Edited by JoyahMengayah at 16-11-2023 12:42 PM
JOHOR BAHRU – Pemergian Allahyarham Suhaimi Saad bertemu Ilahi sangat mudah dan senang ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini malam ini.
Isterinya, Nordiana Mohd. Naim, 39, berkata, dia sangat cemburu dan reda dengan pemergian suaminya yang disahkan meninggal dunia pada pukul 7.40 malam selepas mengalami komplikasi jangkitan kuman pada paru-paru.
“Pada bulan Ogos dia dah mula batuk teruk, lepas bulan Oktober dia dah mula cirit-birit hingga turun berat badan 20 kilogram (kg).
“Masa arwah hidup, dia pernah cakap memang nak usianya hanya sampai 43 tahun sahaja dan tarikh lahir dia 12 Oktober masa itu dia dah mula sakit.
“Arwah dah dimasukkan ke hospital enam hari, dah ditidurkan dari Hospital Kota Tinggi atas permintaan arwah sendiri sebagai jalan terakhir, perjalanan akhir arwah sangat mudah dan tenang, di sisi dia ada saya dan semua anak-anak,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, HSI di sini hari ini.
Bekas anggota kumpulan Inteam itu dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi sejak Jumaat lalu sebelum dirujuk ke HSI di sini.
Dalam pada itu, Nordiana atau lebih dikenali sebagai Ina Naim turut memanjatkan permohonan maaf bagi mewakili arwah suaminya.
“Saya mohon maaf jika suami saya tersilap kata atau ada menyinggung perasaan mana-mana pihak atau termakan, terminum atau terambil saya memohon maaf bagi pihak dia,” katanya.
Allahyarham Suhaimi berkahwin dengan Ina pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11 dan Nur Layla Elghufrony, 9.
Terdahulu, jenazah Allahyarham Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke rumah keluarga Ina di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.
Jenazah dijangkan akan dikebumikan di sana kira-kira pukul 9 pagi esok.
|