Jakarta, Indonesia: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel di Indonesia.
Memetik laporan media Indonesia, mangsa yang dikenali sebagai Shintia Indah Permatasari berusia 25 tahun ditemui tergantung di dalam sebuah almari di sebuah bilik hotel pada 13 November lalu.
Penemuan mayat mangsa hanya disedari oleh pekerja hotel selepas merasa pelik wanita itu tidak mendaftar keluar dari hotel terbabit meskipun sudah lewat dua jam.
Susulan daripada itu, pekerja hotel nekad memasuki bilik tersebut menerusi tingkap untuk memeriksa keadaan Shintia.
Namun alangkah terkejutnya apabila mereka melihat tubuh badan Shintia sudah terkulai di dalam almari. Hasil bedah siasat tidak menemui sebarang kecederaan.
Pihak polis percaya, kematian Shintia tidak mempunyai sebarang unsur jenayah dan yakin kemungkinan besar Shintia membunuh diri.
Difahamkan, Shintia bakal mendirikan rumah tangga pada Januari tahun hadapan malah segala persiapan termasuk foto pre-wedding dan goodies untuk diberikan kepada para tetamu.
Dalam pada itu, ada dakwaan mengatakan bahawa pernikahan tersebut dibatalkan kerana tidak mendapat restu keluarga.
Malah ada spekulasi mengatakan bahawa pihak keluarga lelaki meminta Shintia menyediakan wang hantaran sebanyak RM150,000.
Difahamkan dalam adat daerah Pariaman (Padang, Indonesia) khusus di kalangan masyarakat Bugis, perempuan harus menyediakan hantaran buat lelaki dan ianya harus mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
dah mcm belah2 india pompuan kena bagi hantaran...kesian parents dia susah2 bela dia sampai dewasa, akhirnya bunuh diri sbb family jantan tu...mcm dah takde jantan lain kat dunia ni
Post time 17-11-2023 05:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Difahamkan dalam adat daerah Pariaman (Padang, Indonesia) khusus di kalangan masyarakat Bugis, perempuan harus menyediakan hantaran buat lelaki dan ianya harus mendapat persetujuan daripada kedua-dua pihak.
Post time 17-11-2023 06:02 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Adat Padang.. I pn br tahu masa g sana bulan lepas.. Pak supir bercerita. Tp lps kawin, mmg suami wajib cari nafkah mcm biasa wpon masa kawin, perempuan yg kena bg hantaran.
Post time 17-11-2023 06:07 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Wow.. 150k.. Ade phd ke tu? Klu kat msia ni, pihak pmpn ade spm tp minta 20k pn dh kena cerca dik. Ni 150k.. Wow.... Mcm2... Tp kenapalah pergi bunuh diri tu.. Kumbang bkn seekor. Hmmm....
Post time 17-11-2023 06:27 PMFrom the mobile phone|Show all posts
nape bunuh diri...dah rupa cantik cari lain la.
giler apa sampai hantaran rm150k...kalau parents pompuan mintak kat laki pun kene cerca dekkk. laki tu tokey lombong emas&minyak ke mahai beno hantaran tu. kalau setakat doc loyer majestric insiniur buang duit jah hantaran byk2 ujung2 segala kerja umah pun pompuan yg buat
Post time 17-11-2023 07:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Tgok kt tt laki pkai uniform color putih, govt la kot. Cinta tk direstui coz tk kaya, so bapak si laki bg syarat klu nk gk kwen sila bayar 500juta.. arwah ni tk thu la kje ape, tp boleh ea gntung diri dlm almari, besar and tggi sgt ke? Biase klu dh tercekik, haruslah kite cepat2 lpaskn diri. Lain lh gntung dri style siling tu. Mmg tinggi