View: 20272|Reply: 111
|
Pelajar Sekolah Asrama Penuh Larikan Diri Akibat Dibuli
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Pelajar sebuah sekolah berasrama penuh, Muhammad Danial Akmal Zulkhairi, 14, yang dilaporkan hilang kelmarin dipercayai dibuli.
Ibu mangsa, Shuhada Jamaludin, 38, berkata, anaknya yang sudah ditemui orang awam di pondok menunggu bas di hadapan Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak, di sini malam tadi mengakui dibuli dengan teruk.
Gambar dikongsi orang ramai yang menemui seorang remaja yang dikatakan hilang dari asrama sekolah di Cheras. - Foto FB
Menurutnya, akibat kejadian buli itu, Muhammad Danial yang mesra disapa sebagai Enel bertindak nekad untuk melarikan diri dari sekolah pada jam 3 pagi, Khamis lalu.
"Kejadian itu didedahkan sendiri oleh anak saya kenapa dia begitu tekad untuk melarikan diri dari sekolah pada awal pagi itu. Enel sudah tidak tahan dan tidak mampu untuk menghadapi perbuatan buli yang sangat teruk dilakukan kepadanya.
"Ini bukan kali pertama Enel dibuli. Sebelum ini dia pernah juga dibuli, namun saya dinasihatkan untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik dan tidak mendakwa si pelaku," katanya.
Susulan kejadian buli yang berlaku itu, Shuhada berkata, tindakan perundangan akan diambil oleh pihaknya berhubung kejadian buli itu.
Katanya, tindakan sedemikian perlu dilakukan bagi memperjungkan nasib anaknya kerana dibuli dengan sangat teruk.
"Ini kali kedua kejadian buli yang sangat teruk berlaku kepada Enel. Saya tidak boleh berdiam diri lagi.
"Saya akan 'fight' (lawan) perkara ini dan mengambil tindakan tegas supaya keadilan dapat ditegakkan,"katanya.
Sementara itu, ditanya mengenai penemuan Enel, Shuhada berkata, anaknya itu ditemukan dalam keadaan sangat lemah kerana tidak makan.
Menurutnya, Enel hanya makan sekali sahaja pada hari pertama sejak melarikan diri dari sekolah, sekadar menjamah roti dan minum air yang diberikan oleh seorang individu.
Katanya lagi, Enel melarikan diri dari asrama sekolah sehelai sepinggang dan tidak membawa dompetnya bersama.
"Ketika bertemu dengan Enel pada malam tadi (Jumaat), dia kelihatan sangat tidak terurus dan seolah-olah macam orang gelangdangan.
"Saya tidak pernah melihat Enel sebegitu rupa. Namun saya sekeluarga amat bersyukur kerana Enel ditemui dalam keadaan selamat," katanya.
Sumber: BH Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nasihat pada parent
bila anak duduk asrama
then dia kena buli
or mental torture
atau ape sekalipun
adalah baik kalau dikeluarkan shj
belajar kat sekolah lain
atau sekolah harian shj
itu lebih baik utk kesejahteraan emosi anak kita
kadang2 pihak sekolah pun tidak membantu sgt
lagi2 isu spt buli
melainkan parent adalah somebody |
|
|
|
|
|
|
|
Maka dengan ini kena bersiap siagalah ibubapa pembuli² tunggu surat sampai. |
|
|
|
|
|
|
|
Tolong lah expel tukang buli nih..menyusahkan org..menteri fadhlina tolong lah tgk kes kes buli ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Pembuli ni patut dihantar ke Henry Gurney. |
|
|
|
|
|
|
|
bakawali_04 replied at 9-12-2023 03:39 PM
nasihat pada parent
bila anak duduk asrama
then dia kena buli
Kalau parents somebody biasanya mmg takdenye kena buli..silap2 dianya pembuli |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 9-12-2023 03:53 PM
Kalau parents somebody biasanya mmg takdenye kena buli..silap2 dianya pembuli
Ada betul nya. Byk dah nampak contoh mcm ni. Mak bapak pengetua pibg, anaknya salah guna kuasa
Lagi 1 parents kena tanya anak time depa balik dr asrama, kawan2 mcm mana, ada x yg buli. Encourage dia luahkan perasaan dan cari jalan mcm mana nak selesai kan masalah tu. Kalau tidak, sekolah biasa je lah.
SG time sekolah berasrama dulu pon parents rajin tanya. Cuma bernasib baik mmg xde kes buli |
|
|
|
|
|
|
|
ada juga
cuma mgkn bukan fizikal buli
mental torture
body shaming
lagi2 kalau di kalangan pelajar perempuan
|
|
|
|
|
|
|
|
Bawak.kluar dr skolah tu.. tlg la mak ayah..ni nasihat dr i yg mmg x suka environment berpuak.di asrama |
|
|
|
|
|
|
|
Anak iols yg kt melaka ni sejak dari form 1..
mmgla kita dok korek rahsia dari dia..
