CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7939|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Ada negeri boleh kumpul dana zakat besar tetapi masih ada kelompok miskin tegar' - Anwar

[Copy link]
Post time 16-2-2024 01:02 PM | Show all posts |Read mode
'Ada negeri boleh kumpul dana zakat besar tetapi masih ada kelompok miskin tegar' - Anwar


Oleh M Hifzuddin Ikhsan dan Siti Aminah Mohd Yusof - Februari 16, 2024 @ 12:43pm  bhnews@bh.com.my




Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini. - Foto BERNAMA




GEORGETOWN: Datuk Seri Anwar Ibrahim sukar terima kenyataan bahawa ada negeri yang boleh mengumpul dana zakat yang besar tetapi masih terdapat penduduknya tergolong dalam kelompok miskin tegar.

Perdana Menteri berkata, ini kerana institusi zakat turut berfungsi dalam membina kekuatan ummah termasuk berkait rapat dengan usaha membasmi kemiskinan.

Justeru, beliau menyifatkan individu yang diamanahkan mengurus zakat, namun melakukan khianat dan cuai dalam tugasnya sebagai kejam.

"Sebab itu kejam sekali bagi orang yang mengurus zakat, tetapi cuai dan khianat kerana institusi ini terlalu penting dalam membina kekuatan sehingga peperangan diisytihar kepada mereka yang enggan membayar zakat.

"Mengikut kupasan (Syeikh Yusuf Abdullah) al-Qaradawi, kali pertama dalam sejarah umat manusia peperangan pernah diisytiharkan terhadap golongan yang ingkar menegakkan institusi zakat kerana kaitannya dengan pembelaan nasib rakyat miskin.

"Dalam berbicara soal zakat di negeri, walaupun bidang kuasa negeri, saya tidak boleh terima kenyataan bahawa ada negeri yang boleh mengumpul dana zakat yang besar tetapi masih ada kelompok miskin tegar," katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam Persidangan Antarabangsa Zakat Pulau Pinang 2024 di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mohamed Abdul Hamid.

Anwar berkata, persidangan berkenaan penting dalam mengukuhkan institusi zakat, sekali gus membina kekuatan ekonomi Islam yang memikirkan soal kesenjangan dan kemiskinan rakyat di negara ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menegaskan, pengurusan zakat harus berpandukan prinsip tata kelola yang baik dengan setiap sen yang dikutip atas nama zakat harus dimanfaatkan sepenuhnya.

"Praktik dan pengalaman ini harus kita manfaatkan seperti bukan ekadimensi, tetapi pelbagai dimensi dengan sasaran yang jelas untuk membantu rakyat yang ketinggalan dan terpinggir serta tersisih di arus perdana.

"Saya aneh, negara kaya macam mana pun, kutipan zakat berbilion tak mungkin berhasil menyelenggara dan menyelesaikan sebahagian besar masalah kalau tidak diurus dengan baik.

"Zakat bukan sahaja agenda ekonomi tetapi juga membawa agenda sosial yang dekat dengan hati nurani dan jiwa saya sebab itu bila ambil alih jawatan pengumuman pertama saya ialah menoktahkan kemiskinan. Jadi harus suatu penambahbaikan dilakukan segera," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mengarahkan Mohamed Abdul Hamid yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, menyerahkan laporan berhubung jumlah penduduk di negeri itu yang masih dibelenggu kemiskinan tegar.

Semalam, Anwar dilaporkan berkata usaha membasmi kemiskinan tegar di Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan sudah mencapai status 100 peratus hasil kerjasama pelbagai pihak sejak beliau menjadi Perdana Menteri.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196656 Replies : 4557
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7079 Replies : 50
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30146 Replies : 220
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 11:42 PM GMT+8 , Processed in 0.113095 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list