View: 11097|Reply: 89
|
Ali Puteh Nak Jumpa Hidayah Segera, Bayar Hutang RM75,000 – ‘Saya Tak Lari Cuma Belum Cukup Duit Sebelum Ini’
[Copy link]
|
|
Pelawak, Ali Puteh mahu segera berjumpa dan melangsaikan segala tuntutan saman kepada balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Hamzah.
Menerusi temu bual bersama Melodi, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata, dia bersyukur apabila berjaya mengumpulkan RM75,000 demi untuk melangsaikan hutang tersebut.
Tambah Ali, dia tidak pernah lari daripada membayar hutang Hidayah sebaliknya berusaha untuk mengumpul sejumlah wang yang diperuntukkan bagi membayar tuntunan saman tersebut.
"Kalau boleh saya nak selesaikan secepat mungkin sebab benda itu (duit) dah ada dalam tangan".
"Mungkin saya nak jumpa dia dalam tempoh yang terdekat dalam seminggu dua ini, jangan risau.
"Saya memang nak bayar sebelum ini, bukannya saya lari. Cuma waktu itu wang belum mencukupi".
Dalam pada itu, Ali menafikan dakwaan sesetengah netizen yang mengatakan dirinya dan isteri mahu meraih simpati kerana menangis sewaktu menjual segala barangan peribadi miliknya.
"Alhamdulillah apa yang dirancang itu dipermudahkan dan saya buat ini sebab memang nak bayar hutang dia, itu sahaja.
"Bila masyarakat mula kata saya tak ada usaha nak bayar (hutang), saya terus bincang dengan isteri saya untuk jual barangan berharga kami".
"Mula-mula itu termenung juga sebab kami sayangkan barang-barang tersebut tetapi saya ambil dari sudut positif bahawa itu semua duniawi, kalau mati pun bukan boleh saya bawa".
"Tangisan itu bukan sebab nak meraih simpati atau nak ‘play victim’ tapi biasalah kita jual barang yang kita sayang. Walaupun sedih, terpaksalah kami menjualnya".
Di akhir video, adik kepada Arwah Abam itu menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang memberikan sokongan serta mendoakan segala urusannya dipermudah.
Terdahulu, Ali terpaksa menjual motosikal jenis RXZ berwarna merah dan kereta Honda Accord berwarna putih miliknya bagi mendapatkan wang untuk membayar tuntutan saman kakak iparnya, Hidayah.
Selain itu, Ali turut menjual tujuh trofi yang pernah dimenanginya sewaktu menyertai beberapa pertandingan realiti televisyen satu ketika dahulu.
Pada 18 Februari 2022, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkan Ali dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada balu Abam Bocey, Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata yang mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.
Sumber: TikTok Melodi/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
cara dia ni mmg mcm nak bawak bergaduh aje kan??
stop kan benda ni ... hahaha sapa yg mula? heheheeh |
|
|
|
|
|
|
|
Jgn tuka kpd coins pulak, bwk sebeban coins. Mampuihhh |
|
|
|
|
|
|
|
Pesen rambut mullet ni , tak semua org boleh carry this look
Mcm nak nangis tgk lehaiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habisss² lg...bukan kena buat thru lawyer dorg ke...ngaiiii |
|
|
|
|
|
|
|
nak bayar, bayar jela dengan beradab. takyah la nak kecoh2 satu Malaysia. ko nak kena kecam lagi ke. paling panthang aku orang bayar hutang bising2 ni. jenis takda adab punya orang |
|
|
|
|
|
|
|
For the first time aku tak marah bila dengar statement Ali. Harap kau kota kan kata-kata kau Ali. Kalau kau betul ikhlas nak selesai masalah ni dan move on, in sha Allah, dipermudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
perlu ke nak jumpa utk bayar?
setel ikut peguam je la xleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
bayar je online to hidayah's account then bagi payment receipt tu kat lawyer masing-masing |
|
|
|
|
|
|
|
babynina30: Pesen rambut mullet ni , tak s ...
Nangis je yang |
|
|
|
|
|
|
|
Kau bayar je dulu jgn nnt. Nnt hari raya bermaafan sambil lawat ank buah kau tu |
|
|
|
|
|
|
|
betul. in the eighties sesiapa pun boleh carry the mullet style sebab zaman tu sorry to say rupa mereka memang tak berapa elok. hahahahah......
|
|
|
|
|
|
|
|
bulalof replied at 19-2-2024 12:21 PM
betul. in the eighties sesiapa pun boleh carry the mullet style sebab zaman tu sorry to say rupa m ...
Rupa ala2 faizal hussein masa muda or shah reza boleh la nak terima lagi. Muka sub par awam tolong la jangan buat mullet |
|
|
|
|
|
|
|
ahahahahah..... nak jumpa untuk bayau utang..... satgi karang si dayah kata, segala urusan melalui peguam, ko merempan lagi kata nak bayau tapi dayah yg takmo.... MO ko tuh dah nampak sgt litam weiii.....
isu saman nih, ko takperlu nak semuka ngan si dayah tuh pon... dayah dah bertahun ckp, apa-apa urusan, berhubung terus jer ngan peguam dia.... dia memang takmo layan ngadap muka ko dah.... baik dia aman-aman buat business dia jer.... takyah nak bagi ko point mcm ko terpaling baik....
|
|
|
|
|
|
|
|
Transfer je 75k
Pastu bg resit
Dah setel
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry off topic... nama syed tp rupa paras tk mcm ada darah syed |
|
|
|
|
|
|
|
betul benda tu bukan boleh bawak mati. semoga jadi pengajaran, hak ]anak yatim, jangan amik, jangan aniaya balu, jangan bongkak |
|
|
|
|
|
|
|
roti_banjir replied at 19-2-2024 12:27 PM
ahahahahah..... nak jumpa untuk bayau utang..... satgi karang si dayah kata, segala urusan melalui p ...
Betul setuju! Dia nk play victim lagi. Hauknya perangaiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
"Bila masyarakat mula kata saya tak ada usaha nak bayar (hutang), saya terus bincang dengan isteri saya untuk jual barangan berharga kami"
Kalau masyarakat tak kata, selagi tu la ko diam2 kan… |
|
|
|
|
|
|
| |
|