CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23440|Reply: 0

Nor Hisham dilantik Ketua Pengarah JBPM baharu

[Copy link]
Post time 10-1-2024 09:55 AM | Show all posts |Read mode

Kor Ming (kanan) memakaikan tanda pangkat kepada Nor Hisham pada Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah JBPM pada Selasa.



KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM yang baharu berkuat kuasa semalam.

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan pelantikan Nor Hisham adalah bagi menggantikan Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin yang bersara wajib pada Disember lepas.

Pelantikan Nor Hisham diadakan pada Istiadat Pemakaian Tanda Pangkat Ketua Pengarah JBPM pada Selasa di kementerian terbabit yang dihadiri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta Timbalannya, Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Setiausaha KPKT, Datuk M Noor Azman Taib.

"KPKT mengucapkan tahniah atas pelantikan Nor Hisham dan akan memberi kerjasama dalam membawa JBPM ke arah kecemerlangan untuk memberikan perkhidmatan yang unggul kepada rakyat,” menurut kenyataan itu.

Nor Hisham, yang dilahirkan pada 12 Oktober 1972 di Panchor, Perak mendapat pendidikan awal di Pahang sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Alam Sekitar pada 1996.

Pada 2002, beliau memperoleh Diploma Tertinggi Kebangsaan bagi Pengajian Pengurusan dan Operasi Kebakaran Majlis Pendidikan Teknologi dan Perniagaan (BTEC) daripada Universiti Lancashier Tengah, United Kingdom sebelum menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi Mara pada 2016.

Perjalanan karier beliau dalam perkhidmatan awam di JBPM bermula pada 16 Mei 1997 sebagai Penguasa Bomba Gred KB41 di Bahagian Keselamatan Kebakaran Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Nor Hisham pernah menyandang beberapa jawatan penting dalam JBPM seperti Timbalan Ketua JBPM (Pembangunan), Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat (2020-2023), Pengarah JBPM Negeri Pahang (2018-2020), Pengarah JBPM Negeri Sarawak (2011-2018) serta Komandan Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Tengah (2009 - 2011).




Ketua Pengarah JBPM kesembilan itu juga pernah mengetuai beberapa operasi kebakaran dan penyelamatan berskala besar antaranya sebagai Komander Kanan Operasi mencari dan menyelamat helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei 2016 serta Pengarah Operasi Jawatankuasa Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (NEMC) bagi banjir di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada 17 Disember 2021. - Bernama

https://www.sinarharian.com.my/a ... engarah-jbpm-baharu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.032392 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list