CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4100|Reply: 41

Isteri Diceraikan Suami Gara-Gara Mentua Tak Puas Hati Cucu Dilahirkan Secara Czer "Bukan Wanita Sejati Tak Beranak Normal"

[Copy link]
Post time 2-11-2023 01:19 PM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita diceraikan oleh suami yang terlalu menurut arahan dan perintah ibunya.


Menurut Erina Gustina di TikTok, pengalaman tersebut dialami oleh rakannya sendiri selepas mengahwini seorang lelaki yang juga anak tunggal.


Tiada sebarang masalah berlaku pada awal perkahwinan bahkan suaminya sentiasa menyediakan nafkah yang cukup buat rakannya pada setiap bulan.




Gambar Hiasan




Namun, ibu mentuanya cemburu dalam diam yang seterusnya melakukan pelbagai cara untuk mencetuskan masalah dalam rumah tangga mereka.


"Kawan saya ni berkahwin dengan seorang lelaki yang merupakan anak tunggal dalam keluarga. Jadi, di sini kita dapat bayangkan bahawa si suami ini jenis seorang anak yang terlalu mengikut perintah ibu bapa.


"Baiklah berbalik pada cerita asal, pada awal perkahwinan kawan saya tu biasa sahaja. Suami dia memang baik sampaikan bagi kesemua duit gajinya kepada si isteri.


"Tetapi, perkara tersebut sebenarnya telah mendatangkan sifat cemburu dalam diri ibu si suami yang tidak berpuas hati anaknya itu memberikan kesemua duit gaji kepada menantunya.


"Sewaktu kawan saya ini sedang mengandung, mentuanya kerap datang ke rumah dan seakan ingin mencari salah. Ada sahaja yang tidak kena pada kawan saya ini pada matanya.


"Bukan itu sahaja, pernah satu hari mentuanya itu datang membawa makanan tetapi mengeluarkan perkataan yang begitu mengguris hati kawan saya iaitu, ‘makanan ini untuk anak saya dan kamu tidak boleh makan ya’.


"Nak dipendekkan cerita, sudah tiba masa untuk rakannya itu melahirkan anak namun disebabkan oleh masalah tertentu, doktor menasihatkan agar bersalin secara czer.


"Selepas dia dapatkan rawatan dan dibawa ke rumah, mentua kawan saya ni bukannya nak ucap tahniah tapi menyindir dengan berkata, ‘Seorang perempuan sejati itu perlu melahirkan anak secara normal bukannya secara pembedahan. Kalau secara czer ni bermaksud kamu bukanlah wanita yang sejati. Menghabiskan duit anak saya saja’.


"Saya tak dapat bayangkan perasaan kawan saya itu yang disindir sebegitu dalam keadaan masih kesakitan selepas melahirkan anak.


Lebih menyedihkan ialah, rakannya itu bukan sahaja disindir malah turut diceraikan suaminya yang terlalu mengikut kata-kata mentuanya.


Perkongsian Erina itu mendapat pelbagai respon dari wargamaya yang meminta agar mereka dijauhkan daripada bertemu dengan mentua yang berperangai sedemikian. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 02:01 PM | Show all posts
ehhhh...geram pulak baca cete2 mcm ni...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:49 PM | Show all posts
ayoooooo.. bole pula mcmtu ye.. aku yg x beranak nie ntah2 awal2 dh kena dh..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:54 PM | Show all posts
cerpen ke ni. tengok nama tu macam dari indonesia.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:54 PM | Show all posts
kemain mak mertua mulut mcm tu sampai anak bercerai berai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe lah, bersyukurlah dah terpisah dgn family toxic macam tu.
Meroyan kalau time pantang disuruh itu ini sampai naik gila, mesti mertua tersenyum puas hati.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2023 02:55 PM | Show all posts
as usual, cerita sebelah pihak.

