View: 913|Reply: 0
|
Harimau Malaya jangan lepaskan peluang
[Copy link]
|
|
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memantau skuad Harimau Malaya menjalani latihan sebagai persediaan menghadapi kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Wisma FAM Kelana Jaya. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya tidak seharusnya mensia-siakan 'peluang keemasan' untuk mencipta sejarah dalam misi melayakkan diri ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin melihat skuad negara bagaikan memiliki 'rezeki' selepas diundi dalam kumpulan yang dianggap tidak terlalu sukar pada kelayakan kali ini membabitkan Kyrgyzstan, Taiwan dan juga Oman.
Justeru, Hamidin optimis skuad bimbingan Kim Pan Gon itu mampu melepasi liku pusingan kedua kelayakan kali ini berbekalkan semangat dan kerja keras yang perlu ditunjukkan setiap pemain dalam enam perlawanan yang bakal dihadapi.
"Selepas undian, saya nyatakan kepada pemain bahawa kita bukanlah dalam pasukan yang senang tetapi undiannya boleh tahan. Jadi kita boleh beri cabaran berbanding kalau kita tengok kumpulan yang lain.
"Kalau kita persiapkan pasukan betul-betul, kita boleh pergi (ke pusingan seterusnya) tetapi semua pihak perlu main peranan. Ada perbezaan antara pusingan kelayakan sebelum ini di mana kita bermain secara karnival dan dengan isu COVID-19.
"Ini detik penentu kerana kita akan bermain di laman sendiri dan tempat lawan. Kalau tanya saya, saya 55 peratus yakin tetapi dengan keyakinan itu, kita kena buat kerja juga.
"Semua pemain faham dan kita kena berusaha. Bukan nak katakan yang kita berkeyakinan tinggi tetapi pasukan ini boleh 'makan' Kyrgyzstan dan Taiwan, kalau Oman, kita 50/50 di Stadium Nasional Bukit Jalil kerana Oman pun lebih kurang Jordan," kata Hamidin.
Terdahulu, Hamidin menegaskan enam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 begitu mustahak buat skuad Harimau Malaya dalam misi mereka mencapai ke tahap seterusnya dan demi kelangsungan bola sepak negara.
Hamidin mengakui aksi berdepan Kyrgyzstan, Taiwan dan Oman boleh menjadi medan ujian terbaik buat skuad bimbingan Kim Pan Gon untuk 'menyentuh' taraf Asia.
Namun Hamidin menjelaskan ini bukan bermakna saingan Piala Asia 2023 tidak penting buat pemain tetapi aksi kelayakan lebih penting memandangkan ia memberi banyak kelebihan buat skuad negara.
https://www.bharian.com.my/sukan ... an-lepaskan-peluang |
|
|
|
|
|
|
| |
|