CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7306|Reply: 0

[Perak] Cubaan seludup petrol gagal, warga Thailand ditahan KPDN

[Copy link]
Post time 18-2-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Tangki tambahan yang ditemui di bahagian belakang kereta dinaiki warga Thailand tersebut.

PENGKALAN HULU – Seorang lelaki warga Thailand ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak kerana disyaki cuba menyeleweng 60 liter petrol RON95 menggunakan kereta dengan tangki yang telah diubah suai di sempadan Malaysia-Thailand di sini semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, lelaki berkenaan ditahan ketika kenderaan terbabit diperiksa pada pukul 11.30 pagi di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Berapit di sini.

Beliau berkata, lelaki terbabit memandu sebuah kereta jenis Toyota Camry 2.2 yang bernombor pendaftaran Malaysia ketika dia melalui Pos Sekatan Jalan Raya menuju ke Betong.

“Pemeriksaan lanjut telah dilakukan anggota penguat kuasa KPDN Perak terhadap kenderaan terbabit dan hasilnya telah menemui sebuah tangki tambahan di bahagian belakang yang bersambung dengan tangki asal kereta tersebut.

“Turut ditemui cecair yang disyaki minyak petrol berada di dalam tangki tambahan ini. Sehubungan itu, penguat kuasa KPDN Perak telah mengambil tindakan dengan menahan pemandu tersebut iaitu seorang lelaki warga Thailand berumur 51 tahun untuk siasatan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Kamalludin berkata, kira-kira 60 liter cecair yang disyaki minyak petrol telah disita bersama kenderaan terbabit dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM5,123.

Beliau berkata, kes akan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... iland-ditahan-kpdn/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-6-2024 02:38 PM GMT+8 , Processed in 0.161082 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list