CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 422|Reply: 0

Barca benam Napoli ke suku akhir

[Copy link]
Post time 13-3-2024 11:46 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Barcelona meraikan gol ketiga jaringan penyerang Robert Lewandowski (kanan) ketika menentang Napoli pada aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. – Foto AFP

BARCELONA: Barcelona terselamat daripada babak kedua yang mendebarkan sebelum menewaskan Napoli 3-1 awal pagi tadi sekali gus layak ke suku akhir Liga Juara-Juara 4-2 secara agregat.

Pasukan kendalian Xavi Hernandez bingkas memukau dengan gol daripada Fermin Lopez (minit ke-15) dan Joao Cancelo (m-17) tetapi selepas Amir Rrahmani (m-30) membalas satu gol, kelab Catalunya itu mula bermandi peluh.

Juara Itali, Napoli, yang berjaya mengikat keputusan seri 1-1 pada aksi pertama pusingan 16 terakhir, akhirnya tunduk apabila Robert Lewandowski (m-83) meledak masuk gol dari jarak dekat.

Ia kali pertama juara lima kali Barcelona layak ke suku akhir pertandingan itu sejak 2020 dan mereka melakukannya tanpa pemain trio tengah yang cedera Pedri, Gavi dan Frenkie de Jong.



"Kami berada di suku akhir Liga Juara-Juara selepas empat tahun, ia saat yang perlu dirai bersama," kata jurulatih Barca, Xavi kepada Movistar.



Penyerang Barcelona, Robert Lewandowski (tengah) menjaringkan gol ketiga ketika berdepan Napoli pada aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. – Foto REUTERS

"Kami bermain satu perlawanan yang hebat, pasukan memberikan segala-galanya, kami mendominasi dalam banyak detik... saya amat berbangga."

Xavi mengumumkan pada Januari lalu beliau akan meninggalkan kelab itu hujung musim ini dan pasukannya sudah mengharungi sembilan perlawanan tanpa kalah selepas pengumuman itu.

Bintang remaja Lamine Yamal dan Pau Cubarsi menjadi tonggak kepada keputusan itu dan kedua-duanya bertindak cemerlang menentang Napoli pada malam yang melegakan Barcelona susulan musim yang hambar.

Pertahanan tengah Cubarsi, 17, berjaya mengekang pergerakan penyerang Napoli, Victor Osimhen.

"Dia luar biasa, dia pemain terbaik perlawanan ini," kata Sergi Roberto kepada Movistar.



Penyerang Barcelona, Lamine Yamal (kiri) menyepak masuk gol yang kemudiannya dibatalkan kerana ofsaid ketika menentang Napoli pada aksi kedua, pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara di Estadi Olimpic Lluis Companys, Barcelona awal pagi tadi. – Foto AFP

"Dia tidak henti-henti mengejutkan kami, pada pusingan 16 terakhir dan bermain sebegini, dia seorang pemain yang boleh berada di sini sepanjang hayatnya."

Barcelona muncul pasukan pertama dalam sejarah pertandingan itu bermula dengan dua pemain di bawah usia 17 tahun pada peringkat kalah mati.

Xavi menuntut penyokong untuk hadir di Stadium Olimpik yang menjadi gelanggang sementara mereka di bukit Montjuic di bandar raya itu bagi mencetus suasana hiruk-pikuk dan mereka benar-benar melakukannya.

Lebih 50,000 penonton hadir sekali gus menyaksikan jumlah kehadiran terbesar kelab itu musim ini. – AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... apoli-ke-suku-akhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Muzakarah teliti hukum solat pakai telekung biasa
ultra78Muzakarah teliti hukum solat pakai telek
Views : 33002 Replies : 36
Makin banyak tanda suka, 'live' Fattah cetus fenomena
maklukpenggodaMakin banyak tanda suka, 'live'
Views : 47514 Replies : 117
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 71886 Replies : 752
Kereta tak bayar dah 8 bulan hendak ditarik.Pemilik mengamuk jahanamkan kereta
YgBenarKereta tak bayar dah 8 bulan hendak dita
Views : 27080 Replies : 42
Jangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman”...Bunuh kerat lapan, Abah Hayat menyesal, bertaubat
YgBenarJangan Herdik, Saya Sudah Jalani Hukuman
Views : 8872 Replies : 65
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 92501 Replies : 3592
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 109855 Replies : 6949
“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Perasaan Keluarga Mangsa” – Buat Akaun TikTok & Tulis Ayat ‘Kerat 8’ Netizen Minta Abah Hayat Diam
Abahmung“Kena Kecam Baru Tukar, Tak Fikir Peras
Views : 46570 Replies : 104
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 73632 Replies : 688
DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
adila39DAILY WISDOM TO YOU - YOU CAN
Views : 216225 Replies : 612

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.051561 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list