CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2677|Reply: 22

Sindiket Sembelih Daging Kucing, Dijual Sebagai Daging Ayam, Kambing, Lembu

[Copy link]
Post time 24-10-2023 06:45 PM | Show all posts |Read mode
BEIJING: Lebih 1,000 kucing berjaya diselamatkan polis China dipercayai mahu disembelih dan dijual sebagai daging babi, lembu atau kambing kepada pelanggan restoran.


Tindakan keji sindiket itu berjaya dibanteras apabila polis di China memeriksa trak yang sarat muatan, susulan aduan pencinta haiwan pada 12 Oktober lalu.


The Paper melaporkan, peniaga membawa trak dikatakan memburu kucing dan menjual dagingnya untuk di masak sebagai makanan di Zhangjiagang, sebuah daerah di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu.




Foto: the Paper




Katanya, pencinta haiwan cuba mengesan trak penuh dengan muatan kucing itu selama hampir seminggu, selepas menemui puluhan peti kayu yang setiap satu mengandungi kira-kira 20 ekor kucing, di tanah perkuburan di wilayah pantai timur.


Selepas enam hari mengintip lokasi di mana kucing biasanya berkeliaran dan laluan yang digunakan peniaga, kumpulan aktivis haiwan itu berjaya memintas trak kucing di jalan raya dan menghubungi polis tempatan untuk mendapatkan bantuan.


Trak yang membawa muatan kucing itu dalam perjalanan ke pusat penyembelihan, di mana haiwan itu akan disembelih dan dijadikan makanan seperti sate lidi dan sosej sebelum dijual sebagai daging babi, kambing atau daging lembu, menurut aktivis.




Menurut seorang aktivis haiwan, Gong Jian, taktik memperdayakan pelanggan dengan daging kucing memberi keuntungan lumayan kepada peniaga.


“Daging kucing dijual pada harga 4.50 yuan (RM2.94) bagi satu paun atau 0.45 kilogram (kg) tetapi di pasaran, daging kambing boleh dijual dengan harga 30 yuan (RM19.63) bagi 0.45kg.


“Menjual daging kucing dengan berat sekitar empat hingga lima paun sebagai daging kambing atau daging babi, (peniaga) memperoleh keuntungan berdasarkan perbezaan keseluruhan harga,” katanya.


Sebelum ini, kumpulan aktivis itu menemui sebuah rumah penyembelihan di wilayah tenggara Guangdong di mana bangkai kucing beku yang dilapah disimpan untuk dijual.


Seorang lagi aktivis, Han Jiali, yang mula menjejaki kereta kucing selepas kehilangan haiwan peliharaannya sendiri, berkata pihak berkuasa tempatan memaklumkan kepadanya haiwan itu tidak berada di bawah perlindungan undang-undang.


Pihak itu juga memaklumkan, dana awam tidak boleh diperuntukkan bagi penjagaan haiwan yang diselamatkan daripada peniaga kucing.


“(Peniaga) menceroboh hartanah saya dan membawa haiwan kesayangan saya ke Guangdong untuk dimakan,” katanya.


Buat masa ini, kebanyakan kucing yang diselamatkan dipindahkan ke taman sementara, dijaga sukarelawan sehingga kembali sihat.


Butiran mengenai kucing seperti baka dan warna bulunya, turut dipaparkan di media sosial supaya pemilik dapat menuntutnya kembali. -CARI


Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
jahatnya manusia..mkn je la babi tu..adoii
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat nya manusia gini....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat grup wasap ada tersebar gambar geng rohingya sembelih anjir,cucuk buat satey..gaya macam kat malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2023 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Dunia ke arah daging printed. Mereka masih makan daging kucing. Tu pun tipu kata daging binatang lain.

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 07:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya kucing2 dlm sangkar tu...xleh bergerak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2023 07:27 AM | Show all posts
manusia gila...ular lah kamu makan bukan kucing
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:27 AM | Show all posts
sick
this is not normal



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 08:30 AM | Show all posts
inovatif dan kreatif utk menipu, cina klu x menipu bukan cina la namanya tak kisah mana negara kau duduk.
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:40 AM | Show all posts
made in China negara yang hilang moralnya....



gambar tiada kene mengena dengan perkara di atas

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:48 AM | Show all posts
sampaikan kucing org pun diorg balun,mmg pupus la kucing jalanan kalau mcm tu,
ke kucing jalanan berpenyakit sbb tu diorg balun kucing org yg lebih sihat dan gemok
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 08:54 AM | Show all posts
Belibis replied at 24-10-2023 07:15 PM
Kat grup wasap ada tersebar gambar geng rohingya sembelih anjir,cucuk buat satey..gaya macam kat mal ...

rohingya yg muslim tu makan anjing gak? aku taw myanmar yg buddhist mmg makan kucing and anjing tp x sgker la plak rohingya pown same even drg tu mmg x senonoh pown

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 09:43 AM | Show all posts
Siannya kucing tu, babi berlambak knp tak makan babi jah haa babi?
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:15 AM | Show all posts
makan jela babi tu. daging plg sedappp katanyahhhhhh. dasar babiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:36 AM | Show all posts
Belibis replied at 24-10-2023 07:15 PM
Kat grup wasap ada tersebar gambar geng rohingya sembelih anjir,cucuk buat satey..gaya macam kat mal ...

hantar  kat saya video
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 11:53 AM | Show all posts
mejaputih replied at 25-10-2023 07:05 AM
Kesiannya kucing2 dlm sangkar tu...xleh bergerak..

ye kejam betul
kesian x blh bgerak lansung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ardent91 replied at 25-10-2023 08:54 AM
rohingya yg muslim tu makan anjing gak? aku taw myanmar yg buddhist mmg makan kucing and anjing tp ...

Ntah ler.gaya pakai kopiah,pastu satey dah masuk bungkusan plastik..macam untuk jualan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2023 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
teringat iols dolu kalaaa orang duk viral pau inti daging kucing... Punya viral.kes nie dolu sampai iols xmakan pau..
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 10:42 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 03:43 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.084313 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list