View: 11577|Reply: 228
|
Seorang Individu Perlu Ada Simpanan RM3.9 Juta Untuk Bersara Dengan Selesa
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA –Menurut laporan Kualiti Hidup HSBC, purata simpanan persaraan yang diperlukan bagi seseorang individu bersara dengan selesa adalah kira-kira RM3.9 juta.
Keputusan itu diperoleh daripada hasil kaji selidik dan tinjauan mengenai konsep kualiti hidup yang baik merentasi generasi berbeza dalam golongan individu kaya di sembilan pasaran termasuk Malaysia, Singapura, Hong Kong dan United Kingdom.
Menurut kaji selidik tersebut, nilai purata persaraan yang selesa sebanyak RM3.9 juta itu adalah lebih rendah daripada nilai simpanan persaraan di Hong Kong (RM5.2 juta), Singapura (RM4.4 juta) manakala UK (RM3.6 juta) dan UAE (RM3.3 juta).
Gambar Hiasan
Bagi responden milenium yang berumur dari 25 hingga 39 tahun di Malaysia pula melihat purata RM4.86 juta diperlukan untuk bersara dengan selesa, Gen X (berumur 40-54 tahun) RM4.53 juta manakala golongan boomer (berumur 55-69 tahun) RM2.57 juta.
“Tabungan peribadi, diikuti oleh skim simpanan persaraan serta dana saham dan pelaburan bon individu adalah sumber pendapatan utama yang mereka harapkan untuk digunakan apabila mereka bersara,” jelas Ketua Kekayaan dan Perbankan Peribadi Peringkat Negara, Linda Yip.
Beliau berkata, tinjauan Kualiti Hidup ini memberi gambaran yang menarik tentang keperluan holistik golongan kaya di Malaysia yang mana aspek pengukuhan kewangan adalah penting bagi mereka, begitu juga kesejahteraan fizikal dan mental.
“Kepentingan perancangan kewangan yang mana individu itu bergantung sepenuhnya kepada pendapatan gaji dan warisan (harta daripada peninggalan) sahaja, jadi sumber kekayaan tersebut mungkin tidak mencukupi dalam jangka masa panjang.
“Oleh itu, kita perlu menyediakan portfolio kewangan yang pelbagai dan kukuh,” ujarnya.
Tambah Yip, mencarum kepada pelan pencen adalah permulaan yang baik dan langkah tambahan lain adalah dengan melabur dalam aset kewangan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
Selain itu, dalam tinjauan tersebut mendapati lebih daripada separuh atau 57 peratus daripada golongan kaya di Malaysia memaklumkan bahawa mereka prihatin tentang persaraan.
Jelasnya, terdapat tiga kebimbangan utama kumpulan tersebut berhubung persaraan iaitu penyusutan dalam kesihatan fizikal, kos penjagaan kesihatan yang lebih tinggi dan inflasi yang menjejaskan nilai simpanan persaraan mereka.
Selain itu, golongan kaya juga berhasrat untuk bersara awal pada usia 57 tahun iaitu tiga tahun lebih awal daripada umur persaraan wajib di Malaysia iaitu 60 tahun.
“Umur persaraan yang biasa di Malaysia adalah pada 57 tahun dan ia adalah yang paling rendah di antara sembilan pasaran yang dikaji, dengan UK mempunyai umur persaraan yang tertinggi iaitu 62 tahun iaitu empat tahun lebih rendah daripada umur persaraan berpencen UK iaitu 66 tahun,” ujarnya.
Dalam pada itu, kaji selidik mendapati, golongan individu kaya yang ditinjau juga berbeza pandangan mengenai rancangan untuk bekerja selepas bersara.
Sebanyak 44 peratus menyatakan bahawa mereka akan bekerja selepas bersara, manakala 44 peratus yang lain mengatakan mereka tidak akan bekerja dan baki 12 peratus pula masih belum membuat keputusan sekarang. -CARI
Sumber: Kosmo |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
byknya.. berapa lama jer nk hidup lps tu.. plg2 pun 10-20 thn jer.. rumah kete semua selalunya dah habis byr..nk jln sakan pun dah x beraps nk larat..anak2 dah ada hidup masing2.. maybe kene spend duit lbh skit kt rawatan penyakit jer la. |
|
|
|
|
|
|
|
Doa je la supaya mati cepat |
|
|
|
|
|
|
|
Wow. X tercapai ni. Tapi kalau aset worth 3.9 juta/millions pada masa bersara boleh tak? Contoh, sekarang kita beli tanah2, rumah secara cash. Nilai 800k. So lagi 30 tahun, harga aset tu dijangka naik ke millions. Ada x yg pandai ekonomi kat sini tlg advise? I x reti ekonomi, engineering reti ler. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada passive income, tak brp perlu sgt nak kena ada berjuta2 cash masa retirement . tapi yg kekaya byk passive income macam @green~tea lagi byk cash puluh2 juta
|
|
|
|
|
|
|
|
Hamboi nak bersara selesa kat msia lagi Mahal tabungan 2.57j - 4.53j) berbanding UK Dan UAE??
