CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11468|Reply: 42

[Jenayah] Ada Banyak Peringkat, Doktor Herlok Dedahkan Pendapatan Boleh Cecah RM100,000 Sebulan!

[Copy link]
Post time 14-2-2024 09:05 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

Baru-baru ini tular tentang seorang wanita influencer bernama Dahlia Rizal yang berjaya membeli sebuah kereta mewah iaitu Mercedes Benz pada usia muda. Jadi, sebahagian netizen mula berteka-teki berapakah jumlah pendapatan yang boleh diperoleh seorang influencer.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, pempengaruh yang juga pengamal perubatan, Dr. Say Shazril tampil mendedahkan pendapatan yang diperolehi influencer untuk sebulan.

Jelas Dr. Say, pendapatan tersebut bergantung kepada peringkat dan tahap seseorang influencer itu berada mengikut jumlah pengikut di media sosial.

“Baru-baru ini Dahlia angkut Mercs, jadi ada yang curious akan kemampuannya. Pertama sekali, Dahlia ini bukannya baru famous, IG dia ada 779,000 pengikut. Kiranya dia dah lama bertapak dalam dunia influencing ini.

“Okay secara purata, pendapatan seorang influencer ini adalah dari RM3,000 hingga RM100,000 sebulan. Sebab apa besar range nya? Sebab influencer ini ada banyak peringkat.

“Nano influencers bila pengikut dia bawah 1,000, micro influencer pengikut 1,000 ke 100,000. Macro influencer kat mana saya berada 100,000 hingga 1 juta. Mega influencer pengikutnya 1 juta ke atas,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Say berkata bayaran influencer bukan sahaja bergantung kepada jumlah pengikut semata-mata, namun dilihat juga menerusi interaksi pengguna atau ‘engagement’ di media sosial.

“Ia bukan hanya sebab pengikut, sebab pengikut sekarang boleh dibeli. Apa yang kebanyakkan client dan agensi nak tengok sekarang adalah pengikut dan juga engagement.

“Engagement ini senang kata macam mana interactive pengikut anda. Jadi kalau influencer ini charge 1 video RM5,000 memang tidak lah agensi atau client nak bayar.

“Berbalik kisah Dahlia, video-video dia semua beratus ribu tontonan, beribu tanda suka, komen pun banyak. Jadi dekat situ kita boleh dapat tahu engagement dia tinggi. Pula itu pengikut dia tinggi. Bila dua ini bersatu, maka keluarlah sebiji Mercedez.

Namun begitu, bapa kepada dua cahaya itu mengatakan tidak mudah untuk bergelar influencer atau pencipta konten seperti mana yang difikirkan segelintir pihak.

Hal ini kerana setiap individu yang bergelar influencer perlu sentiasa berfikir konten apa yang perlu dimuat naik pada setiap hari bagi memastikan engagement akan kekal tinggi dan juga memastikan akaun anda ditemui di media sosial.

Jika kalau tidak konsisten, akaun anda mungkin akan ‘hilang’ daripada feed media sosial. Oleh itu, anda janganlah menyangka kerjaya ini memang mudah walhal realitinya sangat sukar untuk terus kekal relevan di dalam arus media sosial.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2024 09:05 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2024 11:12 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 11:16 AM | Show all posts
kalau kayo cuba la tepek baper byr Tax kat LHDN

acik porum acah keje Obstetric N Ginekologi je bangga bayar tax PCB .
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 11:18 AM | Show all posts
tolong ajarin gue..nak cari sumber sampingan. kos dah tinggi.

mcm sekejap je dpt tukar keta baru. iol cuma nak settle hutang2x je. lps tu resign jd influencer.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Pakai le apa ko nak pakai
Jual le ailio body rupa nasihat status kejadah
Nanti weng ko sendiri gak hadap
Dah hilang semua privacy kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-2-2024 12:57 PM | Show all posts
boikot influenza
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 01:00 PM | Show all posts

uols gak yg promot depa kt cari ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-2-2024 01:32 PM | Show all posts
lilacomot replied at 14-2-2024 01:00 PM
uols gak yg promot depa kt cari ni

kalau herlok kita kena maapkan bak kata acik porum

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta recond ker
Ramai ajer yang mampoo beli recond
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa dahlia ni?
Kerol ameng ramai pengikut pun pakai bezza..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp mmg level merc je ke depa tau ek? Serious question, asal berduit je merc
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 04:05 PM | Show all posts
hareeeesah replied at 14-2-2024 03:44 PM
Tp mmg level merc je ke depa tau ek? Serious question, asal berduit je merc

x merc bm...x bm musang...hurmm....boring...
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Engagement si Dahlia tu mmg tinggi..setiap kali up pic, 80% followers dia puji kecantikan dia je..dia cukur bulu muka pon views mencanak ( 1st time i tgk  perempuan Hijabista buat video cukur bulu muka)
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 04:39 PM | Show all posts
cicicumel replied at 14-2-2024 04:36 PM
Engagement si Dahlia tu mmg tinggi..setiap kali up pic, 80% followers dia puji kecantikan dia je..di ...

bila dia cukur bulu muka
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 04:41 PM | Show all posts
tak kenal....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2024 04:57 PM | Show all posts
influencer forex dgn cash riban2 di tangan paling aku x bleh percaya! scam yak mat! org kaya mana tunjuk cash riban2 kat tangan dik oiii..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak kenal

Tapi bukan ke followers tu boleh beli bayar aje la nak berapa ratus ribu

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
cicicumel replied at 14-2-2024 04:36 PM
Engagement si Dahlia tu mmg tinggi..setiap kali up pic, 80% followers dia puji kecantikan dia je..di ...

Kalo dahlia buat vid cukur bulu ari2 kopem boleh beli rumah agam terus
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2024 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 14-2-2024 03:43 PM
Sapa dahlia ni?
Kerol ameng ramai pengikut pun pakai bezza..

Influencer yg betul betul influencer sinkerol.ameng ni...yg lain yihhh sgt..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 10:33 AM GMT+8 , Processed in 0.248601 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list