CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10300|Reply: 27

Panik Bila Tahu Hamil- Mahasiswa Nekad Bunuh Kekasih, Mayat Dicampak Di Kebun Durian

[Copy link]
Post time 1-12-2023 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Seorang mahasiswa tergamak membunuh kekasihnya selepas mengesyaki wanita tersebut hamil, dalam kejadian di Tasikmalaya, Jawa Barat.


Serambinews melaporkan, suspek yang dikenali sebagai Herdis Permana, 20, melakukan perbuatan kejam tersebut kerana panik selepas mangsa mengakui tidak datang haid sejak dua bulan lalu.


Menurut Ketua Polis Bandaraya Tasikmalaya, AKBP SY Zainal Abidin, Herdis dan teman wanitanya yang dikenali sebagai WW, 19, didakwa bersetuju untuk menggugurkan kandungan.




Foto: Serambi News




Mereka sepakat untuk bertemu namun ketika pertemuan di Kampung Sedaleuwih, suspek tidak mendapat bukti dan pengakuan daripada mangsa bahawa dia telah menggugurkan kandungan sehingga tercetus pergaduhan.


Suspek kemudian memukul mangsa menggunakan kayu namun apabila mendapati mangsa masih hidup, dia menikam rusuk mangsa menggunakan sebilah kerambit.


Suspek meninggalkan mangsa yang berlumuran darah di dalam semak di kebun durian dan pulang ke rumah seperti biasa.


Mayat mangsa ditemukan oleh orang kampung pada petang Rabu (29 November).


Hasil siasatan polis, suspek berjaya diberkas pada keesokan harinya (30 November) di rumahnya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan korang seharusnya sedang bercinta ka kenapa sampai berbunuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sana bunuh kekasih hamil bukan sesuatu yg rare, tp kerap kali ada kejadian seumpama ini
Tu pasal netizen sana terkejut bila ada kejadian serupa kat malaysia dorang ingatkan belaku kat sana.
Anggap jelaa yg melakukannya tu pun leluhur kalian juaa..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dejavu

Tp lagi kejam kisah yg kt malaysia tu. Smpai belah perut keluarkn janin
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Herdis dan teman wanitanya yang dikenali sebagai WW,

Nama tu mmg gitu ke? Or they hid identiti mangsa?
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by tumpanglalu74 at 2-12-2023 03:02 AM



Takyah la hakim penin2 kepale nak pikey..  Kalo bawak bende ni memang dah plan nak bunoh la.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2023 06:14 AM | Show all posts
ni spesis makhluk yg fikir jalan mudah sebagai penyelesaian sbb mencipta masalah sendiri yg akhirnya nyawa lain yg melayang...

makin lama makin ramai manusia bermasalah mental hilang perikemanusiaan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 06:26 AM From the mobile phone | Show all posts
tumpanglalu74 replied at 2-12-2023 02:54 AM
Takyah la hakim penin2 kepale nak pikey..  Kalo bawak bende ni memang dah plan nak bunoh la.



Aku fikir yg sama juga. Tak kan la kerambit tu guna utk kait durian kannn. Bodoh lelaki ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2023 07:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Tasik malaya ye nama tempat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts
kat sana memang banyak yer kes gini. aku pun baru tgk YouTube kes kat sana bunuh gf tp lg kejam dia penggal kepala. badan korban dia tinggal bawal katil bilik hotel kepala buang kat longkang besar. kes kat Jakarta. seblm bunuh sempat ngetot dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 2-12-2023 06:26 AM
Aku fikir yg sama juga. Tak kan la kerambit tu guna utk kait durian kannn. Bodoh lelaki ni.

tp kat sana diorg memang jenis bawa senjata. sbb kat sana bnyak samseng jalanan. jadi utk keselamatan diri juga. ini aku tgk dlm YouTube lah. tu pasal senang je bunuh org dlm beg mmg dh bawa senjata.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia pun sama konoha. Berderet orang tua kena potong kepala dengan anak. In fact sembelih2 ni malaysia top lah kan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 2-12-2023 06:26 AM
Aku fikir yg sama juga. Tak kan la kerambit tu guna utk kait durian kannn. Bodoh lelaki ni.



Pelaku tu mahasiswa.  Sama cam yang kat Mesia aritu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 2-12-2023 07:35 AM
Tasik malaya ye nama tempat tu...

Nama Malaya dah takde kat Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
star_karat replied at 2-12-2023 08:57 AM
Malaysia pun sama konoha. Berderet orang tua kena potong kepala dengan anak. In fact sembelih2 ni ma ...

Kuat makan dadah org jantan melayu kat sini.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2023 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahatnya lah manusia gini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2023 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi: Kat sana bunuh kekasih hamil b ...


Dah tahu sana jadi kebiasaan, anak muda sana masih tidak takut ya berzina sampai pregnant. Hujung2 kena bunuh jua. Yang pempuan tu la. Yang laki mesti kata normal aku bunuh saja kamu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 1-12-2023 07:34 PM
Kat sana bunuh kekasih hamil bukan sesuatu yg rare, tp kerap kali ada kejadian seumpama ini
Tu pasal ...

Yg jd kat msia tu pun ada leluhur indon....
Sabak bernam kannnn...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 06:50 PM | Show all posts
Suchi replied at 1-12-2023 07:34 PM
Kat sana bunuh kekasih hamil bukan sesuatu yg rare, tp kerap kali ada kejadian seumpama ini
Tu pasal ...

Kat sana tu kat mana? Acheh, Java, Maluku ka Papua? Negara ummah 300 juta sebesar benua. Malaysia yang ciput ni pun ada juga kisah2 tak masuk akal.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2023 07:47 PM | Show all posts
kejamnya   
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:59 AM GMT+8 , Processed in 0.116439 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list