betul ke statement Tu? |
|
|
|
|
|
|
|
botol_tritan replied at 6-11-2023 07:20 PM
Wow. X tercapai ni. Tapi kalau aset worth 3.9 juta/millions pada masa bersara boleh tak? Contoh, sek ...
aset2 tu u nak cairkan ke tua2 nati? kalau sanggup takyah ada saving byk sgt pun ok kot.
saving juta2 masa umur bersara tu mcm byk sgt je tapi tatau kot 30thn nati RM jadi mcm rupiah sewajarnya doa je la mati cepat
|
|
|
|
|
|
|
|
Pak aku mkn passive income aje.
Simpanan xde ler sampai amount yg disebut.
Duduk lak kg.
Hutang dh abeh byor.
Yg wajib sunat sumer lengkap.
Mewah ler idop dh dok b2 je ngn mak aku.
Ank² pn xkacau. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 6-11-2023 07:13 PM
Doa je la supaya mati cepat
Sadisss
|
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 6-11-2023 07:33 PM
Pak aku mkn passive income aje.
Simpanan xde ler sampai amount yg disebut.
Duduk lak kg.
dia invest kat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
penmerah replied at 6-11-2023 07:30 PM
Hamboi nak bersara selesa kat msia lagi Mahal tabungan 2.57j - 4.53j) berbanding UK Dan UAE??
betul ...
mungkin kiraan berdasarkan keuntungan monthly dari fixed deposit. uae/uk fixed deposit lagi tinggi dari malaysia ke. i tak pernah ambik tahu sbb i tak kuasah nak simpan jota2... zakat aje dah 97.5k setahun kalau amount 3.9jota kalau ter miss bersiap sedia lah kena hisab kat akhirat |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 6-11-2023 07:33 PM
Pak aku mkn passive income aje.
Simpanan xde ler sampai amount yg disebut.
Duduk lak kg.
u bukan anak i kan. hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Kancilkering replied at 6-11-2023 07:37 PM
dia invest kat mana?
Yg basic aje.
Asb,kpf acc 1 & 2.
Max.
Mkn dividen ja sorg dia. |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 6-11-2023 07:38 PM
u bukan anak i kan. hahaha
Kompom bukan.
Pak aku mengeja mcm org dulu².
Contoh: xpe = ta'pa |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu tekan calculator kwsp
Anggaran bersara umur 55 mesti simpan dalam 800k utk perbelanjaan Bulan about RM 3.5k sebulan sehinggalah innalillah umur 75 mcm Tu
Perbelanjaan 3k sebulan Tu cukup makan utk byr insurance,makan minum, minyak kereta, unat klinik, kete rosak, rumah rosak sikit contingency
Pengsan |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 6-11-2023 07:38 PM
mungkin kiraan berdasarkan keuntungan monthly dari fixed deposit. uae/uk fixed deposit lagi tinggi ...
Iyalah Tu kot sis
Mungkin jua
Aku pun Bodo jua finance ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg bermakna budok 7E kena kojo selama 500 tahun.... |
|
|
|
|
|
|
|
Thunderclouds replied at 6-11-2023 07:39 PM
Yg basic aje.
Asb,kpf acc 1 & 2.
Max.
owh. parents u punya passive income pun dlm bentuk cash... i passive income bukan dijana dari cash, . mmg tak minat .. tatau la masing2 kan |
|
|
|
|
|
|
|
penmerah replied at 6-11-2023 07:48 PM
Aritu tekan calculator kwsp
Anggaran bersara umur 55 mesti simpan dalam 800k utk perbelanjaan Bulan ...
800k tu masuk akal lah jugak..
3.9k tu macam mengarut lah |
|
|
|
|
|
|
|
Betol lah tu.. mak aku pencen umur 60. Kalau dia hidup sampai umur 90, total pencen bulan2 yg dia terima selama 30 tahun tu sekitar 2 juta. Kalau bahagi per month bukan byk pon. Dapatla hidup ala kadar setakat tampung diri dia & kehendak dia nak beli apa2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|