View: 9480|Reply: 67
|
“Adira Tak Dibenarkan Keluar Bekerja Jika Masih Ada Duit Teruskan Hidup” – Da’i Annas
[Copy link]
|
|
Pengacara program Tanyalah Ustaz, Da’i Annas berkata wanita yang bercerai hidup atau mati tidak boleh keluar bekerja selagi masih belum tamat tempoh idah ditetapkan seperti digariskan agama.
Memetik BH Online, bagaimanapun Da’i Anas berkata dalam soal idah ada kelonggaran diberikan untuk wanita keluar rumah contohnya atas urusan bekerja.
“Jika seorang ibu perlu menguruskan keluarga tanpa bantuan daripada orang sekeliling atau waris anak-anaknya, dia diberikan kebenaran untuk keluar dengan kadar tertentu. Cuma bagi kes penyanyi Adira, saya tak pasti sejauh mana kepentingannya keluar.
“Kalau bekerja mencari rezeki, kita kena tengok juga kadar keperluan untuk keluarga, tapi saya rasa tidaklah tiada duit langsung untuk makan atau minum.
“Mungkin ada lagi duit untuk meneruskan kelangsungan hidup. Jadi, saya rasa berbalik pada hukum, Adira tak dibenarkan,” katanya.
Kata Da’i Annas lagi, tempoh edah isteri kematian suami juga berbeza dengan yang bercerai hidup namun seseorang wanita perlu ikut peraturan sudah digariskan dalam agama.
“Tempoh suci bagi cerai mati atau hidup juga berbeza. Mufti Wilayah Persekutuan pernah mengeluarkan artikel berkenaan isu ini, wanita dibenarkan bekerja jika kematian suami atau diceraikan dalam keadaan tidak diberikan apa-apa nafkah untuk meneruskan kelangsungan hidup.
“Kalau tanya, saya tidak faham keseluruhan konteks artis keluar untuk tujuan apa. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan dia (Adira), jadi konteks yang saya kongsi mungkin tak sama dengan apa yang dilalui oleh artis berkenaan,” katanya.
Sebelum ini, ada netizen mempersoalkan tindakan penyanyi Adira Suhaimi yang keluar bekerja dalam tempoh idah selepas bercerai dengan bekas suaminya, Datuk Red pada 23 April lalu.
SUMBER: BH Online/Rotikaya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau semasa bersuami pun keluar bekerja, kenapa lepas bercerai X dibenarkan pula? |
|
|
|
|
|
|
|
“Kalau tanya, saya tidak faham keseluruhan konteks artis keluar untuk tujuan apa. Saya tidak mengikuti sangat perkembangan dia (Adira), jadi konteks yang saya kongsi mungkin tak sama dengan apa yang dilalui oleh artis berkenaan,” katanya.
Ko tak faham kenapa dia keluar,tapi gatal nak komen???
|
|
|
|
|
|
|
|
Adira tak tuntut nafkah ye.. Sebab tahu bekas suami dia tak mampu. Jadi kat situ dah boleh nampak yg Adira memang kena kerja utk tampung perbelanjaan dia dan anak2. Drpd sibukkan hal Adira ni, kenapa tak nasihat je Datok Red tu suruh kasi nafkah kat anak bini? Yg hutang 30 ribu tu dah bayar kat Jabatan Insolvensi ke belum?? |
|
|
|
|
|
|
|
aqua_marine replied at 26-5-2024 05:57 PM
Adira tak tuntut nafkah ye.. Sebab tahu bekas suami dia tak mampu. Jadi kat situ dah boleh nampak yg ...
Betul sgt tu. Ustaz ni komen sbb ditanya. Sapa yg gatal2 pi tanya ustaz ni? Apa kata kau hantar duit selonggok ke rumah adira supaya dia tak perlu keluar kerja. Bekas laki pun tak boleh harap waima sekupangpun. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pelikla knp setad2 ni suka acah2 menasihati perempuan/isteri je tak penah lagi aku nampak yg penah sound artis lelaki
Cth kes alip tu sekor pun takde sound alip tu tp ada setad tegur bella sbb gelojoh nak minta cerai katanyaa
Aku taktau la setad tu duk dlm gua ke apa.
Kes sol ps pun ps je yg kena tegur,takda sapa penah tegur sol tu.
Tak cukup setad2, setazah2 pun selalu sibuk nak tegur perempuan je
Heran aku, dorang ni mmg tak nampak ke atau buat2 tak nampak?
Cth bila adira respon pasal iddah ada je dai tegur dia knp bila alip merentan tak jumpa anak dh 40 hari, sebarkan aib bini dia takde plak ustad nk tegur dia.
Mesti kalu tegur korang reti plak tegur2 belakang2 secara personal cuba kalau artis pompuan selamba je korang aibkan dorang dgn mention terus nama dorang, buh gambar dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya rasa... Saya rasa..." Moklu la dai buat assumption adira Ada duit byk. Nak tunggu sampai takde sekupang duit ke baru blh keluar? |
|
|
|
|
|
|
|
dai anas,
nk pjam seratus
-salam syg dari mak jan-mak jan yg baru bercerai |
|
|
|
|
|
|
|
bongok pnya komen...ingt bos bangsa lain nk bg cuti tanpa alasan smpai 3kli suci |
|
|
|
|
|
|
|
Adira berkutik pulak daei2 ni.. Abih yang retis lain tu tanak bunyik kaaaa... Malas sebut nama intan terpileh. |
|
|
|
|
|
|
|
dai pu ni memang sial...habis tu semua pompuan ni kena korek tabung sampai licin makan cendawan tumbuh dalam toilet???? Bodoh! |
|
|
|
|
|
|
|
So kalo dia x keluar bekerja, Da'i Anas nk support sponsor life adira dan anak2 ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada duit untuk teruskan hidup apa..
Duit tu Kira duit tabung la..
Kena kerja lah..Bukan berjimba pung..
Kalau duit tabung Habis dikorek untuk hidup..
Kalau takde duit nak DPT mana? Minta dari daie Annas kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sejak bila Daie ni memegang peranan mufti? Siapa dia untuk komen bende2 macam ni? Ppuan kalau tinggal dengan biawak hidup, sampai mata terbelalak ke atas pon masih lagi perlu bekerja |
|
|
|
|
|
|
|
Ustaz..kalo laki dia mampu nk bayar segals hutang kereta umah...dia pun xhengenlah kuar rumah...hbs kalo dia xkerja, ustaz ke nk tanggung makan minum ank dia???cakap mudahlah....cer kena batang hidung sndr |
|
|
|
|
|
|
|
Asal isu artis je sibuk daie2 ni semua nak komen.. menyampah btul... Sila hulur duit kat dia utk tampung belanja anak2 dia ye daie.. da ko suruh dia ontok2 dok rumah kan.. hulur sekali gaji bibik , installment kereta, rumah, coway @ cockoo, insurans ....sila sila... |
|
|
|
|
|
|
|
Ko je lah gi sara semua janda2 tgh edah tu. Tambsh caw terus pun bgs juga... |
|
|
|
|
|
|
|
red_velvet replied at 26-5-2024 07:06 PM
Asal isu artis je sibuk daie2 ni semua nak komen.. menyampah btul... Sila hulur duit kat dia utk tam ...
Menyampah, meluat, segala2nya, sampai tak terkata dah aku.. korang semua dah luahkan |
|
|
|
|
|
|
|
Memang takleh nak hidup kalau ikut ajaran Islam sebenar. |
|
|
|
|
|
|
| |
|