CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18846|Reply: 0

[Sarawak] Filem dokumentari Sarawak dicalonkan pada KLEFF 2023

[Copy link]
Post time 9-1-2024 10:11 PM | Show all posts |Read mode
'Guardians of the Shore’ merupakan sebahagian daripada 14 filem bagi kategori ini, satu-satunya produksi dari Malaysia



Mark (tengah) bersama pasukan produksi lain melakukan penggambaran bagi dokumentari 'Guardians of the Shore' yang mengambil masa hampir lima tahun untuk disiapkan.

"Ini adalah satu penghormatan kerana dicalonkan bersama produksi-produksi hebat dalam industri filem eko."

Mark Nyambang
Kayu Malam Productions

KUCHING: Dokumentari Sarawak 'Guardians of the Shore’ telah dicalonkan untuk kategori filem cereka/dokumentari panjang Festival Filem Eko Kuala Lumpur Antarabangsa Ke-15 (KLEFF 2023).

Dokumentari dihasilkan Mark Nyambang itu merupakan sebahagian daripada pemilihan rasmi 14 filem bagi kategori ini dan merupakan satu-satunya produksi dari Malaysia yang dipilih.

'Guardians of the Shore' dicalonkan bersama produksi-produksi yang pernah memenangi anugerah dari Perancis, Jerman, Rusia, Belgium, Kanada, China, Itali dan Amerika Syarikat.

"Ini adalah satu penghormatan kerana dicalonkan bersama produksi-produksi hebat dalam industri filem eko," kata Mark dari Kayu Malam Productions.
"Saya sentiasa terpesona dengan keindahan lautan kita dan ekosistem marin yang pelbagai.

“Filem kami telah menjadi karya cinta hampir lima tahun dan mempamerkan usaha menakjubkan Sarawak melindungi sumber marin dan alam sekitar untuk generasi akan datang," tambahnya.

Filem mengenai projek terumbu karang Sarawak itu mengambil masa hampir lima tahun untuk dibuat.

‘Guardians of the Shore’ memaparkan usaha Kerajaan Sarawak melalui Sarawak Forestry Corporation untuk melindungi sumber marin negeri menggunakan bebola terumbu.

Ia ditayangkan pada Februari tahun lalu di TVS.

Sarawak telah diiktiraf kerana membina terumbu karang penghalang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 746km.

Sebanyak 23,500 bebola terumbu telah ditempatkan di perairan Sarawak dari 1998 hingga 2022.

KLEFF merupakan platform kreatif pertama dan paling lama berkhidmat di Malaysia yang mempromosikan kehidupan mampan.

Dianjurkan setiap tahun sejak 2008, misi KLEFF untuk mempercepatkan pengarusperdanaan kehidupan lestari dan penjagaan alam sekitar melalui kuasa bahan dan aktiviti audio visual.

KLEFF 2023 akan diadakan pada 17 dan 18 Februari di IWK Eco Park Pantai Dalam.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:29 PM GMT+8 , Processed in 0.073917 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list