CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 10341|Reply: 78

Azri Iskandar Kecewa Tak Dapat Jadi Hero, Terpaksa Ambil Job Watak Ayah

[Copy link]
Post time 6-12-2023 04:19 PM | Show all posts |Read mode
Azri Iskandar, 55, mendedahkan tidak lagi selektif memilih watak untuk dilakonkan sekarang memandangkan keadaan industri yang berbeza menjadikan pelakon tiada kuasa untuk memilih tawaran yang sesuai.


"Sebenarnya tawaran berlakon jarang ada. Jadi, kalau ada memang saya akan buat walaupun watak itu banyak yang macam berulang-ulang. Sama macam watak yang saya tengah buat sekarang, cuma saya cuba buat yang terbaik.




Foto: Harian Metro




"Diakui dulu banyak tawaran. Kadangkala, satu masa saya kena pilih yang mana bagus. Malah kadangkala juga saya cadangkan ambil pelakon lain yang bagus kerana tengah bekerja dengan projek lain.


"Sekarang dah tiada. Sekarang projek memang kurang. Yang ada pun watak ayah. Di Malaysia faham-fahamlah watak ayah orang tak 'highlight' sangat. Ia dah jadi kategori pembantu sahaja," katanya kepada Harian Metro.


Azri yang kini terbabit dengan telefilem bergenre seram berjudul Rumah Pontianak terbitan Quiara One Production berkata, persaingan sesama pelakon juga banyak sekarang.


"elakon-pelakon senior yang jadi ayah pun bagus-bagus. Itu tak termasuk pelakon yang lain-lain lagi. Ia juga bergantung kepada nasib dan faktor rezeki. Kita kenalah bagi hasil kerja yang bagus.


"Tanggungjawab kita kena bagi kerja yang memuaskan hati dari segi lakonan, ketepatan jadual, disiplin dan sebagainya. Semua diambil kira. Saya kini dah pergi kepada cari rezeki dan kewangan.


"Dari sudut apa pun, orang nak cakap apa pun, terpulanglah. Bukan salah saya pun. Pilihan yang ada itu sahaja. Watak korporat pun kalau ditawarkan saya ambil. Kalau saya tolak saya tiada wang, tiada kerja. Itu yang dikatakan tiada pilihan," katanya.


Azri yang pernah menyerlah menerusi filem Pontianak Harum Sundal Malam, bagaimanapun memaklumkan impian untuk menjadi hero tetap ada.


"Di luar, kalau Bollywood umur macam sayalah bawa hero seperti Amir Khan, Shahrukh Khan dan Salman Khan, manakala di Hollywood pun Brad Pitt semua sebaya saya. Namun kalau di Malaysia mereka jadi ayah.


"Kita sanjung cerita Hindi dan bila tengok menangis-nangis. Itu formula dah ada. Hero semua sebaya saya. Di sini dah jadi lain. Cerita kita tak 'highlight' usia 40-an dan 50-an. Manusia ada banyak fasanya.


"engisian cerita pada usia begitulah yang penulis skrip kena tulis. Istilah Hero Tua dah sampai masanya perlu ditukar. Kita kena beritahu penonton, memang nak bagi peringkat usia ini pula naikkan sebagai isu utama. Tak timbul istilah Hero Tua," katanya.


Menerusi Rumah Pontianak arahan Asri Bay'u, Azri melakonkan watak seorang bapa bernama Affan yang berkahwin dua.


Turut berlakon ialah Datuk Syafinaz Selamat, Nasha Aziz, Rushdi Ramli, Jaa Suzuran dan ramai lagi. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu tgklah diri sendiri ko sama taraf cam SRK ke tgk body SRK tue jenis jaga body jaga penampilan walau dah tuo
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:28 PM | Show all posts
Try la jadi hero pasah sendat, mana tahu dapat lambung-lambung, dukung-dukung.. Sheols tak tolak, sebab terpaling berdisiplin
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by seripahzeripah at 6-12-2023 04:33 PM

Iols syak acik jeri ada masalah mentalllll..

Btw acik jeri..fyi ada je kat malaysia ni yg dah kertu2 jadi main cast..main actor..cthnya..pejal usin,osam nor,adi putra..

Masalahnya sbb apa kau dpt watak bapak2..sbb kau tu gundu dan kepam
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:36 PM | Show all posts
dia nih dulu kaciak tau, tapi tulah
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:36 PM | Show all posts
Terima la hakikat...umur pun dh senja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-12-2023 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah setarap SRK kau....
Ko berlakon jadi ayah pun belum tentu acik tengok, inikan pulak jadi Hero....
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:45 PM | Show all posts
mmg dah hilang ingatan aku rasa pakcik ni ..
ni akibat berkasih kasih ngan gf yg nanhado kewujudannya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 04:48 PM | Show all posts
Sesuai la tu acik jeri dengan umur dan rupa
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:48 PM | Show all posts
masalahnya skrg, brad pitt, srk, aamir khan tu walau umur dah banyak, lakonan drg mantap, penampilan terjaga..while pakcik..hmm..penampilan satu hal, lakonan pun tak seberapa... rajni yang dah 70an tu pun lakonan mantap hebat lagi tau acik..
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
cuba pakcik jaga imej bagi herlok sikit
mana tau tiber dpt jadi hero kan lps ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Delulu pakcik Azri oi.
U tak age like a fine wine mcm Tom Cruise, u age like tapai.

Sile sedar diri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 04:54 PM | Show all posts
kenapa dia mcm ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 05:03 PM | Show all posts
agak2 la, dah 55 nk bersaing dgn merqin, aedy asyraf, fatah amin,

yg umur pertengahan ada aedy putra, aron ajis ( sorry la kena jemput artis luar negara )
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 05:04 PM | Show all posts
azri ni ada berlakon dlm filem leftenan adnan kan?


gerak khas, yg dia bergaduh dgn ac mizal tu,  dlm cerita tu  dia pernah berkhidmat sbg anggota MALBATT tau, hebat tau dia ( watak tu la yg hebat )

cepat tul masa berlalu dah 20 tahun cerita2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Faizal husein leklek je sapu macam2 job, selalu jugak jadi main cast. Sebab apa? Sebab masih fit lagi walaupon kurus & x se-hensem dulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-12-2023 05:06 PM | Show all posts
salimrock replied at 6-12-2023 05:04 PM
azri ni ada berlakon dlm filem leftenan adnan kan?

left adnan dia kena buang la bro ganti oranglen sapa ntah nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 05:09 PM | Show all posts
ko ni kalau edika yusuf tu aku percaya la dpat watak hero sbab still hesmes ala2 choke me daddy..kalau tok jeri ni tambah pkai snow cap & jacket kali air da serupa gelandangan
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 05:09 PM | Show all posts
dia patut jadi left adnan kan?

digantikan dgn haire othman,

tak silap aku la, ke dia pelakon watak lain?
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2023 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jadi hero pakya concodei layak la...

Kalau jadi hero drama cinta cintun?

Baik kalih ke channel animal planet lagi berair nengok...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.074398 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list