Ada tak kena buli..usik2 dr kawan tu biasalah..
Anak iols jenis pendiam..dia malas nak layan..
Lega takde kes buli2 kat sekolah dia.
Nak lak skrg satu dorm dgn abang2 senior.
Duduk asrama ni kena pandai bawa diri..
Kena selalu hormat abang senior..
Insha Allah tiada apa2..
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak kwn aku form 1. Kena buli kt mrsm. Skrg smk. Aman dah katanya. Kt smk kwn best2. |
|
|
|
|
|
|
|
bakawali_04 replied at 9-12-2023 03:39 PM
nasihat pada parent
bila anak duduk asrama
then dia kena buli
Setuju...saya anytime ja kaalu ank bgtau pasal buli..mmg tarik keluar ja.
Sbb dr awai..dia yg nak sgt dok asrama
Pengetua jenih..you touch you out...
Setakat ni ok tkdak kes buli...tp kes curi...byk sgt...hmmm
Pelik laa...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tolong siarkan muka pembuli dan muka mak bapak pembuli. Anak2 yg suka membuli ni sb mak ayah x pernah ajar yg elok kat anak depa kut. |
|
|
|
|
|
|
|
Keluarkan je lah budak tu drpd SBP.
Jgn dipaksa2 anak kena belajar di SBP... kesian budak tu nak concentrate belajar pun tak boleh, kena buli. |
|
|
|
|
|
|
|
Suatu pagi tu ada sorg mak msg meols bgtaw anak meols amek file anak dia. Lepas meols siasat2..rupanya anak dia yg buli anak meols. Rampas brg anak meols dan pijak2 ramai2 brg tu. Anak meols amek file bdk tu dari bag n letak kat meja cikgu. Tapi bdk tu tak ambil file kat meja cikgu tu semula. Bila meols bgtaw benda yg jadi ni helok mak bdk tu kata bdk2 mmg suka bergurau..eh babis. Sejak tu meils nasihat kat anak meols jgn ada urusan atau cari pasal dgn bdk tu. |
|
|
|
|
|
|
|
bakawali_04 replied at 9-12-2023 03:39 PM
nasihat pada parent
bila anak duduk asrama
then dia kena buli
Saya setuju sangat. Kalau biar memang kesan yang buruk pada anak. Contoh memang ada depan mata, anak sahabt saya baru masuk kena buli abg senior, pengawas pulak tu. Siap kena pukul kat dada and tak tau la apa lagi dia buat. Bila dia mengadu dengan mak dia, and mak dia cakap dengan cikgu, cikgu cakap tak blh buat apa sebab tu pelajar harapan. Imagine la budak tu punya trauma. Lepas tu mak dia bawak keluar sekolah biasa pun dia jadi lain and rasa marah dengan parents sebab hantar situ. |
|
|
|
|
|
|
|
ni la bahana dpt mak2 terpaling..
dia rasa anak dia pandai kalau pi boarding school je..
last sekali mendapat jugak..
tolong la dgr kalau anak ko mengadu apa2 especially pasal buli
masuk je sekolah harian, ramai je yg straight A’s la |
|
|
|
|
|
|
|
babyblueamir replied at 9-12-2023 11:17 AM
Saya setuju sangat. Kalau biar memang kesan yang buruk pada anak. Contoh memang ada depan mata, an ...
Aku tak faham apsal wujud cikgu begini. Oh ya. Sebab bias...Yes. Cikgu2 bias campur aduk hal personal dengan profesional memang ada. Macam ketua guru disiplin pompuan di sekolah baru aiols ni. Pilih budak perempuan yang dia suka jadik ketua pengawas walaupun budak tu nampak takda keterampilan sebab budak tu ahli kelab taekwando dia. Ujung2 tak reti buat kerja sebab nampak muka pun lemau semacam.
Budak perempuan (pengawas) paling menonjol di sekolah dia tak pilih sebab pernah mesej husband dia (mesej inesen la aku ghasa antara pelajar dengan guru. Biasa la kalau pelajar mesra2 dengan guru). Dia tuduh budak tu menggedik dengan husband dia pehtu fake purak2 baik. Terus dia benci budak tu. Aiol syak dia jeles sebab budak tu cantek macam muka bini si Haqiem Rusli depression pehtu di mata aiol budi pekerti memang terpuji. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian budak NIH, nampak sgt mak dia x "dengar " anak dia
Budak ni x call n x balik rumah sebab takut kan blame, mak banggaanak masuk SBP tp kesian anak, mgkin anak ni naturer nya terlalu baik, harap lepas ni jd kuat sikit, BKN salah dia kalau dia nerd/ pasif/ lembek sebab akan ada saja Anak org lain yg asuhannya x elok akan jd pembuli,
Kalau ada pembuli kt sek, ptt ada lg hierarki atas tu, which is emak kau,
Emak bapak kena main peranan, jgn biar anak tu dh tau kan buli boleh suruh solve sndiri n jgn dakwa? Bz kerja yea..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|