CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9846|Reply: 0

[Sarawak] Kelab Lions Kuching, Kota Samarahan tanam 1,000 anak pokok

[Copy link]
Post time 11-12-2023 11:29 PM | Show all posts |Read mode


Pegawai Kanan Pengawal Hutan Hammali Buang menyerahkan cenderamata kepada Gabenor Daerah yang juga Kapitan Ronny Hiew sambil disaksikan Presiden Kelab dan RC Feliz Hu.

KUCHING: Kelab Lions kawasan Kuching, Kota Samarahan telah menanam 1,000 anak pokok di Hutan Rizab Sabal Simunjan dalam projek penanaman pokok dengan kerjasama Jabatan Hutan Sarawak.

Kelab itu menerusi kenyataannya berterima kasih kepada dedikasi dan sokongan kuat ahli Lions dan Rakan Lions yang telah menjayakan projek berkenaan.

"Kami berterima kasih atas sambutan dan penyertaan yang menggalakkan dalam menyelamatkan alam semula jadi kerana setiap pokok ditanam melambangkan satu langkah ke arah masa depan lebih hijau dan sihat untuk generasi akan datang," kata kenyataan itu.

Kejayaan projek penanaman 1,000 pokok adalah bukti usaha kolektif dan semangat kerjasama semua orang yang terlibat, tambahnya.

"Dalam masa lebih sejam, kami mencapai pencapaian yang luar biasa, mempamerkan inti pati sebenar semangat Lionisme.

"Bersama-sama, kami mengaum dengan keazaman dan menjadikan projek ini satu realiti.

"Terima kasih juga kami tujukan kepada setiap individu yang menyumbang kepada tujuan yang bermakna ini," katanya.

Kenyataan itu berkata penglibatan aktif mereka telah memberi impak yang besar kepada persekitaran dan komuniti.

"Kami berbangga dengan usaha kolektif yang telah membawa kepada hasil yang berjaya ini," tambahnya.

Sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO), kelab itu kekal komited untuk terus bekerja keras ke arah kelestarian alam sekitar dan pembangunan komuniti.

"Kami menantikan inisiatif dan kerjasama masa depan yang akan meneruskan misi kami untuk mencipta kesan positif kepada alam sekitar dan masyarakat kita.

"Akhir sekali, kami merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas usaha dan kerjasama lapan Lions Club dan Jabatan Hutan Sarawak yang telah memainkan peranan penting dalam projek ini," katanya.

Kelab-kelab Lions itu ialah Lions Club of Kuching Host, Serian, Kuching Metro, Kuching Stampin–Pending, Kuching Allamanda, Kuching Ixora, Kuching–Kota Samarahan dan Kuching Elite.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 200210 Replies : 4713
Cinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup putuskan hubungan dengan ibu bapa demi berkahwin lelaki 80 tahun
YgBenarCinta itu buta:Gadis 23 tahun sanggup pu
Views : 864 Replies : 4
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 24043 Replies : 161
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11963 Replies : 13
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73688 Replies : 322
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 11543 Replies : 187
Beza wasap status ikut level
chaconBeza wasap status ikut level
Views : 5075 Replies : 10
Nama pokok ni?
BelovedTaeyeonNama pokok ni?
Views : 6357 Replies : 15
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30478 Replies : 185
Awesome place in Iceland --
dexaAwesome place in Iceland --
Views : 1453 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.060792 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list