CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3497|Reply: 46

Pintu Van Sekolah Tak Tutup, Budak 7 Tahun Tercampak Keluar Dan Digilis- Pundi Kencing Hancur, Tulang Pelvis Patah

[Copy link]
Post time 25-10-2023 10:21 AM | Show all posts |Read mode
Saluran pundi kencing murid darjah satu ini pecah dan patah tulang pelvis selepas digilis van sekolah dinaiki dalam kejadian  awal Ogos lalu.


Ibunya, Nur Hidayah Abdullah Zawawi, 37, berkata dia meraung apabila menonton rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kiriman jirannya menerusi aplikasi WhatsApp.


Menurut Hidayah, anaknya, Wan Nur Alesha Zahra Wan Rosmawi, yang berusia tujuh tahun kini masih menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor dan terpaksa menggunakan tiub untuk membuang air kecil.




Foto: mStar




"etang tu makcik yang bawa van hantar Zahra beritahu dia terjatuh sebab pintu tak tutup. Lepas dapat tahu tu terus saya dan suami bawa ke hospital di Shah Alam.


"Malam tu juga doktor keluarkan pendarahan dalam perut Zahra. Hasil CT scan menunjukkan pundi kencing dia rosak. Masa tu tak tahu lagi saluran pundi dah hancur dan tulang pelvis patah.


"Esoknya dia dipindahkan ke hospital di Klang yang ada pakar kanak-kanak. Doktor tebuk perut dan masukkan tiub untuk Zahra kencing," katanya kepada mStar.


Pada mulanya dia tidak sanggup untuk melihat rakaman video kejadian.


Foto: mStar




Setelah mengumpul kekuatan, Hidayah mencekalkan hatinya menonton rakaman CCTV pada hari ke-21 selepas kejadian dan mendapati anaknya sebenarnya bukan hanya terjatuh tetapi turut digilis van yang dinaiki.


Dia yang bekerja sendiri berkata, pintu van yang dinaiki Zahra sentiasa dalam keadaan terbuka sewaktu pemandunya menghantar murid-murid pulang dari sekolah.


"Masa dalam perjalanan balik, ada lima orang murid termasuk anak saya. Zahra cakap tak ada yang tolak dia, pintu memang terbuka.


"Makcik driver pun beritahu memang pintu tak tutup kalau hantar kawasan rumah dekat-dekat. Anak saya jatuh dulu atas jalan kemudian kawan dia pula. Kawan dia cuma terseliuh kaki.


“Masa makcik tu hantar Zahra selepas kejadian ada juga dia minta maaf tapi dia tak tahu Zahra kena gilis. Dia cuma tahu selepas saya cerita,” ujarnya lagi.


Menetap di Seksyen 29, Shah Alam, Hidayah berkata selepas kejadian dia tidak dapat tidur selama tiga hari mengenangkan nasib malang menimpa anak keempatnya ini.


Sehingga kini, Zahra masih lagi mendapatkan rawatan secara berkala di hospital kerana terpaksa bergantung dengan saluran tiub untuk kencing.


“Zahra masih pakai tiub dekat perut dan selalunya alatan tu akan tersumbat. Selang tiga hari dah kena tukar dekat hospital. Lepas kejadian saya memang tak akan bagi dia naik van dah. Dia naik kereta. Anak-anak yang lain saya dah cari pengangkutan baharu untuk ke sekolah.


"Baru-baru ni saya masak makanan kegemaran dia kari ayam. Dia boleh duduk makan selama 10 minit je lepas tu menangis tahan sakit jadi saya pun suruh dia baring semula. Biasanya waktu siang dia okay tapi waktu malam memang meragam sebab tak dapat tidur.


“Saya nak nasihatkan pemandu van lain supaya lebih prihatin dengan keselamatan anak-anak. Itu semua amanah ibu bapa,” katanya sambil menambah bahawa anaknya masih belum dapat kembali ke sekolah.


Jelasnya, laporan polis sudah dibuat sebanyak dua kali namun Hidayah mendakwa tiada sebarang tindakan diambil setakat ini. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 10:23 AM | Show all posts
saman, pemandu tu ntah2 dulu ada kes agaknya, aduhai, anak orang, masa depan negara
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai anak ku sayang.. Semoga Allah angkat rasa sakit kamu ya anak. Semoga ada jalan keluarnya, mudah2an.. Amin..
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Van sekolah dan van kilang
Takyah menipu lah kalau kata dua spesis ni bawa perlahan
Kemain berdesup laju
Memasing kejar trip

Murid tak sempat angkat dua kaki naik
Atau tak sempat letak dua kaki kat tanah
Van dah jalan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
"Makcik driver pun beritahu memang pintu tak tutup kalau hantar kawasan rumah dekat-dekat.


