CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9581|Reply: 55

Alami Masalah Suara, Tak Boleh Bercakap- Punca Perbicaraan Siti Nordiana Dan Lima Sekawan Terpaksa Ditangguh

[Copy link]
Post time 29-11-2023 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Susulan sukar untuk bercakap, perbicaraan kes saman Siti Nordiana terhadap lima sekawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Selasa ditangguhkan.


Peguam yang mewakili penyanyi itu, Abang Azlan Abang Ariffin memberitahu keputusan itu turut mendapat persetujuan Hakim Dr John Lee Kien How @ Mohd Johan yang mendengar kes berkenaan.


Foto: IG




"Siti Nordiana mengalami kesukaran bercakap dan sudah pun mendapat sijil cuti sakit daripada hospital kerajaan.


"Kes hari ini (Selasa) mendapat kebenaran untuk ditanggukan oleh hakim dan akan bersambung semula pada Rabu," katanya kepada ditemui mStar.


Sementara itu, pengurusnya Mohamad Al Anas Osman, 39, memberitahu penyanyi tersebut berdepan masalah suara sejak minggu lalu dan keadaannya semakin parah pada pagi Selasa.




  



Anas berkata, Siti Nordiana atau Nana juga diberikan cuti sakit selama 11 hari selepas berjumpa dengan doktor pakar.


Tambahnya, penyanyi itu juga tidak digalakkan untuk berkomunikasi secara lisan bagi memastikan keadaannya pulih dengan segera.


"Sudah seminggu Nana tidak ada suara. Sekarang masih menerima rawatan di hospital. Atas nasihat pakar, Nana tidak boleh bercakap.


"Nana hanya akan berkomunikasi menggunakan telefon ataupun bahasa isyarat," ujarnya.


Sementara itu, Anas turut meminta peminat mendoakan kesihatan penyanyi itu agar kembali pulih dan boleh mengadakan persembahan dengan baik di peringkat separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) Ahad ini.




  



"Dia masih lagi dalam rawatan dan mengambil segala ubat yang diberikan. Insya-Allah doakan Nana kembali sihat," katanya.


Isu membabitkan penyanyi Siti Nordiana bersama lima sekawan termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron bermula apabila selebriti tersebut memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021.


Nana memfailkan saman itu menerusi Tetuan Abang Azlan & Associates pada 30 Julai 2021 di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, dengan menamakan Lan Solo, 36, isterinya Nur Sheila dan Syura, 35, masing-masing sebagai defendan pertama hingga ketiga.




  



Dua lagi defendan iaitu keempat dan kelima ialah Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar, 43, dan jurusolek artis bebas, Razidah Ahmad, 42.


Dalam saman tersebut, Siti Nordiana telah menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.




  



Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.


Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai 2021.


Kes saman fitnah melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima individu lain kini didengar hakim Mahkamah Tinggi. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 09:21 AM From the mobile phone | Show all posts
ASGV minggu ini ditangguh jugak? Tiket final next week aku dah beli tau RM162....

Ko ghaser?

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku nak tuduh ada yg dengki hantar santau suara nana.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 10:24 AM | Show all posts
stingergrumpy replied at 29-11-2023 01:21 AM
ASGV minggu ini ditangguh jugak? Tiket final next week aku dah beli tau RM162....

Ko ghaser?

gigihnyahhh beli.. btw, kaunter nak collect tiket free kat mana nyahhh?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 10:37 AM | Show all posts
asma87 replied at 29-11-2023 09:26 AM
Aku nak tuduh ada yg dengki hantar santau suara nana.

kepala hotak kite sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Uols cakap santau,iols pun rasa iols org hantar santau balik.petanda dia bila pagi je mesti ada muntah2 sampai keluar air kuning.dulu lepas buang santau dah xde muntah2 pagi.off topic lak.

bawak2 gi darul syifa nana..kalau masa ustaz tgh baca ayat ruqyah uols muntah2 air liur mmg santau ye.kena buat tepuk santau buang bisa santau.jht ye sape yg hntar tu.adakah musuh2 dia pnye angkara?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2023 11:16 AM | Show all posts
semoga cepat sembuh ye nana.
tak menang GV pun x pe asalkan nana menang saman tu.
Beni 'Amin' sungguh2 ni tau
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:17 AM | Show all posts
asma87 replied at 29-11-2023 09:26 AM
Aku nak tuduh ada yg dengki hantar santau suara nana.

jahatkah kite sebab berpikiran begini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
beni_nikaido replied at 29-11-2023 11:17 AM
jahatkah kite sebab berpikiran begini?

Xjahat..logik je...sape je xdengki dgn nana. Ramai fanz. Pastu banyak job. Mesti la ada yg sanggup guna black magic
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin kena guna2 mak esah oleh musuh2 pendengki nana..Suspek utama si bini lan mulut longkang atau suspek ke2 syura si muka bit*c..Gitu spekulasi meolls..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 29-11-2023 09:26 AM
Aku nak tuduh ada yg dengki hantar santau suara nana.

Iolls pun fikir benda yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 29-11-2023 10:24 AM
gigihnyahhh beli.. btw, kaunter nak collect tiket free kat mana nyahhh?

Ko mau tangkap tiket percuma.....dok jauh  nak kena pakai teropong utk lihat tok pinaz ko punyer pasal....aku no way.....

Aku dengan anak jiran aku yg 3 tahun nak pastikheun tuduhan tuduhan netizens yg sebut tiap kali hady performs....pinaz tak senang duduk....ala ala ngernyam.....menggeliat...

Nanti aku update
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga cepat sembuh siti nana...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Wartawan memang interview nana je ye...
Macam wartawan tak ada cari pun yg lima sekawan tu... Ke ada ye...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 12:15 PM | Show all posts
asma87 replied at 29-11-2023 11:22 AM
Xjahat..logik je...sape je xdengki dgn nana. Ramai fanz. Pastu banyak job. Mesti la ada yg sanggup ...

kalau difikirkan mmg ada logik juga... kalau hati dah hitam mmg sanggup santau menyantau ni kan.....
penyanyi2 yg seangkatan dengan Nana yg naik tahun 1999/2000 rasanya Nana jer yang masih popular, banyak fans termasuk yg muda-muda dan banyak job..... yg lain-lain semua dah sendu.... termasuk la ex-bff dia si Syura tu.... confirm hati panassss tengok Nana makin lama makin fofular.. taraf hidup makin bagussss....  semoga Nana menang dalam kes saman ni & dorang2 ni kena semaksima yg mungkin.....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 09:18 PM | Show all posts
Edited by rarageng at 29-11-2023 09:23 PM

https://www.instagram.com/p/C0Od ... id=MzRlODBiNWFlZA==
si lan dayus ni menganjir nana le tu sbb nana x de suara...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2023 11:08 PM | Show all posts
sah2 acik2 netizen semesta alam menyokong penuh siti nana sendayan yach...whybother3x
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Pengarah G. Talent Management Sdn. Bhd., A. Geetharani, 39, berkata, Siti Nordiana dikategorikan sebagai selebriti kelas ‘A’ dan terlibat dalam tiga projek komersial sebagai duta yang dikendalikan oleh syarikatnya.
Nampaknya kalau Nana menang banyak 5 sekawan tu kena bayar. Ambik..
Moga Nana menang dalam kes saman ni.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena mandrem lettew
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2023 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
asma87 replied at 29-11-2023 09:26 AM
Aku nak tuduh ada yg dengki hantar santau suara nana.

Sama la..nak tuduh jugak, nana kena pergi berubat. Kes² mahkamah ni memang banyak main hantu setan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:45 PM GMT+8 , Processed in 0.064807 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list