CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 3192|Reply: 13

ASGV: Zamani Tersingkir- Kurang Stamina, Sukar Menyanyi Sebab Masalah Pernafasan

[Copy link]
Post time 30-10-2023 08:57 AM | Show all posts |Read mode
Zamani  diumumkan sebagai peserta keenam tersingkir dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang berlangsung pada malam Ahad.


Zamani yang mempertaruhkan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad hanya mendapat markah sebanyak 56.50 peratus daripada barisan juri profesional.


Datuk Syafinaz Selamat berkata, persembahan Zamani kurang bertenaga dan dilihat mengalami kesukaran dalam nyanyiannya.




Foto: mStar




"Suara awak adalah keistimewaan awak, tak perlu nak tukar lagi. Cuma awak macam ada kesukaran menyanyi malam ini.


"Ini termasuk isu pernafasan, kita nampak awak macam ada masalah stamina. Awak perlukan lebih banyak tenaga," katanya.


Pada pertandingan minggu keenam ini, Liza Hanim muncul juara dengan markah sebanyak 76.75 diikuti Hardy Mirza (76.50) dan Azharina (75.25).


Dalam pada itu, Hardy Mirza diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian penonton.


Anugerah Gegeran Generasi Juara pula milik Naqiu yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1, 000.


ASGV dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse manakala Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap.


ASGV boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 09:02 AM | Show all posts
yaa nampak sgt smlm heols nafas tak sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
lasagna replied at 30-10-2023 09:02 AM
yaa nampak sgt smlm heols nafas tak sampai..

Banyak air dlm lungs?
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:10 AM | Show all posts

ibarat gitu lah... napas pendek, stamina kurang.
mengah dia nk catch up lirik tu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:17 AM | Show all posts
Dah sihat ye dia... Lps operation hr tu dah ok lah ye?  
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 09:35 AM | Show all posts
Cantik baju dia malam tadi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-10-2023 09:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia ni ptut kuarkan awal2… syg ayai dgn suki yg lbh bgus dikeluarkan sbb nak smpan dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
walau apa pun persembahsn hauk dari dia kat gv, tetap aku akui dia antara penyanyi lelaki yg bersuara sedap & merdu.. one of a kind dia punya suara walau tak sejantan suara tok jamal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-10-2023 10:14 AM | Show all posts
tone suara zamani tetap merdu dan unik, tetap legend, cuma dia xsesuai untuk pertandingan
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 10:31 AM | Show all posts
meols antara peminat lagu lagu dia tapi semalam memang nampak nyanyian dia tak sampai..
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 10:33 AM | Show all posts
mmg patut dia keluar. dia sorang penyanyi yg takde peningkatan. nyanyi lag dan semput. tengok yg lain semua dah improve byk, nana sendayan pon better semalam dari minggu2 lepas.

baidewei, berdebar tengok hadi mirza semalam. hensem betul. lain aura lagu tu berbanding kalau hael oppa yg nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 11:34 AM | Show all posts
jelassss naw mlm td
takpe la bang, rezeki di luar sana masih ada, insyaAllah...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 11:50 AM | Show all posts
yang veteran2 mcm tok ecah, ayai, zamani ni mmg expected la tsingkir awal..
liza hanim dgn naqiu mcm dah cnfirm ke final yach...
Reply

Use magic Report

Post time 30-10-2023 11:56 AM | Show all posts
Lega la juga zamani dah terkeluar. Bukannya dia tak boleh menyanyi, Cuma tak sesuai nak bertanding. Banyak komitmen nak bertanding, kene sound check, reherseal banyak kali. Fikir nak perform macam mana lagi. Baik je la perform dekat event. Pergi je menyanyi tak payah kisah pasal sampai key ke tak. Nyanyi ikut selesa.


tunggu konsert SLAM tahun depan. abg Shah kata kalau boleh tiap-tiap tahun nak kene buat konsert
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
belum masuk Ramadan:Harga makanan terlalu mahal sehingga tiga kali ganda di beberapa karnival jualan makanan.salah siapaaaaaa
YgBenarbelum masuk Ramadan:Harga makanan terlal
Views : 32287 Replies : 10
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 363186 Replies : 3549
Epstein Files pt. 2... coming soon!
Tumpang-SibokEpstein Files pt. 2... coming soon!
Views : 29861 Replies : 1
Belum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji popia dengan parmesan cheese dengan harga RM18.90.Logik atau tidak?
YgBenarBelum masuk Ramadan:Peniaga jual 3 biji
Views : 21251 Replies : 61
[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human From Today - Kim Hye Yoon, Lomon (Mulai 16 Jan 2026)
xyla73[SBS/Netflix 2026] No Tail To Tell/Human
Views : 2805 Replies : 177
[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seo
Views : 285 Replies : 5
Lelaki maut jatuh pokok petai
ultra78Lelaki maut jatuh pokok petai
Views : 19750 Replies : 18
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 56939 Replies : 1086
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40968 Replies : 485
"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga"  - Isteri Ketiga Bekas Panglima Darat Muncul Dengan Bisul Kronik
Mahathirina"Ku Sangkakan Dua, Rupanya Tiga" - Iste
Views : 78220 Replies : 87

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 11:02 PM GMT+8 , Processed in 2.065618 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list