View: 32794|Reply: 48
|
[Jenayah]
Mayat wanita ditemui di dalam simen
[Copy link]
|
|
2 jam bomba pecahkan simen keluarkan mayat wanita
Oleh Norzamira Che Noh - Disember 4, 2023 @ 8:52pm
[email protected]
KLANG: Bomba dan Penyelamat Selangor mengambil masa lebih dua jam untuk memecahkan kolam air sebelum menemui mayat wanita yang ditanam dan disimen di sebuah rumah di Pandamaran hari ini.
Bomba Selangor dalam kenyataan memaklumkan pihaknya mendapat panggilan sekitar jam 11.39 malam tadi untuk mengeluarkan satu mayat yang berada di dalam kolah bilik mandi.
"Bomba sampai ke tempat kejadian 10 minit kemudian dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang melakukan kerja-kerja pemecahan simen menggunakan peralatan 'paratech tool' dan mesin hacker.
"Ketika kerja-kerja pemecahan simen dilakukan sekitar 70 peratus, didapati satu mayat wanita dewasa berada dalam kolah air berkenaan.
"Mayat itu kemudian dikeluarkan dan diserahkan kepada polis," katanya.
Terdahulu, tinjauan yang dilakukan di kawasan rumah berkenaan mendapati pintu pagarnya tertutup namun pintu utama rumah berkenaan dalam keadaan terbuka.
Seorang jiran mangsa yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat kawasan luar kediamannya dipenuhi anggota polis kira-kira jam 9.30 malam tadi.
"Sekitar jam 11 malam, pasukan bomba pula tiba dan baru saya tahu ada mayat ditemui di rumah berkenaan.
"Sebelum ini, rumah itu pernah disewa kepada warga asing sebelum ada antara mereka pulang ke negara asal dan selepas itu disewa kepada pasangan suami isteri warga tempatan.
"Saya terkejut melihat anggota bomba mengangkat mayat yang dilihat seperti gumpalan tanah liat dan berbau," kata lelaki berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penemuan mayat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Beliau berkata, polis menerima laporan daripada seorang lelaki dipercayai pemilik rumah berkenaan yang mengesyaki sesuatu selepas kolah air di rumahnya di simen tanpa pengetahuannya.
"Pengadu memaklumkan dua penyewa lelaki telah keluar daripada rumah berkenaan pada 10 Oktober lalu.
"Pemilik ke rumah itu datang untuk memeriksa serta membersihkan sebelum disewakan kepada orang lain dan mendapati kolah air dalam bilik air disimen.
"Selepas tidak berpuas hati dengan jawapan penyewa berkenaan, pengadu tampil membuat laporan polis," katanya.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Senang nya keja....
Masukkn mayat dlm kolah, pastu tuang simen sampai rata..... |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat siapa plak dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 penyewa tu pembunuh upahan
btw, Zalina Azman yg dah lama hilang tu sampai ke sudah takde closure ya? Apalah agaknya yg terjadi kat beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga ada keadilan buat mangsa
Teringat kes rumah sewa kt kepong dulu..ada masuk bod CI....penyewa lama simen lantai dapur
Bila owner dtg cek lps depa dh keluar, ms nk renovate, kontraktor gali2 tgk ada mayat budak
And nak dijadikan citer, ms tu acik2 porem ni tgk google street view sbb nk tgk rumah sewa tu..ada budak tu captured dlm google street view ms hayat dia.
Jiran2 pun ckp dah laaaama x nmpk budak tu
Rupanya kene simen dgn parents celaka kat lantai dapur umah sewa |
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik aku dah takde rumah sewa..dah siap2 jual dulu..skang no more umah sewa
Sbb malas nk hadap perangai tenant mcm celaka
Kowser nak bangga2 riak kata ada 10 bijik umah sewa bagai
My peacefulness lg penting dr nak bongkak ada 10 bijik umah sewa bagai |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
senang jer lepas bunuh pastu tanam atau simen kt lokasi pembunuhan... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada ke buang mayat dlm rumah dgn simen. Nmpk sgt pembunuh amatur. Tali gantung melambai. Nak buat jahat pun pki la otak |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 4-12-2023 11:09 PM
Sib baik aku dah takde rumah sewa..dah siap2 jual dulu..skang no more umah sewa
Sbb malas nk hadap p ...
