View: 7044|Reply: 48
|
[Tempatan]
Dr Siti Mastura serah rujukan kait Guan Eng dengan Chin Peng kepada polis
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 14-11-2023 06:17 PM
Dr Siti Mastura Muhammad hadir ke Bukit Aman kira-kira 11 pagi tadi bersama peguamnya dan sesi rakaman percakapan berlangsung lebih sejam. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kepala Batas Dr Siti Mastura Muhammad menyerahkan bahan rujukan dalam ucapannya yang mengaitkan Pengerusi DAP Lim Guan Eng dengan Ketua Parti Komunis Malaya Chin Peng kepada polis.
Peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan, berkata bahan itu diserahkan ketika timbalan ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, pagi tadi.
“Kita ada beberapa bahan rujukan kita kumpul dan serahkan kepada polis. Sama ada bahan itu relevan atau tidak, sahih atau tidak kita serahkan kepada polis.
“Saya percaya polis akan buat siasatan lanjut…sekiranya perlu kita akan bantu siasatan. Kita serahkan kepada polis selesaikan siasatan dan serahkan kepada pendakwa raya,” katanya ditemui selepas rakaman percakapan itu.
Sementara itu, Amzar memaklumkan pejabat Mastura menerima empat surat tuntutan daripada pemimpin DAP, dipercayai berkaitan isu tersebut daripada Guan Eng dan isterinya Betty Chew, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Naib Pengerusi DAP Teresa Kok.
“Setakat ini (kenyataan awal Mastura) seperti yang sudah dicakap tiada perubahan, biar polis siasat.
“Kalau ada tindakan berlainan kita akan teliti. Sama ada kenyataan itu akan diubah ditarik, (kemuka) permohonan maaf atau kita akan lawan, itu selepas kita teliti (surat tuntutan), kita baru terima dan belum sempat bincang (isi kandungan) surat itu,” katanya.
Dalam sidang media itu juga, Dr Siti Mastura berkata beliau disiasat berkaitan isu membabitkan agama, bangsa dan institusi diraja (3R).
Terdahulu, Mastura hadir ke Bukit Aman kira-kira 11 pagi tadi bersama peguamnya dan sesi rakaman percakapan berlangsung lebih sejam.
Dalam satu majlis di Kemaman, Terengganu, baru-baru ini, Siti Mastura mendakwa pemimpin veteran DAP Kit Siang yang juga bapa Guan Eng, adalah sepupu kepada Chin Peng.
Beliau turut mendakwa Kit Siang dan Guan Eng adalah sepupu kepada bekas perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew, manakala Ahli Parlimen Seputeh, Kok sepupu Chew.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
“Kita ada beberapa bahan rujukan kita kumpul dan serahkan kepada polis. Sama ada bahan itu relevan atau tidak, sahih atau tidak kita serahkan kepada polis.
skang baru terfikir ke sahih ke tak |
|
|
|
|
|
|
|
This payment is the result of our €1 donation for each registration for Jaroise 2023, as well as a portion of the revenues free games
|
|
|
|
|
|
|
|
taniah la kang dah jadi wanita PAS yg paling pemes .... sebelum ni mostly lebai PAS je yg org kenal .... next time PAS jadi kerajaan konpem jadi menteri |
|
|
|
|
|
|
|
Nak juga tau apa kitab dia rujuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu kalah di mahkamah bukalah tabung milo...Ramasamy relak dpt kutip lebih dari 1.5 juta. Untung besar... |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk video dia gi court td
Dgn tersenyum2 kelatnya |
|
|
|
|
|
|
|
jika kne penjara hilang kelayakan dia sbgai ahli parlimen, tpi memang kuat kes ini |
|
|
|
|
|
|
|
ada tngok kat tiktok buku tu. kira ada sumber rujukan lah ye. kalu dia fitnah, penulis buku tu lah yg mulakan fitnah tu. tp sbb dh geng ... apa ada hal. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 14-11-2023 06:10 PM
Nak juga tau apa kitab dia rujuk.
Buku kecik tiga 5...
|
|
|
|
|
|
|
|
itik_magic replied at 14-11-2023 08:40 PM
ada tngok kat tiktok buku tu. kira ada sumber rujukan lah ye. kalu dia fitnah, penulis buku tu lah y ...
dia dr ada phd dari USM pastu muslimah PAS Malaysia, ending salahkan sumber rujukan
ko percaya k diaorg saudara mara? |
|
|
|
|
|
|
|
itik_magic replied at 14-11-2023 08:40 PM
ada tngok kat tiktok buku tu. kira ada sumber rujukan lah ye. kalu dia fitnah, penulis buku tu lah y ...
Kalau dia konar salahkan penulis buku yg fitnah, kita boleh tuko nama dia jadi Siti Muslihat, the female Nusibat |
|
|
|
|
|
|
|
mgkin kitab purba karangan blog papagomol dan paprpukari pasca 2008
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku ada nampak buku tu. Rhopernyeh buku dari umno yg sekarang ni dah cemolot dgn nuart |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 14-11-2023 10:56 PM
Aku ada nampak buku tu. Rhopernyeh buku dari umno yg sekarang ni dah cemolot dgn nuart
Buku tu tulisan sapa? Salah buku tu la. Klau i jumpa pon i share. Since penulis buku xkena apa2 tindakan?? |
|
|
|
|
|
|
|
MissYouSayang replied at 14-11-2023 11:34 PM
Nahh utk uols sbgai rujukan jgk
https://x.com/RMalanjum_/status/1722531676209975427?s=20
Kahkahkah.. rujuk buku yg tiada nama penulis & penerbit. Patut la Lee Kit Siang & Lee Guan Eng x boleh nak saman BN pasal dakwaan dlm buku ni. Ini masuk court confirm kalah.
Dey Mastura, time buat phd kat usm dulu, supervisor tak ajar ka suruh cari reference yg valid? Memalukan USM & supervisor betul la hg ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|