CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2367|Reply: 21

[Tempatan] Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya

[Copy link]
Post time 18-6-2024 08:41 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya

Oleh
MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB

18 Jun 2024 06:27pm



Kereta dipandu mangsa terbabas lalu melanggar besi tengah pembahagi jalan selepas terlanggar lembu di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh pada Selasa. Foto PDRM


KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku jam 4.55 petang.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 30 tahun tersebut memandu di lorong paling kanan di lebuh raya tersebut.

Seorang lelaki maut setelah kenderaan dipandu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan akibat terlanggar lembu. Foto PDRM
Seorang lelaki maut setelah kenderaan dipandu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan akibat terlanggar lembu. Foto PDRM

"Mangsa telah terlanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan, lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan.

"Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau menambah, lembu tersebut disyaki terlepas daripada lori yang membawa haiwan ternakan tersebut.

"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca lembu tersebut berada di lebuh raya," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.


https://www.sinarharian.com.my/a ... lepas-di-lebuh-raya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-6-2024 08:42 PM | Show all posts
MUTAKHIR

Peniaga maut langgar lembu di lebuh raya

Muhaamad Hafis Nawawi
[email protected]



PEMANDU maut selepas terlanggar lembu di Kilometer 24.9 Lebuh Raya Utara Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh, hari ini. FOTO  Ihsan PDRM


Kuala Lumpur: Pemandu kereta maut selepas melanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan di Kilometer 24.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku pada jam 4.55 pagi membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun.


Menurutnya, siasatan awal mendapati ketika memandu di lorong paling kanan, mangsa terlanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan.

"Pemandu yang berniaga sendiri mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan hari ini.

Disiarkan pada: Jun 18, 2024 @ 5:25pm


https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lembu-di-lebuh-raya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-6-2024 08:42 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 18-6-2024 09:15 PM

  



Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 08:45 PM | Show all posts
jauh ni lembu sesat.. takkan datang dari semak tepi tu, kan cerun sepanjang hiway tu...

dah la yang hiway part sini level autobahn....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah pd keluarga si mati. Muslim ke non muslim?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
lwmbu tu slmt tak ek? dia lari masa nk sembelih utk raya haji ritu la kot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2024 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Spt biasa tuan lembu membisu atau mgkin tukang sembelih pakat2 senyap
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
blue_blur replied at 18-6-2024 08:45 PM
jauh ni lembu sesat.. takkan datang dari semak tepi tu, kan cerun sepanjang hiway tu...

dah la yang ...

Dari lori....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Kereta apa tu
BMW ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 08:24 AM From the mobile phone | Show all posts
naya betul.. mcm mana lembu tu boleh terlepas dari lori eh? melompat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 09:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 09:20 AM | Show all posts

semoga boleh trace lori tu kat cctv tol.... tambat tak betul, sekor hilang pun tak perasan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 09:27 AM | Show all posts
aku pernah drive highway elmina, petugas tutup satu laluan sbb ada lembu atas highway. Tak tahu dari mana dtg lembu tu, bahaya gila lembu/kerbau terlepas atas highway ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 02:37 PM | Show all posts
lotusteratai replied at 19-6-2024 09:27 AM
aku pernah drive highway elmina, petugas tutup satu laluan sbb ada lembu atas highway. Tak tahu dari ...

Situ memang banyak lembu terutama dalam kawasan kelapa sawit.
Lepas dipindahkan keluar baru kurang tapi still ada.

Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 05:35 PM | Show all posts
lotusteratai replied at 19-6-2024 09:27 AM
aku pernah drive highway elmina, petugas tutup satu laluan sbb ada lembu atas highway. Tak tahu dari ...

Dolu2 ada orang bela lembu illegally dalam estate tu.. memang banyak..
Petang2 kat area Elmina / Denai Alam / Bukit Subang diorang merayau..
Komplen berpuluh kali pun tak lut...

Satu lagi ada bela Kerbau illegally kat jalan ke Cahaya SPK...
nasib baik semua dah takde..


Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 06:01 PM | Show all posts
Siapa2 biasa drive malam2 di Terengganu mesti pernah terserempak lembu buat road block macam jalan bapak dia. Kekadang siap baring2 pun ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2024 06:01 PM | Show all posts

machiam nissan fairlady 350Z

laju la tu sbb belah kanan but logic la kut sbb highway.. siapa sangka ada lembu terlepas

salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 06:06 PM | Show all posts
aku penah hampir terlanggar lembu kat SKVE pukul 5am. lembu tu pecut lari huru hara kat tengah hway.
aku brek macam orang gila sampai pecah apa benda komponen kat brek tu

sampai ke sudah tak elok brek kete tu. last2 jual beli kete baru
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
mat saleh kapir bela lagi bagus. gemuk² . ada pagar letrik takde kluar ragut kawasan orang.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah
Sian... Mesti terkejut besar dia nampak2 lembu tetiba ada tgh jln. Naya je
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 09:31 AM GMT+8 , Processed in 0.051661 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list