“Semua yang terjadi biarlah hanya antara saya dan ibu. Harap semua dapat menghormati perkara tersebut.
“Saya juga minta mana-mana platform media berhenti menyebarkan fitnah dan menuduh seseorang yang tidak bersalah kerana Datin Maria sangat baik dengan saya.
“Tolong hentikan segala dakwaan mengarut berkaitan isu ini. Saya dan ibu sudah berbaik dan harap kami dapat teruskan hidup dengan ruang privasi yang sepatutnya,” jelasnya.
Baru-baru ini, bapanya yang juga komposer terkenal, Ajai dalam satu temu bual mendedahkan hubungan Ayu dan bekas isterinya, Nourul sudah kembali pulih serta menganggap situasi tersebut adalah normal.
Terdahulu, Nourul yang terkenal menerusi lagu Kerana Terluka mengakui wujud konflik dan perselisihan faham antara dia dan anaknya yang berusia 23 tahun itu menyebabkan dirinya terasa hati.
Dia juga pernah menyatakan masalah dalaman keluarganya dapat diselesaikan dengan baik tanpa urusan campur tangan mana-mana pihak.
Perkara itu mencetuskan tanda tanya ramai sehingga timbul dakwaan Maria yang ketika itu rapat dengan Ayu merupakan punca konflik tersebut.
Sumber: HibGlam