CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 21918|Reply: 0

PDRM umum pertukaran 42 pegawai kanan

[Copy link]
Post time 23-12-2023 02:27 AM | Show all posts |Read mode
PDRM umum pertukaran 42 pegawai kanan

22 Disember 2023 11:50pm



Ibu Pejabat Polis Bukit Aman



KUALA LUMPUR - Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner (DCP) M Kumar dilantik sebagai Ketua Polis Johor dengan memangku pangkat sebagai Komisioner Polis (CP) berkuat kuasa 23 Januari ini.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Alzafny Ahmad berkata, Ketua Penolong Pengarah (Tadbir Urus/Kepolisan Am), Bahagian Integriti Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner (SAC) Afandi Senin akan mengisi kekosongan jawatan berkenaan dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.



"Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe pula akan mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Afandi dengan memangku pangkat SAC," katanya dalam kenyataan malam ini.

Beliau berkata, ia merupakan sebahagian daripada pertukaran membabitkan 42 pegawai kanan PDRM di seluruh negara.



Turut bertukar jawatan ialah CP Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Bukit Aman dan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur, Datuk Anuar Othman pula dilantik sebagai Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), Jabatan Pengurusan, Bukit Aman.

"Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abu Samah Mohd Noor pula akan mengisi jawatan Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur manakala Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Adzli Abu Shah akan mengisi kekosongan itu dengan memangku pangkat DCP," katanya.

Sementara itu, Penolong Pengarah E4, Cawangan Khas, Bukit Aman Datuk Zahib Sabari akan menggalas jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat DCP. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
travel infromation
akku.343travel infromation
Views : 101 Replies : 0
mempromosikan menu restoran utk valentine's day. Boleh ke?
batman76mempromosikan menu restoran utk valentin
Views : 22400 Replies : 5
Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Islam?
hadi1987Menyembah Bangunan...Boleh ke di sisi Is
Views : 21222 Replies : 13
travel infromation
akku787ddtravel infromation
Views : 1213 Replies : 0
travel
akku787ddtravel
Views : 1718 Replies : 0
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44811 Replies : 673
KWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Kemaruk-TaikkKWSP bakal umum dividen lebih tinggi
Views : 9287 Replies : 1
'Tiada siapa pun di Malaysia minta Jho Low kembali'
Highflyer19'Tiada siapa pun di Malaysia minta J
Views : 2317 Replies : 22
Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri' patut nikmati pulangan 2 tahun lalu, tapi tak berlaku. 1,700 mangsa penyelewengan pelaburan diuruskan 'Tan Sri'
ultra78Pelabur skim pelaburan 'Tan Sri'
Views : 77668 Replies : 16

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2026 06:57 AM GMT+8 , Processed in 1.028980 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list