CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6608|Reply: 36

Nadiya Nisaa Tak Salahkan Janna Nick Ungkap Dialog Tak Manis Di Tanah Suci Makkah

[Copy link]
Post time 1-11-2023 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Ketika orang ramai menyalahkan Janna Nick kerana mengungkapkan dialog kurang manis dalam lakonan di Tanah Suci Makkah, pelakon, Nadiya Nisaa pula mempunyai pendapat yang berlainan.


Nadiya tidak sesekali menyalahkan Janna, malah berpendapat setiap pelakon mempunyai cabaran dalam menghidupkan watak, sungguhpun penggambaran dilakukan di mana sahaja.






"Kita kena faham setiap pelakon ada cabaran, di mana sahaja sama ada tempat suci atau paling kotor. Kita kena pergi dan kena 'perform', tapi hujung pangkal ia terletak kepada niat.


"Sama juga bila saya menjayakan drama Adam dan Hawa, saya berpeluang menjejakkan kaki di Tanah Suci. Walaupun tahu kita seolah-olah menceroboh sebab mana boleh 'shoot' di hadapan, tapi apa niat kita?


"Saya tak boleh nak menyifatkan niat saya bagus atau tidak. Tapi, Alhamdullilah drama Adam dan Hawa masih memberi kesan walaupun sudah 10 tahun.


"Setiap kali jumpa makcik pasti ingat babak di Makkah. Bila tengok babak ini terubat rindu pada Kaabah, tak dapat pergi ke sana sekurang-kurangnya dapatlah tengok.


"Jadi, itu terletak pada penilaian masing-masing. Saya juga faham setiap pelakon mempunyai cabaran sendiri apabila diamanahkan dan diletakkan di tempat begitu.


"Saya tak boleh nak komen lebih, sebab ia terletak pada niat," katanya kepada BH Online.






Nadiya juga memilih untuk tidak menyalahkan sesiapa di sebalik tabir drama kontroversi itu kerana percaya produksi mahu menyampaikan mesej berguna buat penonton.


"Kalau merasakan sesuatu yang 'off', dia takkan nak menjayakan babak ini. Tapi, Janna mungkin merasakan ia perlu, jadi berusaha lakukannya.


"ada penghujungnya, kita semua tidak bodoh dan ada niat baik dalam menyampaikan mesej berguna kepada penonton.


"Sama juga dengan filem La Luna ini, pengarah katakan mahu buat filem tak beradap dan kurang ajar, itu sahaja. Jadi, saya percaya Janna ada niat baik, malah penulis dan pengarah juga ada niat yang tulus," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem La Luna arahan M Raihan Halim di sebuah pusat beli-belah, petang semalam.


Terdahulu, Janna memegang watak Misha, menantu jahat sehingga sanggup mendera ibu mentua dalam drama Surat Dari Tuhan terbitan TV3.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
berani ye sangkal pendapat ustazah asma
aku rasa ustzh asma dh terangkn secara details mengapa n kenapa kita tak dibenarkan berbuat demikian & aku pon xleh brain nape ada dialog sedemikian
lakonan ni semua hal dunia
ada sebab juga agama melarang berlakon menjadi murtad atau menyembah selain Allah wlpun niat ko baik nisaa oii
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap je lah niat tu sebenarnya kerana duit. Sebab tu awak tak boleh katakan TIDAK pada skrip yang sedemikian rupa.

Kenapa aku rasa statement dia ni nampak bodoh ye?
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Dialogue apa? I mohon porumers suap I. Fikirkan lah apa yg I dah suap porumers selama ini. Gittewww I mengungkit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Niat tak menghalalkan cara. Benda salah tetap salah walau apa pun niat kamu. Mohon pelakon Malaysia educate themselves lebih sikit. Sebab tu la scene bersentuhan pun pelakon Malaysia senang je jawab, oh saya hanya ikut kehendak pengarah, oh saya lakukan atas niat bekerja.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 10:08 AM | Show all posts
Edited by prince_marhaen at 2-11-2023 10:09 AM

geng retis berlakon method vs. setazah sema kentut faraj ... ding ding dingggg!!! fight!!