Next!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:56 PM | Show all posts
org ada anak tunggal, dpt pulak cucu...mesti gembira giler...

meols suspect nie citer hasanah jer...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 02:56 PM | Show all posts
macam kisah kat drama korea je
hospital playlist tak salah
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolsss dl pun penah kn kecam dr member group sekolah menenggah..bl tau iolss dua2 czear..kata bukan perempuan sejati...trs iolsss ckp nk tgk lubang vagina ke... Iolsss bukan mak nyahhhhh... mentang2 dia beranak normal 5org... alih2 adik dia 4kali beranak semua czear...haaa adik ko Tu bukan perempuan sejati iolsss balas balik..diam je dia
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:40 PM | Show all posts
golongan woke feminist ke apa tah.. jantan tukaq tina pon deny wanita ori yg tak boleh beranak tu adalah wanita.. sbb xleh beranak katanyeh sama level dgn jantan tukaq jantina.. ni level haram jay sbb ko pompuan pon tiba2 deny walhal dah beranak pon org tu cuma czer sbb komplikasi kesihatan
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodohnya mak mentua tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:08 PM | Show all posts
ina_na replied at 2-11-2023 03:31 PM
Iolsss dl pun penah kn kecam dr member group sekolah menenggah..bl tau iolss dua2 czear..kata bukan  ...

kt fb dulu pun sama...yg bersalin normal ramai kecam yg czer...bkn wanita sejati la...mcm2 la diorg ckp...ingat czer tak sakit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah berurut lepas bersalin, org tua la yg urut, dia tanya iols bersalin normal ke czer. Iols jwb la normal. Dia ckp bagus la, perempuan skrg lembik. Sakit sikit terus nak czer. Gituhhh
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 05:34 PM | Show all posts
Citer puak2 Priskies ke ni? Semestinya yg pelik namampos dari tanah puak2 dia!
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Beranak tak ikut pintu tuh pun jadi kes.. aiyooooaiiii

Kalau tak pernah beranak ntah apa pulak makian puak2 nih


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
mamapea replied at 2-11-2023 05:08 PM
kt fb dulu pun sama...yg bersalin normal ramai kecam yg czer...bkn wanita sejati la...mcm2 la dior ...


Saya bukan nak komen hal sejati tak sejati tau.
Atau nak banding2kan sakit.
Mak saya ada beranak normal, ada czer.
Mak mertua pun sama.  
Demer kata, beranak normal lebih berganda sakit.
Rezeki masing2 dapat beranak mcm mana cara.
Yg penting anak sihat
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia ingat tak sakit ke toreh perut 7 lapis? Czer ke normal ke sama je. Teringat sorang mamat dekat twitter, dia kata yang beranak czer ni selalu bini yang suka control suami, tak solehah.

Apa lah suka downgrade orang? Czer ke normal ke dua dua sakit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerpen nukilan TikToker jadi isu semasa.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
midori888 replied at 2-11-2023 02:56 PM
org ada anak tunggal, dpt pulak cucu...mesti gembira giler...

meols suspect nie citer hasanah jer.. ...

Betul gak ni.
Iols ada kenal ngn seseorang  perempuan ni.
Kisah hidup dia bleh dikatakan menyedihkan laa
Dia kawen masa usia muda maybe dlm 19-20 camtu taklama kawen suami dia ninggal disebabkan demam panas.
Jd balu muda la dan ada sorang ank lelaki
Masa anak lelaki dia umur 4 tahun berlaku tragedi menyayat hati dan menggemparkan.
So anak dia terkorban dlm tragedi tu.
Dia plak cedera, time tu dia ada kawan lelaki la. Kawan ni la yg byk teman dan bantu dia ulang alik sepital dan pi mahkamah.
Lepas dia sembuh tak lama tu dia kawen ngn kawan dia ni.
Suami dia ni anak tunggal, tp mil elok je layan dan terima dia ngan baik.Dia pun dh dapat anak baru dan opkosla mil sayang cucu dia tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Alice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datuk Seri Berstatus Suami Orang?
YgBenarAlice Chang Dakwa Sedang Hamil Anak Datu
Views : 28451 Replies : 21
Bekas isteri Hafidz Roshdi diperintah hadir ke makamah Januari depan
maklukpenggodaBekas isteri Hafidz Roshdi diperintah ha
Views : 98915 Replies : 3912
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 72743 Replies : 784
Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” –Wanita kiciwa Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital Sultanah Nur Zahirah
YgBenarJumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?”
Views : 33735 Replies : 63
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32806 Replies : 38
Maroon 5 in Kuala Lumpur
maklukpenggodaMaroon 5 in Kuala Lumpur
Views : 48500 Replies : 126
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 17398 Replies : 236
Tengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
irveneTengku Muhammad & Tengku Natasya Adnan
Views : 42460 Replies : 257
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 110996 Replies : 7259
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 75021 Replies : 706

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-10-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.054776 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list