CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 65023|Reply: 600

[Tempatan] Pergi Amerika tak balik-balik

  [Copy link]
Post time 4-6-2024 12:26 PM | Show all posts |Read mode
Kulai: "Abang long pulanglah, mak rindu. Kami tidak kisah apa yang berlaku sebelum ini (tidak pulang), mak dan adik-adik tak marah, malah arwah ayah juga tak marah. Sebelum mak tutup mata, harap dapat jumpa abang long," kata Jas Jabar.



Jas, 77, adalah ibu kepada Abdul Khalid Deman, 58, yang dilaporkan hilang sejak 36 tahun lalu tanpa khabar berita apabila tidak pulang ke negara selepas menamatkan pengajian di Universiti of Southwestern Louisiana, Amerika Syarikat.

Menurutnya, anak sulungnya itu melanjutkan pengajian di universiti berkenaan selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 1985 hingga 1989 dan pernah dua kali pulang ke kampung halaman sebelum akhirnya hilang tanpa jejak.

Katanya, dia dan suami, Deman Mohamad yang meninggal dunia 21 tahun lalu juga tidak pernah menyalahkan Abdul Khalid kerana tidak pulang ke Malaysia selepas tamat belajar kerana baginya apa yang berlaku pasti mempunyai alasan dan mereka tidak boleh menghakiminya.

"Saya reda dengan apa yang berlaku, tetapi memang sangat berharap dapat berjumpa kembali anak sulung yang dirindui.


"Kali terakhir kami berjumpa pada 1988 dan ketika itu, abang long ada beritahu dia akan pulang pada 1989.

"Abang long seorang anak yang baik, berhati lembut dan tidak banyak bercakap. Ketika kali terakhir berjumpa, dia seperti biasa, tiada berbeza, tetapi apa pun yang berlaku saya harap anak dapat pulang," katanya yang menetap di Felda Sungai Sibol di sini ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

ABDUL Khalid melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat selepas tamat SPM bermula 1985 hingga 1989 dan pernah dua kali pulang ke kampung halaman sebelum akhirnya hilang tanpa jejak. FOTO Ihsan Rohani Deman
ABDUL Khalid melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat selepas tamat SPM bermula 1985 hingga 1989 dan pernah dua kali pulang ke kampung halaman sebelum akhirnya hilang tanpa jejak. FOTO Ihsan Rohani Deman
Sementara itu, adik kedua Abdul Khalid, Rohani, 57, berkata, abang sulungnya itu bekas pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Rakit, Kuala Terengganu dan penuntut tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) ke luar negara dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Sains Pengajian Seni Bina.

"Kami memang tidak berhubung dengan abang long ketika dia di luar negara kerana zaman dahulu tidak seperti ketika ini yang ada teknologi maju, tetapi dia pernah kirim surat sekali ke rumah ketika di awal pengajian dahulu.

"Abang long pergi ke luar negara ketika berusia 19 tahun dan dia pernah pulang pada 1986 dan 1988, jadi kali terakhir kami berjumpa pada 36 tahun lalu dan sudah lama kami tidak mendengar khabarnya.

"Kami memang rindukan abang long terutama mak yang berharap dapat bertemu dengannya," katanya.

Menurutnya, mereka sekeluarga berharap memperoleh maklumat mengenai Abdul Khalid termasuk sama ada lelaki itu masih hidup atau tidak supaya misteri kehilangannya terungkai dan mengubat kerinduan keluarga.

"Kami buntu nak cari abang long, nak pergi ke Amerika Syarikat belanjanya besar dan kami tak tahu lokasinya.

"Kami ada buat pemeriksaan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan abang long didapati memang tidak pernah pulang ke negara (sejak kali terakhir dia pulang 36 tahun lalu).

"Pihak Mara juga ada membuat hebahan mengenai penuntut yang tidak dapat dikesan dan tak pulang termasuk abang long di televisyen.

"Biarpun abang long tak pulang, adik kami tetap membuat bayaran pinjaman pendidikannya dan sudah selesai pada tahun lalu," katanya.

Rohani berkata, sejak kisah pencarian Abdul Khalid mendapat perhatian di TikTok selepas dikongsi anak saudara, mereka dapat berhubung dengan beberapa rakan abangnya namun setakat ini belum ada khabar mengenai jejak lelaki itu.

"Kami tak tahu apa punca kehilangan abang long tetapi kami tidak mahu buat andaian.

"Kami sangat berharap dapat khabar berita abang long dan kembali bertemu dengannya jika dia masih ada di dunia ini. Itu doa kami setiap hari," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Abdul Khalid boleh menghubungi Rohani di talian 019-6862407.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayuh kita siasat
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay acik2 forumer ramai yg pakar mencari brg/org yg tak reti balik kampung. Ada tugasan khas utk anda.
Apo? 36 tahun tak balik, adik yg tlg byrkan loan. Bagus abg sulung kebanggaan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
hahahah teringat kisah lama..
mana kak kambeng
kambeng tonggek kn poremer yg jd  org tgh family mamat tu ngn poremer
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 4-6-2024 12:31 PM
Ayuh kita siasat

Teringat kejayaan acik2 forum siasat kes Awang Aizam...kagum meols.

Sampai kantoi dia bagi jubo kat negro Amerika
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 12:51 PM | Show all posts
ehh jaman 80an marhean study abroad pakai loan ka? igt scholarship
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-6-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bgs bknntakat hilang jejak..tinggal sekali hutang
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 12:53 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 4-6-2024 12:51 PM
ehh jaman 80an marhean study abroad pakai loan ka? igt scholarship

Maybe sebab tak pulang untuk berbakti pada negara so tukar jadi loan.

Kesian adik beradik kena bayar hutang USD dia tu pakai ringgit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 4-6-2024 12:53 PM
bgs bknntakat hilang jejak..tinggal sekali hutang

Hanat sangat perangai
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Itulah, kalau abang long ni hidup sihat walafiat kat US sana, kesian keluarga kat sini kena bayar hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:00 PM | Show all posts
pasti ke hidup lg..kalau MARA carik pon xjumpa..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:02 PM | Show all posts
amerika ada lebih 300 juta penduduk, mampuih nak jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:04 PM | Show all posts
dapatkan nombor MyKad, pastu, check dengan Imigresen, dapatkan nombor pasport, lepas tu, mintak US Embassy detect kalau ada rekod warganegara US atas nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:06 PM | Show all posts
tah2 dah mati
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Probably dead already. Poor guy. Kesian mak dia masih berharal.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
white_musk replied at 4-6-2024 12:31 PM
Ayuh kita siasat

Ayuh !
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2024 02:53 PM | Show all posts
diculik alien kot....hanya kat amerika je ada kes diculik ufo atau mgkin dah masuk Area 54
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Study overseas tu bayar balik loan bukan sikit2, mcm abang ipar aku ratus ribu ek tahun 80's tu yg kata scholar, ada bon tp sbb nak keje gaji byk tu yg keje kat overseas tp baliklah. Dan dia yg settle hutang piutang lepas blacklist, sorry terOT plak.
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 03:06 PM | Show all posts
aku park sini, sebab nak tunggu edisi siasat acik porem
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2024 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
B40tastePosh replied at 4-6-2024 12:48 PM
Teringat kejayaan acik2 forum siasat kes Awang Aizam...kagum meols.

Sampai kantoi dia bagi jubo k ...

Dia bg jubo kat awang itam ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 09:50 AM GMT+8 , Processed in 0.071584 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list