CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6062|Reply: 33

Tak Sesuai- Pendakwah Tegur DJ Kenduri Baca Doa Waktu Tetamu Makan, Ceduk Lauk

[Copy link]
Post time 15-11-2023 12:48 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Kurang sesuai, seorang pendakwah menegur segelintir deejay kenduri kahwin yang membacakan doa pengantin sewaktu tetamu sedang makan atau menceduk lauk.


Pendakwah bebas, Datuk Syeikh Faisol Omar berkata, tindakan tersebut menyebabkan tetamu menjadi serba salah sama ada mahu mengaminkan doa atau meneruskan makan ketika deejay kenduri kahwin membacakan doa pengantin.



Gambar Hiasan: Kosmo





“Trend masa kini kalau pergi kenduri walimatulurus, dia ada perkhidmatan deejay. Mereka boleh kata berkebolehan, cakapnya fasih, kemudian boleh ikut permintaan tuan kenduri. Kalau tuan kata tak mahu lagu rock, nak nasyid, dia boleh pasang tak ada masalah.


“Ada satu kebolehan deejay rumah kenduri ni, dia boleh baca doa pengantin, tu yg special. Cuma saya nak beri sedikit teguran, pada saya kurang sesuai sekarang ni bila pengantin baru sampai ketika tetamu lain sedang makan kenduri.


“Persoalannya ketika orang sedang makan tu, maka deejay pun baca doa pengantin baharu, macam-macam lah doa kan. Baguslah doa tu cuma pada saya tak berapa sesuai ketika orang sedang makan tiba-tiba dia baca doa tu, jadikan orang serba salah,” katanya menerusi video di TikTok.







Sehubungan itu, beliau mencadangkan doa tersebut dibaca sama ada sebelum majlis makan bermula atau dibacakan di atas pentas tanpa menggunakan pembesar suara.


“Pasal apa? Yang sedang makan nak terus makan, orang baca doa. Tak amin doa, orang kata kurang ajar, kurang sopan. Yang nak ceduk lauk tak jadi ceduk, berhenti senyap lagu tu. Ada setengah orang tak peduli teruskan makan, jadi kurang cantik dan kurang sesuai.


“Jadi saya nasihatkan kepada deejay rumah kenduri dan tuan kenduri, kalau nak baca doa sebelum majlis makan bermula. Doa makan, doa pengantin sebagainya. Tengah-tengah majlis berjalan, tak sesuai sama sekali,” nasihatnya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 12:57 PM | Show all posts
teruskan je la makan dan ceduk lauk. aminkan dalam hati je. tak wajib pun untuk tadah tangan berdoa.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni kt tiktok jgk, ada setat kata tk leh pasang ayat quran kt kedai makan sebab ayat quran utk dihayati dan dibaca.
Iols is konpius sb kdg kat rumah/ofis kita pasang sambil buat keje. Pun tak boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
' aneh aneh ustad sekarang nih' ~pasa sanda
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Menda² mudah lg remeh suka wat kusut.
Menda yg terang maha jelas like jantan² culas napkah ank bini (contohnya) auto tertutup hijabnya.
Itu ler lobai² mulayu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 01:49 PM | Show all posts
Mcm recently la, iolls gi spital gomen. Punyalah ramai orang tengah register. Ngam2 sampai kat sorang uncle cina ni, tiba2 ada bacaan doa dalam hospital. Staff tu mcm serba salah sbb nak register uncle tu atau nak tadah tangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-11-2023 02:16 PM | Show all posts
xfaham knp kenduri kahwin dj pasang lagu rock kuat2 mcm dalam konsert?
xboleh ke pasang lagu chillout volume sesedap dengar je
kita dtg nk makan nak berborak bukan nk dgr konsert
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 02:17 PM | Show all posts
Prickford replied at 15-11-2023 01:49 PM
Mcm recently la, iolls gi spital gomen. Punyalah ramai orang tengah register. Ngam2 sampai kat soran ...

wajib tadah tangan utk aminkan doa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-11-2023 02:24 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 15-11-2023 06:17 AM
wajib tadah tangan utk aminkan doa?

