View: 13903|Reply: 172
|
Tak Puas Hati Tentang Duit- Wanita Di Terengganu Maut Dirempuh Kawan Bisnes, Ditikam Bertubi-Tubi Sebanyak 15 Kali
[Copy link]
|
|
Kuala Terengganu: Seorang peniaga wanita ditemukan mati di tepi jalan besar Kuala Berang berhampiran Pejabat Agama Hulu Terengganu dengan 15 kesan tikaman di bahagian badan.
Mayat berusia 65 tahun ditemui pengawal keselamatan di dalam longkang di kawasan berkenaan pada jam 4.35 pagi.
Foto: Harian Metro
Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dilanggar suspek wanita yang juga rakan kongsinya berusia 35 tahun.
Ketua Polis Terengganu Datuk Mazli Mazlan berkata, mangsa dan suspek sebelum itu menaiki kenderaan jenis Honda Jazz dan berlaku pertengkaran antara mereka.
Katanya, mangsa dikatakan keluar dari kenderaan berkenaan sebelum suspek yang juga seorang tukang jahit bertindak melanggar mangsa.
"Suspek kemudian keluar dari kenderaan berkenaan dan bertindak menikam mangsa sebelum meninggalkan lokasi dengan menumpang sebuah van.
"Suspek berjaya ditahan di rumahnya di Wakaf Tapai, Marang kira-kira jam 11 pagi," katanya ketika ditemui pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.
Mazli berkata, siasatan awal kejadian dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati berhubung agihan keuntungan perniagaan pakaian dan tudung yang diusahakan mereka sejak lima tahun lalu.
Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebilah pisau pemotong daging yang dibuang suspek berhampiran rumahnya.
"Honda Jazz yang ditinggalkan di lokasi kejadian adalah milik suami suspek dan selepas kejadian itu, suspek dikatakan menahan kenderaan yang melalui kawasan berkenaan untuk pulang ke rumahnya.
"Mayat dibawa ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu untuk bedah siasat.
"Suspek akan dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.
Media sebelum ini melaporkan mayat wanita berusia lingkungan 50 hingga 60-an ditemukan di dalam longkang dipercayai dibunuh berdekatan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu di Jalan Batu 23, Kuala Berang.
Mangsa dipercayai warga tempatan ditemukan tertiarap oleh orang awam kira-kira jam 3 pagi tadi. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Memang Berang betul |
|
|
|
|
|
|
|
bila dah dikuasai oleh amarah yang amat sangat..gitu la jadinya..
sebab tu kena control marah, walaupun diprovoke gitu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa depa nih?
Risau nya la.. iols kadang kalau tgh marah sgt tiba akan rasa kepala mcm bergetar
Pastu jd mcm hampir hilang kawalan mulut rasa nk ckp yg bkn2. Sbenarnya hati nk ckp lain tp mulut terlepas juga perkataan yg bakal disesali seumur hidup tu.
Tgn pun rasa laju je nak amik pisau bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
org negeri ni mmg baran2 ek...(ckp berdasarkan pengalaman aku je) |
|
|
|
|
|
|
|
Itu sbb kalo tgh marah g amik wudhuk |
|
|
|
|
|
|
|
Bangsa apa ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ada bangsa lain ke jual tudung kat Malaysia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
of course melayu kak...jual tudung lagi..
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 1-11-2023 05:40 PM
of course melayu kak...jual tudung lagi..
Apasal jahat sgt sampai membunuh....DNA Myanmar atau Siam atau Indon ke apa spesis jahat sgt ni |
|
|
|
|
|
|
|
ada saksi ke ek yg cerita chronology kes ni? atau situ ada cctv? kete dia sendiri (kete suami dia) dia tinggalkan? pelikkang sungguh...beza sgt umur rakan kongsi... |
|
|
|
|
|
|
|
maybe ada DNA siam, Allahua'lam...
|
|
|
|
|
|
|
|
beza umur 3o tahun, dah taraf mak dan anak.
sampai 15 kali tikam, dahsyat tahap dirasuk setan tak sedar apa dah agaknye. Pisau dah memang dalam kereta ke pisau bawak.Mintak jauh.
Lepas bunuh, lari tinggalkan kereta sebab panik ke apa? Senang polis nak buat kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih: ada saksi ke ek yg cerita chro ...
Iols pn nk ckp benda sama, details betol. selalu mkn hari deme nk siasat.. tp 4.30 pg theyols dr mana kemana? Pastu baik la dia naik je keta laki tu blk, lg sng cari kereta sapa dh dia tinggal kn kat situ. |
|
|
|
|
|
|
|
itu la rela dia tahan van nk balik....what the hell she's been thinking at that time...
|
|
|
|
|
|
|
|
Dahsyatnya bila perempuan marah. |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi Marang dah jadi mereng ammarah sampai sanggup menikam bertubi2...negeri bukan main claim islamic govt |
|
|
|
|
|
|
| |
|