Wpun aku ade rumah sewa tp idaklee bongkak.. sbbnya rumah sewa aku semua tatap pprt.. hahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
liyamariska replied at 5-12-2023 06:07 AM
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
senang jer lepas bunuh pastu tanam atau simen ...
Angkut kulu kilir nanti kang payah.. dgn beratmyasa.. nak cari tmpt lupus lg.. kalo tnm tmpt lain dijumpa dianjinglaa kambinglaaa org norehlaa.. mcm mcm laa.. so simbah aje simen settleee.. mcm tu laa..pemikiran aku tolong tafsirkan pemikiran pembunuh semekin ni.. kalo yg kayee depa lupus cara masak jd gulai kee.. bom c4 kee.. ade satu cite omputih ni aku tengok dia cmpk kat tasik asid . |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 5-12-2023 06:50 AM
Angkut kulu kilir nanti kang payah.. dgn beratmyasa.. nak cari tmpt lupus lg.. kalo tnm tmpt lain ...
lupuskan dgn asid
simen ni..mayat tu ada lagi dlm tu....
beli asid hidroklorik dlm shopee ada |
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 5-12-2023 07:30 AM
lupuskan dgn asid
simen ni..mayat tu ada lagi dlm tu....
beli asid hidroklorik dlm shopee ada
Hahaha shoppe tuu semua dia juai.. sparepart toka pun murah giler juai |
|
|
|
|
|
|
|
Buritan replied at 5-12-2023 07:37 AM
Hahaha shoppe tuu semua dia juai.. sparepart toka pun murah giler juai
kalau iols duduk rumah ni..mlm2 mesti roh mayat tu kacau dan nk bgtahu apa jd pada dia
iols agak sensitif benda2 spiritual ni... |
|
|
|
|
|
|
|
betul org cakap benda jahat akan terbongkar juga akhirnya...Allah akan tunjukkan... |
|
|
|
|
|
|
|
murah btul nyawa manusia skrg |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi ada gambar jelas rupanya
Dah la nk mkn ni terus mati selera huhuhu
Buat jenayah tak clean selamba ko simen kan dlm kolah
Mesti la tuan umah pelik tgk kolah dia tetiba kena simen.
Harusla dia syak bukan2..
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing replied at 5-12-2023 07:40 AM
kalau iols duduk rumah ni..mlm2 mesti roh mayat tu kacau dan nk bgtahu apa jd pada dia
iols agak s ...
Mcm filem Rahsia tu kan, pilem hindi pun ada cerita lebih kurang gini
Lama dah la pilem tu zmn iols sek rendah dulu
Simen kat dinding umah
Pilem hindi yg baru simen bawah tapak balai polis
Haa cite ajay devgan tu lupa dah tajuk
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 4-12-2023 11:07 PM
Semoga ada keadilan buat mangsa
Teringat kes rumah sewa kt kepong dulu..ada masuk bod CI....penyewa ...
Kes mana ni ye? Kejam betul mak pak dia nk sembunyikan mayat buat gitu je
Cara nk lupuskan mayat yg susah nk dikesan kerat kecik2 bakar dgn api yg teramat panas serupa hindu bakar mayat tu.
Tp still ada tulang2 yg tak jd abu so temulang tu kena kisar halus plak.
Kendian buang la abu tu dlm sungai or laut.
Apapun jenayah tak penah sempurna, lambat atau cepat akan kantoi juga walau cemana gigih mayat tu cuba dihapuskan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|