View: 4946|Reply: 25
|
Beranak Selang Setahun, Eka Sharif 3 Tahun Menghilang Sebab Busy Jaga Anak
[Copy link]
|
|
Hilang daripada radar dunia seni sejak tiga tahun lalu, Eka Sharif memberi fokus kepada keluarga dan dua anaknya.
Eka atau Nur Atiqah Shariffuddin, 35, berkata, penularan wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan juga membuatkan dia mengambil keputusan memperlahankan karier.
Foto: IG
"Saya kahwin ketika negara dalam suasana pandemik dan kemudiannya bunting pelamin, jadi memang sepenuh masa jaga suami dan anak.
"ada awalnya memang nak lancarkan single baru tetapi perancangan itu terhenti sebab saya hamil pula anak kedua.
"Dalam tempoh tiga tahun itu saya banyak duduk di rumah jaga anak sepenuh masa dan sekarang sudah tiba masanya saya kembali merancakkan karier seni," katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Eka yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 9 (AF9) berkata, status sebagai isteri dan ibu tidak menghalangnya untuk cuba melonjakkan kembali namanya dalam arena muzik tempatan.
Malah dia juga tidak terfikir menggunakan publisiti murahan demi memperkenalkan kembali namanya dalam kalangan penggemar muzik tempatan.
Untuk rekod, Eka dan suami iaitu Nazrulnaim Abdul Jabar berkahwin pada 19 Julai 2020. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
sorry. bukan nak hina. dia ni siapa |
|
|
|
|
|
|
|
Whoayuss tapi anak depa comel |
|
|
|
|
|
|
|
Hilang apa benda.. wujud pun tak pernah |
|
|
|
|
|
|
|
cehhh ingat aku je x kenal rupanya ramai x kenal hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
akuHavocczz replied at 14-11-2023 04:33 PM
Hilang apa benda.. wujud pun tak pernah
Baru nak cakap…. Nak kata tenggelam, timbul pun tak pernah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak takut ke effect kat anak |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kenal terus sape dia ni..tp pandai dia jaga badan eh...anak pn comel2 |
|
|
|
|
|
|
|
So far semua tak kenal termasuklah den. Tak boleh blah memperlahankan karier katanya. Ko sebenarnya sapa dekkk? |
|
|
|
|
|
|
|
Skrg ni ramai org kita yg kulit putih gini.. putuh smeula jadi ke atau treatment |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha i ingt i sorg je tidak knl beliyau |
|
|
|
|
|
|
| |
|