Senangnya bagi jawapan. Walaupun dekat2, apa salahnya tutup kejap pintu tu. Kalau payah sangat & nak mudahkan kerja driver, baik drop off setempat je lepas tu pandai2 la budak tu jalan kaki. Sebab nak mudahkan kerja awak je kan, lantakkan je la keselamatan budak2 tu. Yang penting dapat duit tiap2 bulan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
"...laporan polis sudah dibuat sebanyak dua kali namun Hidayah mendakwa tiada sebarang tindakan diambil setakat ini."

Why?
PDRM apa tindakan kepada driver ni?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 10:47 AM | Show all posts
sial betul pemandu van sekolah ni..harap parents buat crowdfund la lantik lawyer tersohor saman musibat tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:47 AM | Show all posts
van sekolah mmg teruk bw macam sial......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik aku dulu pun mcm ni. Tak sempat tutup pintu van sekolah tp pakcik van dh tekan minyak. Dia jatuh atas jalan tp nasib baik tak kena gilis. Tp badan dia tak membesar lepas kejadian tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Amanah org tu, tak pasal adik tu terseksa
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:15 AM | Show all posts
Buat undang2 wajib kan van sekolah macam LRT, selagi pintiu tak rapat dia tak boleh jalan.

Syarat kena sanggup membayar lah. If not, pasrah ja lah nyawa semurah duit di poket.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Tak boleh ke up kan je CCTV tu.
Up kan jugak muka drebar lahanat ni.
Ada bukti, kan.

Lepas kejadian ni, masih ada parent yg berani gunakan khidmat dia? Tak sayang anak ke?
Ataupun parents tak tau, drebar ni yg mana satu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:21 AM | Show all posts
pedih dan pilu klu kena pada anak sendiri. I usaha juga ambil anak balik sekolah. nak hantar kelam kabut nak pergi kerja
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Nurul8001 replied at 25-10-2023 11:16 AM
Kesiannya. Tak boleh ke up kan je CCTV tu.
Up kan jugak muka drebar lahanat ni.
Ada bukti, kan.

Betul setuju.

Driver van cincai dan tak bertanggung jwp mcm ni kena di ajar, biar lepas mcm tu je, byk cntikkk. Nnti ada ank org lain jadi mangsa pulak.

Org yg menanggung akibat seumur hidup cacat, dgn parent nk bela perlu masa, tenanga dan duit kupang bkn sedikit, kesian sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
pokokmeranti replied at 25-10-2023 11:21 AM
pedih dan pilu klu kena pada anak sendiri. I usaha juga ambil anak balik sekolah. nak hantar kelam k ...

Tu lah nk pegi kerja balik kerja kelam kabut, bkn senang tu.

Masa nk  lepas ank keluar tak kira lah naik van atau hntar sendiri, jgn lupa baca doa, paling minimum baca ayat qursi, mudah2an nk jadi apa2 terselemat berkat bergntung pd Allah.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:38 AM | Show all posts
ya Allah... saman jgn xsaman..
amik duit bawak anak org main2 ya?? jahanam punya manusia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 11:40 AM | Show all posts
Area taman rumah iols banyak van2 sapu bawa budak gi sekolah.  Ada satu tu guna unser yg macam nak rebah tunggu masa dengan tayar botak, road tax for sure tak ada sebab yg buat ni makcik duduk kawasan rumah i juga..bini ustaz katanya.  Tapi parents sanggup sebab bayar murah walaupun tengok condition vehicle dgn driver yg kat simpang pun tak stop.  sama la juga dgn van2 sapu macam ni, budak belum sempat turun dan jalan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:50 AM | Show all posts
Makcik driver pun beritahu memang pintu tak tutup kalau hantar kawasan rumah dekat-dekat.


Pale hotak dia. Keselamatan tak jaga. Bila jarak dekat terus fikir tak payah nak tutup pntu?

Dah macam rider motor tak pakai topi keledar sebab fikir dekat je lepas tu pecah kepala kalau kemalangan!
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Ya Allah kesiannya.. semoga budak ni dpt sihat balik mcm biasa.. aku kesian kat mak budak ni jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
margo20 replied at 25-10-2023 11:05 AM
Adik aku dulu pun mcm ni. Tak sempat tutup pintu van sekolah tp pakcik van dh tekan minyak. Dia jatu ...

Hah? pastu? Skrg ok dah?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.089057 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list