Edited by JoyahMengayah at 28-10-2023 12:48 AM
Siti Kasim ni kalau keluarkan apa-apa kenyataan mesti ada je benda tak kena. Sekarang peguam wanita ni nak bercakap soal Israel dan Palestin pula dan ia membuatkan penyanyi, Faizal Tahir bengang.
Faizal dalam satu hantaran di aplikasi X mempersoalkan kenyataan Siti Kasim yang menyatakan Yahudi sudah lama wujud dan duduk di negara itu sebelum agama Islam wujud.
Apakah level kebodohan dan kejahilan ini? Apakah level menjilat ini? Tolong saya sebab saya tak jumpa jawapan kepada level kobodohan dan kejahilan ini.
Rata-rata netizen turut mengecam kenyataan Siti Kasim yang tidak sensitif dengan isu Israel – Palestin.
Apapun bagi Ohmedia, tak perlulah kita ambil kisah sangat dengan apa yang dikatakan Siti Kasim ni. Orang seperti ini hanya nak perhatian, jadi kita tak perlu bagi apa yang dia nak.
|