Yg iolls penah baca ada doa yg dituntut angkat/tadah tangan, dan sebaliknya. Tapi tak pasti jenis2 doa.

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Wajib tu tak tau la....tapi kalau kt status wasap tu aku tgok ramai je yg berdoa sambil menaip....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 15-11-2023 02:16 PM
xfaham knp kenduri kahwin dj pasang lagu rock kuat2 mcm dalam konsert?
xboleh ke pasang lagu chillou ...

Kannn....

Kita nk ckp dgn kwn semeja pun tak blh.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 15-11-2023 05:48 PM
Wajib tu tak tau la....tapi kalau kt status wasap tu aku tgok ramai je yg berdoa sambil menaip....

Ha.ha....kau ni....

Reply

Use magic Report

Post time 15-11-2023 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:02 AM | Show all posts
Daripada komen pasal doa makan, baik komen pasal mlm sebelum kenduri org duk karaoke sampai ganggu jiran mlm2..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:13 AM | Show all posts
Edited by KamikuP at 16-11-2023 01:15 AM
krustykrab: Baru ni kt tiktok jgk, ada setat kata tk leh pasang ayat quran kt kedai makan sebab ayat quran utk dihayati dan dibaca. Iols is konpius sb kdg kat rum ...

Ostat mana yg kata camtu?
Setahu meolls, kita dengar ayat al-quran pun dapat pahalahttps://www.muftiwp.gov.my/ms/ar ... nya-ketika-berniaga


Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 15-11-2023 01:04 PM
Baru ni kt tiktok jgk, ada setat kata tk leh pasang ayat quran kt kedai makan sebab ayat quran utk d ...

Tula pasal.. klo sentiasa pasang kan automatic kita akan hafal surah..  ustaz pun bercanggah pendapat ada yg kata boleh nak tido boleh pasang ayat Quran. Ada yg kata x boleh.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2023 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 15-11-2023 05:48 PM
Wajib tu tak tau la....tapi kalau kt status wasap tu aku tgok ramai je yg berdoa sambil menaip....

Hahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:17 AM | Show all posts
lahhh... nak baca doa sebelum majlis makan bermula?
dia sedar tak majlis kawin ni semata2 makan?
start ko 11 tu datang terus makan. bukannya tunggu pengantin sampai.. fully seated baru makan.
so memangla orang baca doa masa pengantin sampai tu..
baca guna mic supaya ramai dengar n bole aminkan..
nak berdoa.. wajib ke tadah tangan?
aminkan ajela dalam hati ke.. sebelah tangan ke.. tengah berdiri ke.. tak jadi masalah
tak aminkan pon tak dosa kot ..

yang aku nk tegur..
para pembaca doa.. biasanya doa pengantin ni amik dari mana2 doa.. combine.. panjang berjela..
bole kot baca doa yg ringkas n padat. yang penting intonasinya sampai.. maksudnya sampai. orang dengar pon tak bosan..  bole khusyuk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:31 AM From the mobile phone | Show all posts
ezacbee replied at 16-11-2023 09:15 AM
Tula pasal.. klo sentiasa pasang kan automatic kita akan hafal surah..  ustaz pun bercanggah penda ...

Mmg byk.percanggahan wpun mazhab yg sama..lain mazhab lagi la byk percanggahan.
Yg pasal batal wuduk kalau bersrntuhan suami isteri tu pun ada mazhab yg kata tak batal. Maza pun kata ikut pendapat dia tak batal tp rata2 org melayu mmg tak blh terima pendapat mazhab lain. Terpaling betol dlm semua hukum.
Iols rasa nak ikut yg paling.mudah je skrg. Mesti nanti dpt jelingan tajam dari kaum terpaling
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2023 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
KamikuP replied at 16-11-2023 09:13 AM
Ostat mana yg kata camtu?
Setahu meolls, kita dengar ayat al-quran pun dapat pahalahttps://www.muft ...


Jap iols cari balik video tu


* tgk posting bawah..iols tepek
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:40 PM GMT+8 , Processed in 0.627408 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list