CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5384|Reply: 0

Cubarsi sedia kekang Mbappe

[Copy link]
Post time 9-4-2024 02:01 PM | Show all posts |Read mode

Pau Cubarsi (kiri) mula mencuri tumpuan dengan persembahan mantap di benteng pertahanan Barcelona. – Foto X FC Barcelona

BARCELONA: Kebangkitan benteng pertahanan Barcelona memberikan juara Sepanyol itu harapan menjelang pertembungan Liga Juara-Juara dengan Paris Saint-Germain (PSG) susulan kemunculan pemain muda Pau Cubarsi yang ternyata memainkan peranan penting.

Pemain berusia 17 tahun itu semakin penting buat jurulatih Xavi Hernandez dan melakukan penampilan sulung bersama pasukan kebangsaan Sepanyol bulan lalu, menyerlahkan peningkatan mendadaknya.

Cubarsi membuktikan dia mampu menangani tekanan di peringkat elit dan awal pagi Khamis ini, dia akan berdepan antara penyerang terbilang dunia, Kylian Mbappe pada suku akhir pertama di Paris.

Ia mungkin akan menjadi permulaan permusuhan tetap jika musuh Barcelona, Real Madrid berjaya mengikat kapten Perancis itu seperti diramal pada musim panas akan datang.

Berdepan Mbappe satu cabaran besar buat pemain remaja itu, yang memainkan peranan penting memulihkan keampuhan benteng Barcelona yang bergelut sepanjang musim.

Musim lalu, kelab Catalunya itu hanya melepaskan 20 gol dalam kempen menjuarai La Liga, namun angka itu sudah dilepasi pada Januari lalu dalam kempen semasa.

Bergegas mencari penyelesaian, Xavi memberikan Cubarsi penampilan sulungnya menentang Real Betis pada akhir bulan itu dan dia dengan cepat membentuk dirinya, mempamerkan kematangan melebihi usianya.

Cubarsi membantu Barcelona layak ke suku akhir Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam empat musim.

Xavi, masih belum bersedia menurunkan pemain remaja itu ketika Barcelona berdepan Napoli pada aksi pertama, pusingan 16 terakhir Februari lalu, sebaliknya memilih Inigo Martinez.

Kesilapan pertahanan veteran itu membolehkan Napoli menyamakan kedudukan 1-1 dan Cubarsi bermula pada aksi kedua, mempamerkan persembahan tanpa kesilapan ketika Barcelona menang 3-1.

"Ia satu daripada hari terbaik dalam kehidupan saya," kata Cubarsi selepas menerima trofi pemain terbaik perlawanan. "Pasukan berhak mendapat trofi ini."

Seorang pemain pertahanan yang bergaya dan yakin walaupun pada usia mudanya, keupayaan Cubarsi mengawal dan merebut bola penting buat Barcelona untuk memulakan serangan dari bawah. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... sedia-kekang-mbappe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.058338 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list