaran Asia sejak beberapa tahun kebelakangan ini sebagai salah satu penyelesaian pembelian dalam talian.
Melalui konsep pembayaran BNPL juga telah membuktikan bahawa ‘kad kredit’ mampu ditemui di mana-mana sahaja tanpa memerlukan kewujudan kad tersebut secara fizikal. Perkara yang membezakan pemilik kad kredit dan juga pengguna BNPL adalah bagi memiliki kad kredit seseorang individu perlu mempunyai pekerjaan dan pendapatan yang stabil bagi memboleh pihak bank mengeluarkan kad tersebut untuk kegunaan pengguna. Berlainan pula dengan kaedah kredit pembayaran BNPL di mana pelbagai lapisan pengguna sama ada pelajar kolej, surirumah, penganggur dan remaja yang mempunyai pengetahuan digital akan dapat menggunakannya kelebihan tersebut tanpa mengambil kira status pendapatan semasa individu. Konsep BNPL sekiranya dilihat pada permukaan dapat dinilai sebagai suatu kaedah yang mampu membantu pelanggan-pelanggan berpotensi yang berada dalam pasaran untuk mendapatkan barang-barang keperluan.
Namun, tanpa sedar pada hakikatnya BNPL ini merupakan salah satu perangkap halus kewangan yang mampu memerangkap seseorang individu dalam krisis kewangan lebih besar secara perlahan-lahan. Kebiasaannya keadaan sudah terlambat ketika individu tersebut menyedari krisis kewangan yang berlaku, Jika dilihat dari kedua-dua perspektif, kaedah BNPL ini mempunyai kebaikan dan keburukan bergantung kepada bagaimana seseorang individu itu menggunakan kemudahan ini. Dari sudut positif kaedah pembayaran BNPL akan memberikan beberapa kelebihan kepada pengguna sepermelibatkan proses permohonan yang mudah dan cepat kerana tidak melibat kelayakan spesifik (tiada had umur, tiada kelayakan khusus, dan tidak memerlukan kelayakan skor kredit). Keadaan ini akan memudahkan urusan pembelian mengejut di pihak pelanggan disebabkan tiada faedah atau faedah yang lebih rendah dikenakan berbanding kad kredit.
Di sebalik kelebihan, kaedah BNPL juga mempunyai keburukannya iaitu akan menggalakkan pengguna melaksanakan perbelanjaan yang bersifat impulsif sehingga
mengakibatkan perbelanjaan berlebihan dari kapasiti kewangan. Hal ini kerana individu tersebut akan merasakan dia masih mempunyai ruang untuk meningkatkan kapasiti hutangnya disebabkan oleh jumlah hutang yang telah dipecahkan kepada nilai-nilai yang lebih kecil untuk satu tempoh waktu sehingga membuatkan individu cenderung berpendapat bahawa mereka masih mampu untuk menampung hutang kewangan yang lain. Walaupun pada hakikatnya nisbah kewangan terhadap jumlah pendapatan semakin meningkat. Menurut saranan yang diberikan oleh AKPK juga nisbah hutang kepada pendapatan yang berada dalam kategori baik adalah 45 peratus dan ke bawah. Selain itu, melalui kaedah BNPL ini juga sekiranya pembayaran lewat atau gagal melakukan pembayaran kembali akan mengakibatkan yuran pembayaran lewat dan caj tambahan akan dikenakan. Selain tu turut akan menjejaskan nilai kredit skor seseorang individu.
