View: 6151|Reply: 40
|
[Dunia]
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
[Copy link]
|
|
Salji meliputi Pulau King George, Antartika. - Foto AP
ANTARTIKA: Kehilangan mendadak ais laut di Antartika menimbulkan kebimbangan kalangan para penyelidik.
Ahli biologi marin menjangkakan bahawa Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
Presiden Alfred-Wegener-Institute, Antje Boetius berkata selain pengurangan ais di Artik, penurunan mendadak ais laut di Antartika juga telah mengejutkan dunia saintifik.
Ini kerana, melalui kajian mereka dengan kapal penyelidikan 'Polarstern', telah menjejaki perubahan iklim dalam persekitaran kutub dan menyaksikan trend penurunan kehidupan di dalam dan di bawah ais laut.
Beberapa hari sebelum persidangan iklim COP28 di Dubai, Boetius mengatakan bahawa usaha untuk memperlahankan perubahan iklim setakat ini belum mencukupi.
Kadar pelepasan global yang ditetapkan oleh Perjanjian Paris 2015, juga semakin tersasar melampaui dua darjah pada trajektori, melepasi had pemanasan 1.5 darjah Celsius yang ditetapkan.
Namun beliau menyatakan, kadar pencairan ais dan peningkatan paras laut yang semakin meningkat turut disumbang besar oleh peningkatan suhu, kesan daripada aktiviti manusia.
Meskipun amaran perubahan iklim telah dikeluarkan oleh panel antara kerajaan mengenai perubahan iklim (IPCC) sejak 1990, kadar pelepasan global terus meningkat dalam dekad terdahulu, iaitu tahap tertinggi dalam sejarah.
Menurut data perkhidmatan perubahan iklim Kesatuan Eropah yang dikeluarkan, musim panas 2023 merupakan tempoh paling panas dalam rekod. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni lah akibat bila pokok2 makin banyak ditebang bumi menjadi makin panas dan tak sesuai didiami |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan disebabkan HAARP kaa?
Ini yg selalu diulang siar oleh para memerhati pengiluminati. |
|
|
|
|
|
|
|
Giant kelana jaya nak di robohkan di buat condo
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 29-11-2023 01:54 PM
Giant kelana jaya nak di robohkan di buat condo
Semua tempat nak dibuat kediaman..
Last2 kosong je..huhu
Mujur.la.upm tak jual hutan depa..kalau tak mmg Habis takde pokok dah huhu |
|
|
|
|
|
|
|
takde pulak sesiapa buka thread pasal solar storm,katanya 2024 nanti bergelap 17hari. asyik keluar tiktok pasal ni je, kena buat prep...risau lah. betul ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by gigahertz at 29-11-2023 06:06 AM
Semua nak duit sekarang.
siapa ada tanah dia jual.
yang menguntungkan kat malaysia ni rumah je la.
kat Taman Mayang SS2 ada badminton court
habis di tebasnya buat gak mall-condo.
bukak pintu entrance terus rumah orang.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
run for your life
were gonna die
unless dunia kene buat lockdown lagi halt aktiviti manusia
|
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz replied at 29-11-2023 02:05 PM
Semua nak duit sekarang.
siapa ada tanah dia jual.
yang menguntungkan kat malaysia ni rumah je la. ...
Haah Ni dekat dgn rumah lama iols..
Mmg harey sungguh...
Dolu slalu gi Makan secret recipe situ...
Rumah situ kalau nak gi.mall pung dah boring..
Hahaha..situ banyak pub kan?
Dari LDP dah.nampak.dah...
MCM atria juga uols...
Atria tu dah mcm.hape dah...dengan Susah parking nya |
|
|
|
|
|
|
|
Situ kubu kuat Cina. Cina M40-t20 selalu lepak situ
ada rumah urut ada pub boleh cucuk2 langit.
Siapa punya idea la ganti bulatan dari
petaling jaya nak ke lebuhraya persekutuan tu
dengan trafiik light.
|
|
|
|
|
|
|
|
saintis panik sebab mereka tak tau sebab apa.
orang ramai buat tak tau ssahaja sebab selagi tak ada bukti ianya ada kesan kepada kehidupan manusia maka ianya serupa tak ada. bila tenggelam separuh daratan termasuk tenggelam juga ramai manusia barulah sama-sama panik
|
|
|
|
|
|
|
|
Abislah pantai barat tenggelam check la rumah level aras 0.5m dari laut |
|
|
|
|
|
|
|
Ummah Lembah Klang tersengih kelat
|
|
|
|
|
|
|
|
amyza replied at 29-11-2023 06:00 AM
takde pulak sesiapa buka thread pasal solar storm,katanya 2024 nanti bergelap 17hari. asyik keluar t ...
Huish, dijangka around bulan berapa berlaku? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-11-2023 08:17 PM
Huish, dijangka around bulan berapa berlaku?
jan-oct 2024 sis. suruh buat prep dari skrg. |
|
|
|
|
|
|
|
amyza replied at 29-11-2023 09:09 PM
jan-oct 2024 sis. suruh buat prep dari skrg.
Solar storm jer pun sis... tak terbakar pun bumi.
Abis kuat... gps, power grid down momentarily.
Lain²... aurora bertambah cantek.
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan dikhabarkan pada geng² preppers sis,
kang huru-hara macam² cerpen keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana punya kalut geng depa ni waktu PKP dulu, macam tu la nanti depa akan kalut jugak. Solar storm punya pasei. |
|
|
|
|
|
|
| |
|