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-11-2023 10:11 AM | Show all posts
Edited by HoneyManjer at 2-11-2023 10:17 AM

skrip sampah..
yg melakonkan pun tade otak nak pikir bende tu tak elok utk disebut dan mempermainkan / mempersendakan
apooooooooooooooooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 10:56 AM | Show all posts
benda salah lah hanat ko nak backup buat apo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 11:02 AM | Show all posts
Diam je boleh tak? Niat tak menghalalkan cara..sb duit kau berani pulak nak bangkang agama
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape tau baju dia ni beli dkt mana..Lawa
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun iols gayahrina, tapi mencarut dekat tanah suci big no pada iols
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 11:54 AM | Show all posts
Lawa nadiya ni, tu je nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 02:34 PM | Show all posts
selalunya dorg kn ada masa utk bc skrip tu semua.. xkn la xde sapa yg persoalkn.. klau dh asyik berbalik pada niat.. setahu aku niat tu nk siapkn kje pastu dpt payment gitewww..
Pelakon veteran Salih Kamil.. pernah lontarkn dialog.. "“Aku tak tahu apa itu taubat. Aku tak percaya tentang agama. Itu semua karut… karut. Aku mahu tengok betapa besar kuasa Tuhan! Hei, Tuhan! Tunjukkanlah kepada aku kuasa kau. Tunjukkanlah Tuhan! Tunjukkanlah…” katanya pastu mengigil 1 badan.. mmg dari awal dia xnk sbb takut nk lontakrkn dialog tu.. nie i ols tepek link.. gigih mengoogle.. baca la...

https://www.thepatriots.asia/salleh-kamil-menggigil-selepas-lafas-dialog-dalam-isi-neraka/
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain kali buat la mcm cite indon, konon2 shoot kat mekah tapi sebenarnya tak..walaupun cgi dorang memang hauk
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 03:31 PM | Show all posts
babelina replied at 2-11-2023 02:34 PM
selalunya dorg kn ada masa utk bc skrip tu semua.. xkn la xde sapa yg persoalkn.. klau dh asyik berb ...

arwah mak ada cerita tentang babak ni... dia kata arwah salleh kamil sejak berlakun cerita tu dia jadi tak sihat hingga akhir hayat dia.... mungkin sebab dialog yg diucapkan tu seperti mencabar Allah swt.  bukan semua benda boleh di script kan boleh dilakunkan... pengeluar movie/drama tak jadi apa... elok jer untung si pendokong watak tu la si pengucap dialog tu laaa... menanggung sepanjang hayat.... wallahualam....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
babelina replied at 2-11-2023 06:34 AM
selalunya dorg kn ada masa utk bc skrip tu semua.. xkn la xde sapa yg persoalkn.. klau dh asyik berb ...

Ini cerita yang tetiba tanah terbuka, dan dia ditelan oleh tanah tu, ya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-11-2023 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Nadiya ni takde isu ape kan sepanjang jd retis.
Jadi tak payahlah nk mencapub hal2 mcm ni. Diam je tak payah nak komen ape2
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
mawardia replied at 2-11-2023 09:27 AM
Dialogue apa? I mohon porumers suap I. Fikirkan lah apa yg I dah suap porumers selama ini. Gittewww  ...

Tu la aku pun tgh nganga tgu disuap
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:34 PM | Show all posts
telracs replied at 2-11-2023 04:06 PM
Ini cerita yang tetiba tanah terbuka, dan dia ditelan oleh tanah tu, ya?

ye btl.. xnk pula tv ulang balik citer nie..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2023 04:37 PM | Show all posts
twins replied at 2-11-2023 03:31 PM
arwah mak ada cerita tentang babak ni... dia kata arwah salleh kamil sejak berlakun cerita tu dia  ...

ye.. sbb benda nie pn dia citer masa dia dh tua.. klau x silap mmg dia sebut tentang kesihatan dia tu..
dan dia menyesal.. ini pula kt lontar dialog kt tanah suci.. nauzubillah min zalik.. moga yg baik2 jer la untuk JN nanti..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.059696 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list