View: 38253|Reply: 62
|
[DRAMA MELAYU]
DRAMA KHUNSA - MULAI 11 MAC 2024 ISNIN - KHAMIS 9MLM
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 8-3-2024 08:56 AM
'Apa pulak orang mengata nanti bila Khunsa ditayangkan' - Shahrulezad
Shahrulezad Mohameddin
Putrajaya : Penerbit dan pengarah drama, Shahrulezad Mohameddin menafikan dia cuba 'menongkah arus' dalam berkarya, namun menganggap dirinya yang juga penulis skrip sebagai pencerita atau penglipurlara.
Shahrulezad ketika ditemui berkata, pengalaman lebih 30 tahun sebagai pengkarya dalam industri hiburan membuatkan dia perlu kreatif berikutan pelbagai genre cerita sudah dihasilkan hingga kadang-kala terasa seakan kehabisan idea.
"Apa yang saya cuba hasilkan di dalam karya-karya terbitan Radius One bukan ingin 'menongkah arus' dengan membawa kisah yang sensasi, tapi ia adalah tanggungjawab sebagai pencerita atau penglipurlara untuk sesuatu cerita itu.
"Sebagai penulis skrip, saya cuba menghasilkan karya yang sama-sama dapat mendidik kita menerusi penyelidikan cerita yang dibuat. Sebenarnya, ketika membuat 'research' (kajian) banyak memberi maklumat dan ilmu baharu kepada saya untuk dikongsikan,' katanya.
Menurutnya, dia kini teruja dan berdebar menunggu reaksi ramai terhadap drama terbaharu arahannya, Khunsa sebanyak 28 episod yang akan menemui penonton di Astro pada Ramadan, tahun depan.
"Saya tak tahulah apa yang orang akan mengata saya untuk drama Khunsa apabila disiarkan nanti. Tapi, saya cuba terbuka menerima apa saja kritikan yang akan diperkatakan mengenainya.
"Kenapa saya buat juga drama Khunsa ini sebab ideanya sudah dihasilkan sejak 10 tahun lalu. Namun, ditolak oleh stesen TV di atas beberapa sebab dan mungkin juga Allah tidak mengizinkan lagi pada ketika itu," katanya.
Berbicara lanjut, Shahrulezad berkata, apa yang diketengahkan juga bukan untuk cuba 'menormalisasikan' atau tanda sokongan pada LGBTQ, tapi ramai dalam kalangan masyarakat yang kurang faham mengenai siapa itu 'khunsa'?
"Apa yang kebanyakan daripada kita tahu golongan 'khunsa' adalah individu yang mempunyai dua alat kelamin ketika dilahirkan, tapi apakah sifat mereka dan dilema dilalui golongan ini (khunsa) kita tidak tahu dan ia wajar difahami.
"Jadi, saya harapkan penonton dapat menerima drama Khunsa ini dan faham mesej yang disampaikan. Saya tidak sesekali menghasilkan drama yang cuba atau ingin 'menormalisasikan' perkara tidak betul. Allah maha tahu niat saya dan doakan agar hati saya tidak dibolak-balikkan," katanya.
Sebelum ini, Shahrulezad pernah menghasilkan drama rantaian popular seperti Seputeh Qaseh Ramadan, Kerana Cintaku Saerah, Syurgamu Ramadan, Sutun, Sutun 2, Nur, Nur 2,Takdir Yang Tertulis, Cina Buta dan banyak lagi
Tidak hanya itu, dia juga pernah memenangi trofi Pengarah Pilihan pada acara Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2019.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/20 ... yangkan-shahrulezad
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
semoga drama Khunsa meletup mcm NUR.. |
|
|
|
|
|
|
|
pindah ke bod drama tv yaa sebab ini drama |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau tak leh kuar tv3 or astro, pi lah Viu or IQIYI.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdullilah. Rezeki Radiusone tahun ni. Ada dua drama bersiri akan bersiaran di Astroria bermula pada tarikh yg sama. Dua duanya akan start pada hari pertama puasa. Dan kedua duanya adalah idea dari abam sendiri. Cuma Malang Si Puteri di arahkan oleh @ucheefukada dan skripnya oleh Uchee sendiri dan Syarifah Kirana.
Mark your date guys. Same day. Same station. Different time ????
KHUN:SA - 28 EPS
BERMULA 11 MAC 2024
SETIAP ISNIN - KHAMIS
9 MALAM
ASTRO RIA
MALANG SI PUTERI - 50 EPS
BERMULA 11 MAC 2024
SETIAP ISNIN - JUMAAT
6 PETANG
*kredit FB SHAHRULEZAD
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sunyi & sepi Board TV sekarang .... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak sabar nk tgok drama Khunsa ni. Drama Shahrulezad tak pernah lg mengecewakan. Semua drama dia iols follow |
|
|
|
|
|
|
|
cite mcm best komerr
pelakon pun best2
|
|
|
|
|
|
|
|
da layan 3 eps...pelakon2 best! cumanya timing iols melayan tu pas sahur, menguap berkali2 lah
kena marathon balik wiken nih
|
|
|
|
|
|
|
|
Best cite ni.. Dh lama x follow cite Melayu.. Tiber terlekat dgn drama ni.. Cast ramai ye 30 orang.. Pelakon2 pun so far best2.. Lagu tema drama ni sapa nyanyi ye, bukan Sandera, yg lain, masa mula dgn habis cite.. Jom mlm ni episod 5 |
|
|
|
|
|
|
|
nape tak meriah thread nie? takde org layan ke cite ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam best je, trailer dah macam filem masuk cinema |
|
|
|
|
|
|
|
dah tengok.. menarik jugak.. sherry jadi mak tiri jahat.. lurveee.. tapi rengsa sikit tengok make up kening tu |
|
|
|
|
|
|
|
best..suka lagu ending tu..tp episod 5 -6 lagu tu dh ada kt permulaan drama..tp xtau sapa nyanyi..semua lagu2 amylia yg compose kan
|
|
|
|
|
|
|
|
hehehe rengsa kan tgk kening nipis..zaman dolu2 kan
|
|
|
|
|
|
|
|
pukul 9 mlm kalau ikut tayangan astro
|
|
|
|
|
|
|
|
iols suka watak along tu..siapa ye dia..pandai berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dari pengarah ni memang best, masa nur pun i ulangkali tengok.. rasa mcm dekat dgn jiwa
bukan macam drama melayu cliche, citer pasal anak org kaya je manjang
|
|
|
|
|
|
|
| |
|