Kesimpulannya, adalah penting untuk setiap individu sentiasa melengkapkan diri agar mampu menjadi pembeli yang bijak dan berhemat sebelum memasuki pasaran. Antara nasihat yang biasa saya sampaikan kepada masyarakat dan juga individu adalah kita tidak dapat menyalahkan atau menghalang sesebuah syarikat dari melaksanakan strategi perniagaan dan pemasaran bagi memastikan kelangsungan perniagaan mereka. Kita sebagai seorang pengguna seharusnya lebih ‘bijak’ dalam bertindak dan menggunakan sebarang kemudahan yang telah disediakan. Bijak dalam erti kata di sini adalah anda perlu menjadi seorang pengguna yang mempunyai ilmu kewangan yang sentiasa di kemaskini dari semasa ke semasa. Selain itu, anda juga perlu sentiasa memastikan emosi anda sentiasa dalam keadaan terkawal dan stabil ketika menguruskan kewangan anda. Hanya dengan ilmu pengetahuan dan emosi yang stabil sahaja akan memastikan anda mampu menjadi pembeli yang bijak dan berhemat. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
galak dah platform shopping online skang offer BNPL ni..lazada, shopee..pastu ade atome juga.. |
|
|
|
|
|
|
|
insuran bayar 6 bulan ok apa.
bateri kereta , tayar kereta , alligment , balancing.
dengan bnpl boleh dapat barang kualiti. |
|
|
|
|
|
|
|
PejuangBerani replied at 3-7-2024 02:49 PM
galak dah platform shopping online skang offer BNPL ni..lazada, shopee..pastu ade atome juga..
Atome ok lagi..int free
Shopee spay later tu jangan la terjebak kalau x pandai manage duit |
|
|
|
|
|
|
|
Ni yang menjerat diri sendiri nanti, jadi nya korek lubang tutup lubang. Elakkan lah berhutang. Hari depan kita tak tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
atome tu installment berapa lama...iols pernah guna 3 months je ..ke boleh extend lebih 3 bulan tanpa interest?
|
|
|
|
|
|
|
|
setuju sgt ni..tapi kadang2 terjerat juga..hehe..kalau pandai manage duit takpa.. nnti tak terkawal tgk2 Spay Later tu bulan2 sampai 5 ratus..
|
|
|
|
|
|
|
|
SETUJU! I tak guna dah benda alah ni, menyusahkan hidup jek.. Terus i jadi boros tak reti manage duit sejak wujud benda alah ni |
|
|
|
|
|
|
|
Atome 3 months je takde interest, yg 6 months ada interest
|
|
|
|
|
|
|
|
I beli barang kat titok shop pakai atome, nampak je sikit2 sekali dekat RM500 ye
Fuhhhh parah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ok je kalau pandai manage duit. Pandai hutang, pandai la bayar. If opt yang 3 bulan tu takde interest pun. |
|
|
|
|
|
|
|
setau aku klo ambik yg 6m ada interest.
bg aku tinggi gk compare to cc maybank.
|
|
|
|
|
|
|
|
cc maybank ada ezyplus. lastmonth promo 0% interest.
tp klo ikea, harvey norman ke all it smua kedai cmtu dh offer installment cc jiro percent.
yg penting byr la sebanyak mana yg digunakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setakat ini tiada keperluan utk pakai ini brg |
|
|
|
|
|
|
|
Shopeepaylater tu kadang2 ada yg 6 bulan 0 interest. Kalau pandai manage ok lah..psl kadang2 brg yg kita nak tu time tu seller tgh bagi promo then gaji lambat lagi. Guna lah paylater yg 0 interest. Yang paling penting kena pandai kawal napsu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
interest die tinggi eh..ok2 noted chuols..
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul.. Budaya BNPL wajar dihapuskan sebab ia menggalakan amalan berhutang. Beli secara tunai (bagi yang berkesanggupan) lagi bagus..
|
|
|
|
|
|
|
|
Haah kena buat kira2 tiap bulan so takde lah overlooked paylater tu. Kalau skip bayar sebulan, dia takde interest eh bulan seterusnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Phone pun orang beli hutang, ikat sampai 2-3 tahun. Ikutkan mampu je beli cash. Tapi kenapa kena ikut mindset, ambil barang dulu bayar kemudian. Tak perlu pun sebenarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
dlu pnh viral sorg ni hutang Spaylater sampai rm6K. Skrg ni zaman utamakan keperluan dari kehendak. Ukurla baju dibadan sendiri. |
|
|
|
|
|
|
| |
|