CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2383|Reply: 24

Naya Rugi RM70,000! Tiket Coldplay Tak Valid, Dah Beratur Panjang Nak Masuk, Terpaksa Dengar Di Luar Je

[Copy link]
Post time 23-11-2023 12:30 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Sekumpulan peminat kumpulan rock dari Britain, Coldplay rugi  kira-kira RM70,000 disebabkan tiket yang dibeli dari seorang individu tidak dapat digunakan untuk memasuki ruang konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.


Kesemua mereka berkongsi pengalaman pahit itu menerusi rakaman yang dimuat naik di akaun TikTok, Abg.Supra.


Katanya, mereka juga telah beratur di luar stadium sejak pagi lagi, namun setibanya giliran untuk semakan tiket, pihak urusetia mendapati tiket tersebut tidak sah.










“Kami semua kena scam, jadi tiket tak valid. Tak pasal-pasal kena duduk dengar dekat luar sahaja. Boleh lah buat rasa-rasa.


“Semua dah sampai tapi tiket tak ‘valid’, satu langkah sahaja lagi nak masuk.


“Kami semua datang secara kumpulan, ada yang beli tiket VIP harga lebih RM3,000, ada yang RM758, RM598. Anggaran keseluruhan semua hampir RM60,000 hingga RM70,000,” katanya.


Bagaimanapun, sebagai peminat setia Coldplay, mereka memaklumkan akan ke Singapura bagi mengikuti konsert kumpulan tersebut yang dijadualkan berlangsung selama enam hari pada Januari tahun depan.


“Tak apa lah, kita jumpa pula konsert Coldplay di Singapura nanti,” jelasnya.


Sebelum ini  seorang lelaki mendakwa telah ditipu sebanyak RM1,200 berhubung pembelian tiket konsert Coldplay yang dibeli daripada seorang individu pada 27 Julai lalu.


Pemuda tersebut memuat naik hantaran pada aplikasi X menggunakan nama SyedAmiruuul mendakwa, dia membeli tiket konsert Coldplay itu apabila individu tersebut tidak dapat menghadirinya kerana peperiksaan akhir.


Terdahulu, lebih 85,000 penonton membanjir Stadium Nasional Bukit Jalil meraikan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur malam tadi. –CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 12:34 PM | Show all posts
untung scammer dpt duit puluh2 ribu mcm tu aja.

yg kena scam pula redho..

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian...

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
SedihPedih replied at 23-11-2023 04:34 AM
untung scammer dpt duit puluh2 ribu mcm tu aja.

yg kena scam pula redho..

Bukan beli dari sorang scammer.

Dari pelbagai spisis scammers. Sebab tu boleh sampai amount tu.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 12:53 PM | Show all posts
semoga scammer mampus digelek lori..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 01:21 PM | Show all posts
padan muka, sapa soh support industry scalpers
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2023 01:27 PM | Show all posts
cam tu je lah...scammer mudah cari makan di tanah air
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 01:34 PM | Show all posts
kalo dah duit byk tak boleh ke beli dgn cara yg betul?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kat twitter ada couple ni tak leh masuk stadium sbb tiket tak valid. Rugi rm1300.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mane depa jumpe scammer ni.. Ayoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:03 PM | Show all posts
salimrock replied at 23-11-2023 01:34 PM
kalo dah duit byk tak boleh ke beli dgn cara yg betul?

tiket dah habis kot..maybe scammer kata dia ada tiket tapi tak dpt pergi konsert sbb nenek beranak, tu yg jual kat brader ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry tertinggal bas.brapa hari konsertnya?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 02:20 PM | Show all posts
berani ye beli tiket kt luar selain dr official platform
iols kalau netizen komen kata nk jual tiket sb tak dpt pegi yada yada pun tak berani nak beli.. zaman sekarang scammer merata hala wehhhh

jd ready jela battle masa 'kaunter' tiket di official platform dijual.. tak dpt kalu, sekian
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahriman replied at 23-11-2023 02:12 PM
Sorry tertinggal bas.brapa hari konsertnya?

1 hari ja. Tapi di singapork 6 hari. Begitulah hina nya malaysia pada pandangan coldplay.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
salimrock replied at 23-11-2023 05:34 AM
kalo dah duit byk tak boleh ke beli dgn cara yg betul?

Masalahnya susah dapat tiket. Dalam tempoh beberapa minit ja, sudah sold out. Porumer pun ramai tak dapat beli. Duit berkepuk pun tak guna kalau nasib good luck takda.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
benda sama jadi kat indonesia, tapi ada tu yang curi curi masuk dalam walau ticket tak valid. LMAO.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 23-11-2023 03:39 PM
Masalahnya susah dapat tiket. Dalam tempoh beberapa minit ja, sudah sold out. Porumer pun ramai ta ...

betholll. scalpers babi beli satu kali rappppppp banyak banyak. maka nganga lah semorang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
1 hari pun dh mcm2 fatwa keluar, nk buat 6 hari , hrmm apa la jd.. Klu 6 hari, mau masing2 dh rasa jd Imam Hambali, Imam Shafie, Imam Maliki.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cikX87 replied at 23-11-2023 08:27 AM
betholll. scalpers babi beli satu kali rappppppp banyak banyak. maka nganga lah semorang.

Semoga scalpers hanat ni suma mati kena langgar lori babi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2023 05:54 PM | Show all posts
ingatkan tiket bas je ada ulat, rupanya semua bentuk dan jenis tiket ada ulatnya
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.070200 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list