View: 5708|Reply: 39
|
Individu Diburu Polis Gara-Gara Cabut Misai Harimau Belang Mati Dilanggar Untuk Tuah Dan Buat Tangkal
[Copy link]
|
|
IPOH – Susulan video tular yang memaparkan tindakan individu mencabut misai harimau belang yang mati dilanggar treler di Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung dekat Gopeng, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak akan menjalankan siasatan.
Pengarahnya, Yusoff Shariff berkata, laporan polis berkaitan kejadian itu akan dilakukan pihaknya dalam masa terdekat.
“Kita akan siasat dan pegawai saya akan buat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Terdahulu, tular di media sosial klip video berdurasi 24 saat, memaparkan tindakan beberapa individu mencabut misai daripada bangkai harimau belang jantan yang maut dalam kejadian awal pagi ini.
Difahamkan, tindakan individu tidak bertanggungjawab itu kerana percaya tinggalan daripada harimau seperti misai dan gigi mampu membawa tuah hingga ada antara mereka yang menjadikannya sebagai tangkal.
Sementara itu, Yusoff berkata, siasatan pihaknya di lokasi harimau belang itu dijumpai mendapati haiwan liar itu tercampak di tengah pembahagi jalan selepas dilanggar sebuah treler.
Bagaimanapun katanya, treler tersebut tidak memberhentikan kenderaannya.
“Bangkai harimau belang itu telah dialihkan ke tepi jalan oleh kakitangan PLUS yang sedang menjalankan kerja-kerja membaiki jalan.
“Hasil pemeriksaan dan penelitian pada bangkai harimau belang itu mendapati haiwan dianggarkan seberat 100 kilogram itu berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun,” katanya.
Tambah beliau, kawasan kejadian adalah berdekatan dengan Hutan Simpan Bukit Kinta di mana harimau belang yang mati itu disyaki haiwan sama yang telah menimbulkan konflik di beberapa lokasi di sekitar kawasan tersebut.
“Perhilitan Daerah Kinta pernah menerima aduan serangan harimau belang ke atas ternakan di Kampung Jelintoh, Gopeng pada 20 Oktober lalu.
“Sebagai tindakan susulan, perangkap telah dipasang pada 25 Oktober lalu di kawasan Kampung Jahang selain memasang perangkap kamera bagi memantau pergerakan haiwan tersebut,” katanya. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam ranking tangkal mmg tangkal yg dibuat daripada bahagian badan harimau paling mahal dan ampuh...setiap inci badan harimau tu ada rege |
|
|
|
|
|
|
|
grouper replied at 10-11-2023 12:43 PM
Dalam ranking tangkal mmg tangkal yg dibuat daripada bahagian badan harimau paling mahal dan ampuh.. ...
Hm... mcm2 org buat demi nak jd hebat. Dorang tak tahu dosa syirik |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh pula pergi rakam... |
|
|
|
|
|
|
|
AKU..lebih sian kt rimau yg kena langgar tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa kena tangkap.. kan dh mati harimai nya sorry soalan serius tanya haha tktau |
|
|
|
|
|
|
|
jahatnya la manusia..
semoga diganggu roh harimau sampai hidup tak tentu arah.. |
|
|
|
|
|
|
|
husie91 replied at 10-11-2023 05:07 PM
Kenapa kena tangkap.. kan dh mati harimai nya sorry soalan serius tanya haha tktau
cer try kt orng...pulok... |
|
|
|
|
|
|
|
Sila hukum cabut misai dia pula selai2
sedap ka tak dik
|
|
|
|
|
|
|
|
alang2 terlanggar harimau sblm pihak lain datang, terus kasi bungkus masuk kenderaan pergi lapah haiwan itu kulit gigi dll |
|
|
|
|
|
|
|
Dah kenapa bends gini polis sebok nak buru, scammer lak kau biar lepas bebas hidup aman2 walaupun terima report dari orang awam? |
|
|
|
|
|
|
|
Harap bukan org Islam yg buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-11-2023 05:32 PM
Sila hukum cabut misai dia pula selai2
sedap ka tak dik
Saya memang cabut satu2 misai dgn janggut.
Boleh tahan jugak sakit dia walaupun dah selalu buat |
|
|
|
|
|
|
|
apa punya perangai la manusia ni..
semoga roh tiger tu dtg menghantui hidup pencuri itu setiap mlm |
|
|
|
|
|
|
|
misai kau mesti sama banyak macam misai kucing kan boleh cabut selai2, ka tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul la ambik sebab nak buat tangkal dsb dah dikira amalan khurafat ni..harapnya bukan orang Islam la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 10-11-2023 08:02 PM
misai kau mesti sama banyak macam misai kucing kan boleh cabut selai2, ka tak?
Byk sikit la dari misai kucing tu |
|
|
|
|
|
|
|
Nate mana ni ada kepercayaan pelik2... animisme? Orang bangsa apa |
|
|
|
|
|
|
| |
|